Pages

Friday, April 8, 2011

Breakfast ala barat dan rumah impian


Selasa pagi ingat nak jalan2 penang…tapi cuaca lak cam tak best, so tak payah sibuk2 nak kuar awal jalan2. Mari buat sarapan ala barat yang mudah,



 
see kan mudah, semudah ABC huhuhu

lepas sarapan tak dak aktiviti nak buat, cuaca pagi2 dah mendung, adam pun bangun awal, tapi pas tu dia dia tido balik, sekali ngan ibu dia tertido sekali masa nak tidokan dia. 

aku tak tau nak buat pe. so sekodeng rumah banglo yang sebelah umah akak aku. hampir siap umah kat c2. dulu sebelah tu hutan tebal je, tengok sekarang hutan bukit dah ditarah jadi umah banglo dan apartment.

pemandangan dari atas


zoom bagi jelas bakal rumah aku
ok sila jangan percaya ok...harga dalam JUTA ye umah kat kat cini
tak mampu pun nak beli.

banglo 3 tingkat siap dengan JAKUZI setiap rumah, Jakuzi dok kat luar.


yang belah cini ngadap laut


aparment dok di tengah2 umah banglo.still leh nampak laut



yang nie pemandangan bawah resort akak aku le, bukan akak aku punya resort , keja akauntant situ jelah...n dapat tinggal ctu.
ok dapat gak lah merasa penginapan free hahahah a.k.a kat umah akak aku le.
datang sekali sekali ok le dok situ ngadap laut, hari2 bosan giler tau. tak pijak tanah.

HAMMER BAY IKAN BAKAR - Penang


Kita bako…kita bako…kita bako ikan le…sapa nak  baca cite aku cepat angkat tangan cam saya….ce cite…cer cite…. Sangat happening le cita hantu k.limah nie kan… aku sampai gelak sorang2 bila teringat filem nie, dah macam orang giler lak kan, selamat aku senyum2  dalam umah je hehe…

Selasa lepas kan aku ambik cuti untuk berkumpul ngan family.  Memandangkan abang aku n akak ipar serta anak buah balik bercuti dari johor, kami pun plan le jalan2 cari makan, asal balik penang je mesti cari makan yang best2 kat cini kan. Orang luar pun sama gak kan kalau datang penang memang tak sah cari makanan. Penang kan senonim ngan syurga makanan hehe…

Perancangan awal nak makan dekat TELUK TEMPOYAK tapi terpaksa dibatalkan sebabnya ari isnin kedai tu tutup, so kitaorang p makan dekat Hammer Bay ikan Bakar.

Bagi yang tak tau camna nak p citu meh aku gitau, kedai nie  sebelah kondo Gold COAST (Penang je )   
berhampiran Queensbay Mall, lalu depan Queensbay dulu.

Makanan kat c2 sedap2 jugak, tak mahal sangat, ok le...leh pilih seefood segar sendiri untuk dimasak.

kitaorang p malam c2, kalau siang mesti leh tengok pemandangan yang cantik mengadap laut kat c2.






ikan tiga rasa sangat sedap

 ketam cili

udang masak merah kot hehehe..tak tau nama pe main makan je


ada menu lain lagi yang kitaorang makan, tapi tak ambik gambar, tomyam campur, siput lala masak halia, sayur kailan ikan masin dan ikan bakar, ikan bakar sampai lambat, dah separuh makan baru sampai. 




tengah sedap2 makan. hujan turun ngan angin kuat, selamat kami makan bawah khemah yang agak tengah. orang lain sibuk lari kami still pulun makan je. ada banyak tempat makan, boleh duduk dekat pondok, meja yang tak dak bumbung. disebabkan angin  kuat n hujan habis pinggan sesetengah orang melayang. kedai nie mengadap laut, angin kuat disebabkan angin laut sama.

masa  aritu memang musim hujan pun kan seminggu, tak leh nak jalan mana sangat pun. dalam sibuk2 hujan n angin si adam leh tido ngan nyeyaknya kat citu. kami sambung makan lagi hehehe




 adam with mak long a.k.a my sister
 mula2 sampai adam seronok je sambil lompat2 atas meja.
bila dah lama2 dia mula boring tengok semua orang makan, dia tak leh makan,dia asyik makan mainan dia je. sampai koler baju dia pun nak makan gak.

 last sekali adam tido lagi best kan, nyakitkan mate je tengok orang makan sedap2 huhuhu





uiksss...gaya  tido cam kat oversea je kan sejuk tol heheh...maktok yang tolong ribakan adam :)


dah selesai makan balik dalam keadaan hujan ke umah akak aku kat resort batu feringgi...yeahhh dh kenyang le balik todo ngan aman hehe..


jalan2 family lum habis lagi bersambung...


Thursday, April 7, 2011

cuaca panas makan ais-cream sedap kan



JOM MAKAN


Asal p bank je aku dah jadi terbiasa nak singgah kedai runcit sebelah bank tu, hari2 p, hari-hari le aku singah, bukan nak beli apa sangat pun, thah cam dah jadi wajib singgah kedai tu, padahal aku singah beli air je,kadang2 keropok, makanan ringan. kadang2 sampai tak tau nak beli apa pun, tapi cam kena singah gak. pelaris kuat tol kedai nie hahahahah.

Wednesday, April 6, 2011

owwhhh sok dah khamis..

Apa esok ari khamis dah..eh sat betol ke...tengok kelender yang tergantung...tapi still tak puas hati lagi tgok kat hp lak...then tengok kat blog en3 kemarin hari pe...ok aku dah boleh terima kenyataan esok hari khamis...awat hari laju je berjalan ek...dulu2 rasa lambat betol...sejak 2,3 tahun kebelakangan nie, semua dah cepat berlalu, sedangkan tak dak benda pe pun yang berubah dalam hidup aku,...sadey tol le.

Tapi aku suka la sok hari khamis coz ada pasar malam lorr he3...memang suka beli makanan kat pasar malam, sedap n murah.

Tapi yang tak bestnya sebab next week aku kena kuar menguruskan hal pejabat...bos aku tak nak p, so aku terpaksa le p kan :(


p/s : nak buat en3 yg letak gambar tak boleh buat masa ini, tenet sgt slow.

Tuesday, April 5, 2011

panas itu menyakitkan aku

antara panas dan hujan...aku suka hujan lagi kot...bila kena panas terik aku tak boleh tahan mesti sakit pale teruk, rase loya nak muntah, sangat tak suka situasi camni...rase cam nak balik tdo je nie...apasal lambat tol waktu berlalu...tak dak mood nk buat kja.

comfim kena denda yang memalukan aku...

Morning semua...nampak lain tak blog aku, aku dah tukar semua benda, nama blog n header, malas nak cita panjang2 kat cini,  lain en3 baru cite napa tukar.

Tiba-tiba je aku dah kembali ke alam sekolah, takmo arr... kena masuk kelas, pakai baju sekolah, kena buat keja sekolah, then kena antar kat cikgu keja umah pagi2.

camna thah pagi tu aku lupa nak bawa datang sekolah buku tu, takutnya dah le cikgu tu garang, setakat kena marah tak pe lagi. tapi yang tak bestnya dia suka denda yang pelik2, malunya dah le aku sorang2 je yang lupa bawa.

tak leh nak bayangkan denda apa yang aku akan dapat.  takpa2 buat2 cam tak dak pe berlaku, cikgu tu tak perasan lagi buku aku tak dak, kalau tak memang dah kena pangil arr kan.

cikgu lain lak masuk ngajar, tapi hati aku tetap risau lorr.... time rehat tiba2 aku dapat hadiah...erkkksss apa kes bagi2 hadiah lak nie. cisss baru nak buka cikgu mariah dah pangil aku, glup...glup...waaa dia dah dapat tau aku tak antar keja umah dia. aku tak leh tengok muka dia dah, takut giler kalau dia kuarkan suara dia....kringggg....loceng dah bunyi.....cepat larikkkkkkkkkk masuk kelas.



opppsss bukan loceng  sekolah bunyi le, tapi jam hp aku yang bunyi...fuhhhh selamat mimpi je. kalau aku kena denda betol2 mau malu nie.

zaman aku sekolah dulu memang cikgu tu suka denda yang pelik2 kat kelas kitaorang, selalunya satu kelas le akan kena, kalau sorang tak leh jawap, semua kena lompat bintang kat luar...malu giler tau budak kelas sebelah tengok, ngan pakai baju sekolah lompat bintang.

kadang2 dia suruh semua berdiri atas meja,bayangkan atas meja ok...bukan atas kerusi...sape leh jawap baru leh duduk, suka ati dia le nak pgil nama sape n nasib le kalau tak leh jawap....

masa ari pertama masuk kelas, kelas kotor tau tak dia suruh kitaorang buat pe, semua orang ambik sekeping kertas then sapu lantai sampai bersih.



tapi memang stail dia ngajar camtu suka bagi denda yang pelik2...so setiap kali kelas dia semua orang akan prepair awal2 study. tak leh jawap je semua lompat bintang. bila dah ramai2 jadi tak malu dah he3...tapi berkesan gak lah cara dia, result untuk subjek dia semua baik.

Monday, April 4, 2011

couple bergaduh belakang ofis aku..erkkkss

sementara nak tunggu orang nak datang ofis petang jumaat lepas aku dok taip en3..tiba2 terdengar bising2 ...sebagai seorang yang kepoci aku pun p le tengok kat tingkap ofis...aishh betol2 tingkap aku lak tu, so aku pun usya arrr apa kes bising2 nie. ciss sekali tengok ada couple gaduh teruk, yang mamat tu cam pernah tengok je..tak pasti sape...lantak korang le nak gaduh, mula-mula gaduh mulut je, pas tu mamat tu cam nak hempok helmet kat awek dia lak, 2, 3 kali gak lak mamat tu dok cuba2 buat camtu, dah le kat tepi jalan orang lalu lalang. bukan jalan besar le jalan masuk kg aku n masuk masjid. awat le jadi camni lak.

baru couple dah berani nak pukul2 lak. baik awek tu putus lagi bagus. aku tengok awek tu cam budak sekolah je, mamat tu dah keja.  pertama kali aku tengok real couple gaduh teruk2...serius takut giler kalau aku kat tempat budak pempuan tu. sampai nagis2 le budak pempuan tu balik jalan aku tengok. kes apa tak tau le pulak.

bagi aku le kan kalau laki yang suka nak tunjuk panas baran tepi jalan or depan orang ramai camtu tak layak buat laki ok. cam menjatuhkan maruah sendiri n pempuan je.

lelaki yang baik takan pukul pempuan kan, then takan jatuhkan maruah pempuan depan orang ramai kan walaupun marah n that girl bersalah. boleh je bergaduh cara berhemah kan, bukan tak kira tempat camtu.

erkkkss ada ke bergaduh cara berhemah ek?...ada kot cara terbaik tegur or bincang secara aman le kan. thah le aku tak pernah gaduh depan2. kalau tak puas ati pun msg gitau, abis kuat pun nagis sorang2  kalau tak puas ati sangat. lagi bagus tak nak cakap time tu diam je. tunggu sejuk baru cakap balik. bila kita tengah marah, banyak sangat perkataan yang tak sepatutnya akan keluar kan. so akan menyakitkan perasaan pasangan kita.
kalau dah buat salah y not cakap maaf. sekurang-kurangnya dapat sejuk ati gak kan.

ada setengah tu dah le buat salah,ego lak tu tak nak cakap maaf, pas tu leh lak buat tak tau je, macam tak dak apa2 berlaku. ciss buat sakit ati lagi je kan.


KAMI TAK SOKONG KEGANASAN TERHADAP WANITA

PEACE  -V-

tiba2 lak ada slogan kan he3... HERO Malaya ada buat kampen pasal nie kan

Newer Posts Older Posts Home