Pages

Friday, April 1, 2011

lagu dah jadi tak best bila berulang kali dengar kan...

salam petang jumaat, 

tiba-tiba rasa dh tak best lak lagu kat blog aku ni
mula-mula dengar best je
asal dah lama2 dengar jadi bosan lak
perlu tukar lagi baru nie
tapi tenet slow giler
so terpaksa le dengar gak


blog jarang update cam dolu2 dah
kononya nak jadi blogger tegar le sangat
tiba2 je hilang idea n sifat kerajinan ditambah beban kerja yg muncul tiba2 lak
tapi kan apasal le aku tak gigih cam orang lain nak update blog kan. banyak je cara kalau betol2 tegar walaupun sibuk kan..kan.???

sok cuti sangat suka arrr

padahal aku tak p mana pun cuti


 aku memang suka memerap dalam umah, tak tau nape. rumahku syurgaku..
ehhhh silap lak umah mak aku he3 
akak aku lak cepat bosan dok umah
terbalik kan....

nak cite pasal anak buah yang firstime balik penang
aktiviti family day aritu best sangat.........
coming soon ok...



adam dah 6 bulan, susah nak tengok dia gelak tau
jenuh dok mengacan baru nampak dia senyum n gelak
pastu gelak tak dengar suara.



Monday, March 28, 2011

sok cuti untuk family day

yeahhh sok aku dapat cuti...pagi tadi bos no 2 masuk ofis, terus aku minta cuti untuk sok,

aku : wan sok nak cuti boleh?

bos : emmm...sok tak dak pa kan...ok boleh cuti. awat nak cuti nak ambik mc demam ka?
         ( still selsema bila di ofis sahaja sebab kena air-cond )

aku : tak lah saje je, ada family day. abg dari johor balik saje le jalan2.
        

ini bukan family day yg syarikat selalu buat tu ok. nie saje sebut family day coz semua adik beradik aku balik, bukan senang tau dapat berkumpul camni. raya tahun nie pun tak leh semua berkumpul,sebab abg n akak ipar aku tak dapat cuti raya..yang best kali nie sebab ada anak buah yang comel sangat,geram arrr.

malam nie p makan kat teluk tempoyak kat penang, erkkkk aku pun tak tau tempat tu, tapi kat belah penang sana, lum pernah p lagi. nanti aku letak gambar terkini anak buah aku. ok bye nak balik dah...siap2 p penang lak.


opppsss lum habis...bos no 1 lagi senang nak minta cuti, dia call aku tengah hari tadi, pas tu aku cakap nak cuti sok. dia kata ok je.....

akak aku pun ambik cuti sok gak....

Newer Posts Older Posts Home