Pages

Friday, March 25, 2011

dunia nie sungguh kecil kan...

Tak tau nak kata happy or sebaliknya...tadi masa aku p bank aku terpandang sorang guard baru kat bank kawasan aku, dari jauh cam nak kenal...ok p lagi dekat nak ambik no..still tak nampak muka ngan jelas coz dia tutup muka dia ngan tangan...gaya cam ngantuk je. erkkk alamak mak cik yang hutang aku le, serba salah nak tegur ke tak, aku lak yang panik hahahha... patutnya dia yang panik nampak aku kan. rasenya dia memang dah panik nampak aku dari jauh, tupasal bila aku dekat ngan dia, dia tutp muka. tapi aku leh cam gak  huhuhu. sebelum nie dia asyik lari dari aku je kan, sekalinya datang keja area aku lak. tah2 pas nie terus nak behenti keja pe nampak aku.


untuk tidak menampak kekok aku pun senyum kat mak cik tu sambil tanya eh bila keja cini? dia cakap baru 2 minggu, mungkin le betol aku pun tak pasti, sebab dah 2 bulan gak lah aku tak p situ, ke dia saje  cakap camtu takut aku minta duit yang dia hutang kat aku ek... dalam  jumpa sat tu pun dia dan gak cite kat aku yang dia baru lepas sakit kena buatan orang 4 bulan...erkkk m.cik nie dok buat cite sedih n muka sedih lak. buat aku kesian lak lagi tak sampai hati nak minta hutang huhuhu..orang tak ramai ptg nie cepat je no aku naik, kalau tak panjang pulak cite sedih dia. no komen arr bab tu, ke dia bagi alasan je. aritu pun songlap duit kut aku masa sakit gak, tak datang keja. pastu p keja tmpat lain. boleh caye ke lagi?????nak p keja tempat lain pun duit orang bagi le kan.



nak tau nape aku tak suka dia dok buat cite sedih tu la modal dia nak pinjam duit orang ok, banyak orang dah kena camtu tau, orang kampung dia semua dah tau perangai dia camtu, waaaa aku lah mangsa dia. aku selalu dengar dia cite sedih je cam susah gitu, padahal anak dia tu yang nak macam2 benda mahal, dia yang terlalu mengikut kehendak anak dia. pinjam tak nak bayar. 

p/s :kes nie dah 5 th berlalu....harinie leh terjumpa m.cik tu balik. dia mungkin boleh buat2 lupa tapi aku tak lupa ok. yela aku keja gaji skit masa tu tau, baru habis grad keja kedai pasu ngan gaji sikit.senang2 dia ambik duit aku kan. 

lepat pisang VS pengat pisang





pagi nie sarapan ngan lepat pisang, pagi2 sampai ofis dah makan, coz nak makan ubat. sekali makan...emmm sedapnya..selalu aku tak suka sangat lepat pisang. pagi nie maybe sebab lapar terus jadi berselera heheh...maybe sebab masukan sagu kot.


lepas makan ubat, rase ngatuk n tak larat, aku tido2 ayam sat atas sofa, selamat tak dak orang datang, cuaca lak mendung dan berkabus arinie.

apa bezanya lepat pisang ngan pengat pisang ek....adunan dia sama je.bezanya lepat pisang bungkus ngan daun pisang. pengat lak dok dalam  bekas pelegat yg colour putih tu, then kukus sehingga masak.

burung sekarang dah demand tau..

semenjak dua tiga hari nie aku dok perasan,aik mai mana lak taik burung nie, selalu tak dak pun..hampeh tol arr p arr berak kat lain, nie depan ofis aku gak. datang pagi tadi dengar bising2 suara rombongan mak cik timah tengah dok angkut rumput buat sarang rupanya.
 la awat la burung2 nie nak buat kat cini lak, bukan selalu atas pokok ke? 



punya banyak pokok kat kawasan umah bos aku, tiang seri ofis gak dia nak buat sarang...wahh demand tol nie.
nak buat camna nie, biarkan atau bagi notis 24 jam kat burung tu suh pindah tempat lain hahahah...giler ke pe burung tu cakap kan, bagi notis bagai kan...
masalahnya burung tu suka berak atas lantai depan pintu ofis, then bila orang datang nampak kotor lak kan. 


 ok aku dah buat keputusan nak suh burung tu pindah, kejam tak aku ek???? sesunguhnya aku tak dak niat nak halau korang ngan cara camtu...memang terpaksa nie mood sedih : (
tengok aku buat mood sedih nak halau burung tu dan2 mai buat bising lak. nak kena penampor bising2...cepat angkat sarang ampa tu ok.. grrr :p

untuk tidak menampakan aku terlampau kejam, nak suh indon kat tempat keja aku yang ubah heheh... lagipun aku ner sampai nak ambik sarang tu.


yang tunjuk anak panah tu le tempat sarang burung tu. burung pe thah nama, yang selalu suka angkut geng ramai2 tu. burung nie spesis kecik2 tu. 



Thursday, March 24, 2011

colour ubat camni terus ada selera nak makan


Beli ubat kat farmasi je, sebab mujarab dan murah heehe.. yg nie rm 4.50. yang colour kuning nie makan time siang, colour hijau time malam. dulu aku beli ubat selsema colour kuning je dia bagi, tu pun harga rm 1. mujarab tul  ubat tu. harinie beli siap ngan ubt colour hijau lak dia bagi.
kalau kena yang colour kuning yg jenis lama tu, korang jgn makan siang2, mau terlena nie. yg nie kuning lain cikit, tak berapa ngantok makan siang.







memandangkan sekarang musim demam, aku pun sibuk2 gak nak demam, tapi bukan deman sangat just selsema n batuk berkahak je, boleh p berjalan merata lagi, alhamdulilah. selalu camtu le aku badan panas, selsema n sikit2 batuk, tapi kuat berjalan lagi he3. setakat nie lum pernah demam yg teruk sampai tak leh bangun.aku tak pernah ambik mc tau, tp kalau ambik mc pun bos aku tak layan pun. nak cuti, cuti je lah hahahah. suka aku je lah nak cuti ke tak, tak potong apa2. aku malas nak cuti2 sebabnya cam tak best pun kalau cuti pun mesti ada je call kena aku p ofis. cisss mentang2 umah aku dekat ngan ofis anytime je orang pangill, pastu lak aku selalu je ada kat umah, see aku tak kuar dating, macam mana le depa nie leh tau kan, memanjang je ada kat umah huhuhuhu. aku memang jarang kuar pun. ari ahad je pun kalau nak kuar jalan2.




Tiba-tiba je aku batuk berkahak lak,tak silap zaman sekolah rendah je pernah batuk camni...mula rase pelik, nape perlu batuk berkahak, sebab nak buang penyakit ke, ke kesan dari VCO ek...proses pembuangan bahan toksik ada kaitan ke?


suara aku tiba2 mengecil n terketar2, kadang2 jadi rock...sangat segan arr nak cakap ngan orang. dah lah bulan bertemu pelanggan hahahah,  cepat2 ler urusan tanah nie selesai.


p/s : ubat batuk tak beli le pulak, cam tak teruk so makan ubat cap ibu n anak dah le yg ada dlm peti ais he3..
selsema ner leh tahan wehhh kalau tak makan ubat, nak buat keja pun susah asyik meleleh je kan.

Wednesday, March 23, 2011

salah ke kunci pintu ofis dok sorang2

Sekarang cuaca dah tak menentukan...asalnya sekarang musim kemarau lagi tapi dah tak ikut musim maa...sekarang dah jadi musim hujan, hari-hari hujan kan, sejuk giler dalam ofis sampai nak demam heheh...korang perasan tak kalau sejuk kena air-cond buat keja jadi lembab je kan, nak menaip pun jadi lambat, konon2 cam separuh beku lak he3...



ok meh nak cite pasal tajuk atas nie, ada le jugak 2,3 orang dok tegur aku sebab aku kunci pintu ofis. tadi pun ada orang tegur gak tapi aku malas nak cakap sebab pe, sebabnya suara aku dah separuh hilang, nak cakap pun cam nenek kebayan dah, so aku senyum je lah. apa rasionalnya aku kunci pintu bila dok sorang2 ek...of coz le sebab keselamatan, mana ada orang lain kat ofis, kalau ada tetamu baru aku buka bagi diaorang masuk tu pun kena tahan dulu tanya datang tuk apa hahahha kijam tak aku tahan2 orang utk siasat dulu, perlu ok, sebab aku tak kenal diaorang, lagi satu sekarang kan macam2 kes. baik kita berhati2 lebih baik kan.

ada sesetengah orang je lah yang buat2 hairan tanya soalan camtu, kebanyak  yang selalu berurusan ngan aku dah faham n selalu nasihat aku suh kunci pintu bila dok sorang2, bahaya weh...kadang2 aku terlupa gak, sampai kena marah ngan sorang p.cik yg prihatin nie sebab aku tak kunci pintu. masa awal2 dulu aku tak kunci pun bila dok sorang2.

Tapi sejak kejadian sorang mamat yang pelik masuk ofis aku tanpa urusan, terus aku lock pintu, takut weh... kadang2 kita ner perasan kalau tengah khusuk buat keja tiba2 orang masuk kan. sekarang dok umah pun tak selamat gak, kalau tak kunci pintu kan, apa yang penting kunci pintu anda.


aku p ofis cina yang ramai pekerja pun lock pintu depa cara automatik, orang datang baru depa tekan suiz buka, tengok dok ramai2 pun kena lock gak pintu, bahaya di mana2 ok...just beringat.


Monday, March 21, 2011

akhirnya aku dapat cari VCO harga murah rm27

sekarang nie produk tengah hot kat pasaran mestilah VCO nie kan, mesti ramai yang dah tau pasal benda alah nie kan, sampai aku pun terketar2 nak beli masa tu gak bila ramai dok cite kebaikan dia. bagi yang tak tau lagi benda alah nie meh aku gitau virgin coconut oil atau minyak kelapa dara.VCO yang tengah hot sekarang jenama catalyst 39.90. aku dok cari merata kat tempat aku kot2 ada orang jual, tapi takdak sape jual pun, aku ingat nak jimat kos, beli online kena caj kos penghantaran rm7. cari punya cari terpaksa beli online gak tp kos penghantaran rm5 je ada satu blog tu orait le tu jimat rm2 heheh..

Apa perubahan setelah aku makan ek...tang nie yang tak best ckit, setiap orang memberi kesan yang berbeza kan, ada orang makan seminggu dah nampak hasil, aku lak hampeh tol, aku tak dak masalah lain, just aku makan untuk kulit, kulit aku sensetif tahap gaban lorr...sebab diorang cakap benda alah nie merawat dari dalam tupasal le aku cuba, pas makan vco jerawat batu kuar bukan main besar lagi, stresss tol aku banyak lak tu, makin menjadi2 lak. sampai aku rasa malas nak kuar umah then sampai putus asa cakap nak stop makan vco.akak aku cakap jangan behenti makan, makan bagi habis sebotol dulu, mybe dia tengah cuci toksik kat muka tu pasal jerawat besar2. span ajaib aku pun tak mampu nak lawan hahah...yang kecil2 tu boleh arr dihapus ngan span ajaib huhuhu.

Eh jap ada gak kesan positif gak...aku kan selalu sakit pale bila kena panas, tambah2 lak bila kuar time tengahari maunya aku sakit pale tahap kronik sampai muntah2. kiranya balik keja aku dah tak leh buat pe kalau pening perut aku mesti rasa tak sedap sekali, pakej sakit pale le katakan nak muntah bagai. tapi sekarang dah ok, dah tak sakit pale dah. 


Botol pertama yang aku beli lum habis makan lagi pun, kadang2 lupa lak nak makan huhu.. pagi tadi aku p satu kedai, then ternampak le vco tapi jenama syarikat lain. jenama je lain benda yang sama gak lagi murah dari aku beli just RM27 ada 60 kapsul murah leh kan, kalau beli online pun tambah caj pos 7 baru rm 34, sangat berbaloi arr kan. sekarang aku dah boleh beli ngan harga RM27 tanpa caj apa2 lagi untung heheh...yang harga rm27 jenama HALAGEL. produk nie dah lama kat pasaran, tapi kekurang publisiti keluaran halagel vco, sebab tu la orang tak berapa tau kan, aku buka web dia pun, dia takdak cite fungsi vco nie.

nie le rupa dia



terbeli 2 botol  lak rm 27 sahaja 60kapsul.
 tapi ok gak dah murah, aku tengok dlm web halagel botol baru jual 120 bji kapsul rm 45 murah kan.
dah tak dak yang 60 biji, maybe yang nie pack lama kot.
rupa kat dalam nie sama je lah cam aku beli yg harga 39.90 + 5 BRAND CATALYST tu.... mana lagi jimat ek. aku memang nak barang murah pun tapi sama kualiti huhhhuhu.....

so sape2 nak beli vco yang murah boleh le beli dekat mana2 kedai kosmetik yang jual produk HALAGEL.

Newer Posts Older Posts Home