Friday, March 11, 2011

sangat sakit ati kat seseorang...

harap dia tu cepat behenti dari tempat keja aku, ciss stament jahat tol kan aku, dah lama aku tak suka ngan perangai dia, hari nie pun aku rasa sangat stress + nak nangis sebab geram...tu je modal aku bila geram tak dak le pulak aku nak marah balik kat orang tu, just boleh luah kan dalam blog je. aku tak berani nak marah orang balik huhuhu...

p/s: minggu yang paling sibuk sepanjang 4 tahun keja hahaha...mungkin akan berlarutan...masa dah terhad..tenet pulak slow.  aku akan berehat buat seketika dalam dunia blog :(

Wednesday, March 9, 2011

AIDA gadis melayu dah ada BLOG tau

Assalammualaikum semua dan selamat pagi...pagi nie macam biasa on fb mesti tengok status kawan-kawan fb, then ternampaklah status kat fb aida tentang dia ada blog, pe lagi aku pun klik kat link tu,  add dia dah lama, then dia accept. sape yang add dia mesti dia accept ok, tak sombong pun, tapi tak pernah le komen2 kat fb dia pun. suka tengok aida nie sebab dia punya personaliti menarik ditambah lah dengan wajah yang cute dan manis. sangat sesuai le kan dinobatkan sebagai pemenang gadis melayu.

blog aida baru lagi, baru ada 1 en3 kalau tak silap, sebagai menyokong blogger baru jom ramai2 follow aida gadis melayu. kepada peminat aida harus arr follow kan.

klik sini untuk ke blog aida gadis melayu     http://salsabieyla.blogspot.com



gambar nie dr blog aida

 

Tuesday, March 8, 2011

bawa insurans kenderaan yg lama untuk dapat diskaun - dipejabat pos

pagi tadi aku p pejabat pos nak renew insuran dan roadtax, masuk2 ramai le pulak orang, ingatkan hari selasa orang dah tak ramai, selalunya tak ramai pun. dah dok lama menunggu baru aku tau apasal ramai orang, rupanya orang datang bayar saman. aik boleh le pulak bayar saman kat pejabat pos cawangan ek, aritu tak boleh,just pejabat pos besar je. untuk tempoh lanjutan semua pejabat pos boleh pulak,.

mula-mula aku dok tunggu tu aku risau gak lah, kot2 tak boleh buat insuran kat pejabat pos kecil camni, buat penat aku lak tunggu lama2 sekalinya tak boleh kan, kebetulan member aku baru sampai, so aku pun tanya le dia, dia cakap dia tak tau dan tak pernah buat kat pejabat pos. aku nak p tanya malu sebenarya coz ramai orang, then takut orang cakap aku nak potong trip lak kan, daripada aku tunggu lama2 baik aku p tanya kan, ok comfim boleh buat uncle pejabat pos cakap. aku terus duduk. sebelum tu ada sorang p.cik tu tanya hal pe thah kat kaunter, tapi ada orang kat belakang tu dah bising2 cakap camni,  " kalau nak tanya2 hari lain le, orang lain pun banyak keja gak nie nak buat. errkkk aku dah tersentap gak lah, cibuk tol arr mamat tu biarlah kan tanya je, lagipun memang turn no p.cik tu pun.


bila no aku naik aku pun p le kat kauter,aku cakap nak insuran yang paling murah, dia minta insuran yang lama, tapi aku tak bawa le pula, aku tanya le kenapa tak boleh buat ke kalau tak bawa? dia cakap boleh, tapi kena bayar mahal sikit, kalau bawa insuran lama leh dapat diskaun dalam rm30-rm40. aku malas nak patah balik, aku cakap tak pa lah tak dapat diskaun pun takpa..anggaran dalam 200 camtu je dia kata kalau tak dapat diskaun, aku cakap ok je aku bajet dalam 250 je. tengah2  dok isi  dalam komputer offline le pulak, so kena datang petang nie le pulak. asalnya aku tak nak balik ambik insuran yg lama tu, tengok2 kena p 2 kali juga. tapi takpa lah maybe aku bernasib baik leh dapat diskaun petang nanti. nak balik ambik kat umah, selamat umah dekat je.

harapan untuk curang punah

sejak bulan lepas lagi aku dah merancang sesuatu, mencari calon-calon untuk berlaku curang serta membuat kajian terperinci terhadap calon-calon curangku. aku pun membuat serve terlebih dahulu, ingat senang ka nak pilih yang terbaik, kita kena tahu latar belakang dia dulu ok, supaya kemudian hari tak lah rase menyesalkan, walaupun banyak pilihan yang lebih baik, tapi aku terpaksa memilih yang tidak terikat dengan satu tempat je, buatnya ko anak mak, ciss dok kat umah je lah, waaa xnak pilih ko walaupun laju tahap gaban pun, laju pak lak nie kan,  stremik  dan unifi aku tak nak walaupun korang laju, sebab hanya akan buat aku bayar bil sia2 je,tak guna pun kat umah, so pilihan aku hanyalah beruk2 he3...

sebenarnya aku dah tertarik ngan beruk DIGI nie, harga dia murah RM38 sebulan 3GB berbaloi arr kan, time paling laju dari 7a.m-7p.m memang sangat sesuai ngan aku. time tu je pun yang aku guna pun. Hujung minggu lepas dengan niat berkobar2 untuk berlaku curang dengan MAXIS aku pun p le menjeguk kedai beruk DIGI dekat Jaya Jusco Perda, mood happy arr kan, dengan harapan dapat berlaku curang, bila sampai depan kedai tu aku pun baca dulu senarai coverage beruk Digi, tiba-tiba aku tersentap seketika, waaaa harapan aku punah, kawasan aku tak dak dalam senarai pun, cisss terpaksa le aku setia ngan beruk MAXIS nie. itulah satu-satunya beruk yang aktif di kawasan aku, hampeh tol arr kan, celcom maybe aku takan pilih walaupun ada coverage kat cini, banyak problem.

maxis aku 1.5GB je bayar RM48 sebulan, nak tambah kelajuan GB aku dah cuba banyak kali tak boleh pun. aku memang suka barang murah pun, kalau nak laju pakai le yang mahal kan, so aku takan buat camtu, sebabnya aku guna internet pun sabab nak isi masa lapang aku kat ofis je.

aku harap lepas nie DIGI ada le coverage kat kawasan aku nie. aku akan setia menunggu huhuhu...sekarang aku setia dulu lah ngan MAXIS he3..

Monday, March 7, 2011

nape orang asyik pangil aku Puan

Dari minggu lepas sampai nie orang asyik pangil aku "PUAN " je...waaa aku belum kawen lagi le, nie yg nak protes tak puas ati nie hahahahaha...mula2 tu pemanggil pertama n kedua tu aku betol kan le dulu, saya cik ok, cisss apa motif  aku nak tekankan cik sangat kan,  thah apa2. dah banyak banyak kali orang call pangil puan, aku dah malas nak betolkan, biar arr yang penting, tujuan depa call tu nak booking tanah lot, so depa pun tak kenal aku, aku pun kenal depa lagi.


plan tanah lot baru besar kedabak tol, kalau orang call nak booking aku akan buka plan nie atas meja, sampai penuh satu meja, buat semak tol, yang sebelum2 nie saiz A4 dah leh nampak. tapi untuk plan tanah lot baru yang macam jalan keta api je aku tengok, terpaksa guna plan yang besar lak.

yang nie lak senarai harga semua ada 50 salinan untuk dibagi kat orang yang berminat untuk membeli je...semua lot ada 41 lot, sekarang 41 lot habis dibooking dalam tempoh  seminggu... dalam tempoh  seminggu nie hp aku asyik berbunyi je, sampai ari cuti pun diaorang call gak, aku tak dan nak angkat pun bila cuti, hp aku akan dok merata, lagipun aku malas nak ambik tau pasal keja bila cuti. then pagi2 masuk ofis tadi diaorang call lagi, so baru aku angkat huhuhu..  dah tentu depa call nak booking tanah lot, walaupun dah habis orang booking, aku ambik simpan dulu no hp depa, nanti kalau2 orang yang booking tak leh bayar baru aku bagi kat depa lak,


p/s : sok2 bila datang jumpa aku untuk urusan payment, mesti ramai lak yang cakap, anak bos ke?...camtu le selalunya aku dok kena untuk tanah lot yang sebelum2 nie. so aku pula penat dok menjawap bukan anak bos...one day akan jadi bos hahahah... tipu je yg last tu. mesti le aku jawap pekerja je huhuhu.