Pages

Friday, March 4, 2011

dekat pejabat pos boleh buat insuran kenderaan ek?

ada sapa2 pernah buat insuran n roadtax kat pejabat pos tak? abang aku cakap boleh betol ke, setahu aku setakat buat ROADTAX boleh le kan, sebelum tu kena p buat insuran kat mana2 agen dulu baru leh buat roadtax kat pejabat pos kan.

 aku dok serve harga insuran nie, so dah dapat tau, RM257  kat satu agen nie. abg aku cakap mahal, tupasal dia cakap suh p pejabat pos leh dapat lagi murah, ye ke? aku check website pejabat pos, oic rupanya boleh dah sekarang.

aku nak buat insuran moto je pun, agak2 kena berapa ek? ada sape tau or dah pernah p renew insuran n roadtax kat pejabat pos tak??? nak yg paling murah je huhuhu. dan satu lagi kat pejabat pos cawangan boleh jugak tak, ke hanya ibu pejabat?

Thursday, March 3, 2011

salah aku ke gaji ko sikit?

Petang2 buat aku begang tol  mamat sorang nie, mai nak bising2 kat aku lak, dok cakap aku silap kira gaji dia, salah aku ke gaji dia sikit, dah dia dok ambik advance selang sehari ambik duit, mai hujung bulan kira gaji tolak semua advance so jadi sikit le kan. benci tol aku setiap kali bila gaji asyik tak puas hati je, sendiri yang pinjam banyak nak salahkan orang lak, tu belum kira part nak gaji awal dari sepatutnya lagi...

cerewet tol arr mamat nie...pilih tempat tinggal

Assalammualaikum semua, rasenye dah banyak hari gak aku tak menulis, sibuk sikit..aku nak tanya pendapat korang, kalau korang nak beli rumah or tanah untuk dijadi tempat tinggal berkeluarga korang akan pilih kawasan yang macam mana ek?

dari pengalaman aku sebagai penjual tanah lot le kan...oppssss bukan aku penjual, just tukang urus urusan jual beli je ok...kebanyakan orang akan cari kawasan yang strategik iaitu meliputi kawasan yang terletak berdekatan dengan tempat kerja or dekat ngan kemudahan awam kan. aku sendiri pun pada mulanya terfikir camtu gak. dah tentu nak kawasan yang dekat ngan semua tempat, paling penting dekat ngan pekan arr kan, cam kg aku memang sangat sesuai arr  dekat ngan semua tempat dan kemudahan. kebanyak tanah lot yang bos aku jual semuanya sekitar ngan kawasan aku je, so sangat2 lah mendapat sambutan setiap kali bos aku buat jualan.

satu hari tu aku p kedai mamat tu keja, sebab aku nak beli barang ofis, so sembang2 sambil le aku gitau ada tanah lot baru nak buka, then dia cakap tak nak kawasan cini, dalam kepala otak aku dok kata apasal le mamat nie cerewet sangat, setakat tempat tinggal je pun, walaupun kawasan cini banyak budak2 yang tak berjenis yang dia risau sangat nape, bukan leh bagi pengaruh kat dia pun, lagipun aku tengok dia jenis alim2 cikit, buat pe dia nak risau, bukan dia nak join depa pun kan? so aku pun cadangkan dia satu lokasi  tanah lot bos aku yang kurang mendapat sambutan disebabkan jauh dari kemudahan. lagipun kawasan tu kawasan yang dekat sekolah pondok, aku rase sesuai sangat untuk dia nak membina keluarga. mamat nie baru je kawen bulan lepas.

dah berminggu2 berlalu aku still terfikir kenapa dia nak tempat tinggal yang jauh dari orang, dan kawasan tu mestilah  kawasan bersih dari budak2 nakal, so  hari ini aku dah mula faham kenapa kita perlu pilih tempat  tinggal yang aman damai dan persekitaran yang sihat, bila kita nak bina sebuah rumah dah tentu kita akan tinggal kat situ kan, bila dah ada anak, kita nak jaga dia sebaik mungkin dan bagi  pelajaran n pendidikan agama yang terbaik, semua yang terbaik itu yang kita harapkan. Mungkin kita dah bagi semua yang terbaik dengan harapan anak-anak kita menjadi insan yang berguna kan, so sangat sayang dan rugi bila anak2 kita mula berkawan ngan budak2 nakal, dan paling takut bila anak2 kita pula yang terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.

 kesimpulannya MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATI KAN, mungkin sebelum nie aku tak pernah terfikir sampai ke anak2, sebabnya aku lum kawen lagi. Kalau nak ikut sekeliling kita memang le macam jenis gejala yang tak sihat berlaku kan, tapi semua tu atas diri kita gak kan dan atas didikan ibu bapa juga. aku pula jenis yang tak berkawan ngan orang, aku memang kera sumbang pun dok umah je huhuhu..kawan ngan adik beradik sendiri je n mak aku, hidup aku p keja balik keja, guna satu jalan yang hanya menghubungkan umah aku ngan tempat keja. walaupun aku dengar macam2 kes kat kg aku, aku sangat rimas ok. dalam erti kata lain, aku pun nak persekitaran yang sihat gak lah untuk membina keluarga huhuhu...apa-apa pun peranan ibu bapa tu sangat penting dalam mendidik anak-anak kan. 


Satu lagi benda yang aku sering terfikir kenapa remaja sekarang macam2 perangai sangat ek, aku sangat2  rasa pelik, apa yang diaorang fikir sebenarnye dalam hidup diaorang. Apa untungnya diaorang buat macam tu? sangat2 bermain dalam fikiran aku. secara Rasionalnya aku rase tak munasabah depa buat camtu.



Wednesday, March 2, 2011

aku terjumpa anak jiran ponteng sekolah dekat.....

pagi tadi aku p pejabat pos, then masa balik tadi aku ingat nak singah satu kedai kat citu sat, nak beli barang ofis, tapi malangnye kedai tu tak buka lagi...aku jarang sangatlah lalu area jalan tu, selalu aku guna jalan depan je. masa dok seronok meronda-ronda aku ternampak le kelibat anak jiran aku kuar dari kedai Cyber Cafe, uiksss.. budak nie bukan bangun awal p sekolah ke pagi tadi ek, biasa lah umah kampung leh dengar sebiji2 mak dia dok cakap pagi2 suruh p sekolah. nie mesti kes ponteng sekolah lagi nie kan, dah siap tukar baju biasa lagi, memang sah lah angkut geng ponteng ramai2. budak-budak sekarang nie macam2 kes tol arr kan, suruh p sekolah pun susah kan, yang mak bapak ingat depa p sekolah, padahal dok melayut kat  cyber cafe main game, aku pulak yang sibuk kan,heheheh...zaman sekarang jadi mak bapak sangat mencabar kan, kat kampung kes macam tu, kat bandar cam lain lak.

aku pernah masuk sekali cc tu, masa tu komputer ofis aku rosak, so terpaksa le p cc nak buat keja yang penting, bila aku masuk citu aku lak yang jadi takut, mak aih.. ramai tol budak sekolah yang ponteng dalam tu, aku dok pc yang depan sekali, seram lak aku rase dok dalam tu, thah game apa yang depa dok main pun tak tau le kan, sampai ketagih n tak mau p sekolah.

Perlu ke aku nak gitau pasal anak jiran aku kat mak bapak dia ek, terus terang aku tak kan cakap pun, nanti aku lak yang kena huhhuhu...aku just nak cakap kt mak aku je, cisss sibuk tol kan nak gosip kampung hahahahah... budak2 sekarang menakutkan ooo... kang tak pasal2 aku lak yang kena lak, lagipun dia dah tau pun cikgu pun dah mai cari kt umah, yang mak dia tau dia p sekolah, tapi cikgu kata takmai sekolah dh berminggu2. So sekarang aku tau depa selalu lepak kat cc tu rupanye bila ponteng sekolah.

 yang untungnye tokey kedai CC tu ok, aku tengok dia dok kira duit berlambak2 huhuhuhu...dah le malam2 suka memekak kat umah aku, memang nak kena pelempang tol arr kan budak2 nie kan, ramai pulak kawan2 mai lepak kat sebelah umah aku.



bunga-bunga cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

asmirandah-bunga-bunga cinta - lirik

Newer Posts Older Posts Home