Friday, February 25, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..


Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.
Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.
Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?


                
SUMBER :       www.iluvislam.com   

KERABU ikan sardin


Buat peminat ulam-ulaman jom cuba buat, kerabu nie aku masukan 3 jenis ulam yang dikutip belakang umah, kalau korang nak buat satu jenis pun boleh, kerabu taugeh pun boleh ok. apa yang lainye kerabu nie ini adalah sebabnye kita masuk ikan sardin, sedap tau, oppps kat atas tu terlebih ulam, nak lagi sedap banyakan ikan dari ulam.

BAHAN-BAHAN

pucuk kaduk
daun pegaga
daun selom 
1 tin ikan sardin ( kecil ) hancurkan isi ikan, kuah sardin dibuang.
cili padi 5 biji ( ditumbuk )
bawang besar ( dipotong )
1 biji limau kasturi.nipis ( untuk hilangkan bau ikan sardin )

CARA MEMBUAT


potong 3 jenis ulam diatas, gaul ngan cili padi yang ditumbuk, bawang, ikan sardin yang dihancurkan, letak gula sedikit dan air perahan limau, kalau kurang masin tambah garam ok, ikan sardin dah masin sebenarnye. Gaul semua bahan sehinga sebati, then leh la dihidangkan. selamat mencuba.

Thursday, February 24, 2011

khasiat daun serai wangi




aritu mak aku dok merebus daun serai wangi n daun pandan untuk  mandi. kalau korang p mandi wap diorang akan rebus benda yang sama cam kat atas nie, bezanye mandi wap je kan, banyak khasiat daun serai wangi nie tau. sama le fungsinye cam kita mandi wap.

masak ringkas tapi sedap..jom cuba


nie aku masak minggu lepas, selepas di request oleh akak aku setelah di rase ayam yg kat bawah tu 2 minggu sebelum tu.






ada sape2 terliur nak makan tak, almaklum le tengahari cam nie kan, perut dok lapar dah ek. jap lagi time lunch p makan kenyang2 tau.
kat atas nie ada 2 hidangan yang sama tapi yang lainye yang atas tu daging n yang bawah tu ayam. tapi masak cara yg sama je.

setiap kali cuti aku dah mula pening nak masak pe tengahari, ayam nie sampai dah tak tau nak buat masak pe dah. tambah2 lak bila datang mood malas. sambil2 aku fikir nak masak pe, ayam tu wajib goreng dulu, pastu baru cari idea nak masak pe.

so aku teringat le pernah makan kat satu kedai makan daging masak kicap pekat2, sangat menyelerakan. tapi tak tau le pulak resepi dia camna kan. so aku bantai sesuka hati aku buat sampai nampak rupa camtu gak.

korang nak tak resepi mudah aku nie? senang sesangat ok, guna bahan yg ada kat dapur je.aku bagi nama resepi nie

ayam/daging kicap madu



ayam dah siap goreng kan, 

mula2 panaskan minyak, letak je kicap dan sedikit madu, then masukan ayam, bawang besar yg dipotong n buah tomato biar dia bersalut ngan kicap semua bahan. pas tu dah boleh makan.

ha kan senang je. selamat mencuba :) 

Wednesday, February 23, 2011

Platinum Precious - rekaan dia cantik-cantik














 nak tau harga dia le masuk blogonline dia kat SINI
aku dapat tau kewujudan benda yang kat atas nie  dari bisnes kad  yg diaorang letak bag yang aku dapat hadiah tu. nak banyak pilihan leh p kedai dia sendiri k.


boleh jugak masuk website depa banyak pilihan gak, tapi tak dak pulak  harga lak


p/s : cantik2 kan, kalau cam kat atas tu tak leh pakai hari2, kang rosak nangis ko.
nasib baik dia bagi yg simple2 je so leh la aku pakai hari2 kan.

bayar saman online kan senang

aku begang tol arr, akak aku minta tolong aku p bayar saman, sampai2 balai polis no habis lak, cis buat penat aku p je, apasal le depa nie nak limitkan no thah, then polis tu cakap leh bayar kat pejabat pos, aku ngan bendolnye p pulak pejabat pos yang aku jumpa sepanjang perjalanan balik, ok cam biasa ambik no, selamat tak dak orang, sampai gilirin aku p kaunter, tanya kat kerani tu leh bayar saman tak, korang tau tak dia cakap pe, pejabat pos cini tak boleh hanya IBU PEJABAT POS BM & BUTTERWORTH JE BOLEH. Hampeh tol arr kan, tengah panas terik nie aku nak p sana lak, mau sat lagi aku sakit pale lagi cam semalam, aku dah le tak boleh berjemur tengah panas, mesti sakit pale. tak tau le nak bagi hilang penyakit pening nie camna, bila dah pening nie mula le aku rase nak muntah2 lak, sayes tol hidup aku camni. 


 aku kuar tadi ada 2 tempat aku nak p, kawasan yang sama, nak singah pejabat lawyer jap. pejabat lawyer lak tak buka hari nie, waaaaaaaaa sia2 tol, satu apa pun keja aku tak jadi. tak dak maknanye sok aku nak p lagi balai polis tu, kena p awal, aku tak leh kuar awal. nak p  2 pejabat Pos tu pun jauh gak, paling aku nyampah p kalau depa kata tak leh bayar, apasal le polis tu tak gitau awal2 leh bayar kat pejabat pos je, buang masa tol arr, aritu pun dah pernah p balai polis kat butterworth nak bayar  dia cakap kena p B.P.PERDA. maksudnye dah 3x aku p nak bayar still tak leh bayar2 gak.

nak suh akak aku bayar sendiri saman tu ada kat aku, dia bukan dok sekali ngan aku pun, jumpa hujung minggu je pun. dah nak due date dah nie, BUAT BAYARAN SAMAN ONLINE KAN SENANG.

aku dah mula ketagih baca novel


Dah lama tak baca novel, sejak ada blog  nie. Bila aku dah bosan ngan blog aku cari novel balik hehehe. aku baru habis baca novel yang kat atas nie, dah lama aku cari novel nie, orang cakap best, cari punya cari habis dah  dijual, my bf cari kat tempat dia pun habis gak, so dia belikan aku novel lain. bulan 12 aritu aku p umah tok aku, kebetulan sepupu aku ada novel nie, so aku pinjam le. tapi bukan aku terus baca pun, baru malam sabtu lepas aku baca ngan sungguh2 sampai kol 3 pagi, ciss buat ketagih tol arr novel nie, baca tak leh behenti lak sebab nak tau kesudahan dia camna, aku biasa kol 10.30 dah tido sebab novel nie sampai kol 3 pagi baru tido, tu pun kalau boleh nak baca lagi, sampai kol 3 aku baca baru sampai setengah, lambat lagi nak habis so aku pun tido dulu, malamahad baru sambung n pagi isnin kat tempat keja baru habis baca. yang kelakarnye aku leh nangis2 sambil baca novel nie, sedih tau dah le hati aku hati tisu bertambah2 sedih baca hehehe. 

Kepada peminat2 novel, leh tak gitau aku novel baru mana yang tengah hot sekarang nie, aku nak baca novel yang best2 je. bila masuk kedai buku aku jadi rambang mata tengok novel banyak2, pastu tak tau yang mana best, takut terbeli novel yang tak best je, buat  hilang mood nak baca je kan.


p/s: novel yang aku suka ulang2 baca masa zaman pelajar sekolah menengah tajuk dia NABILA 1 & NABILA 2. semua orang pakat rebut2 nak baca pinjam kat libry sekolah huhuhu..masa Nabila 2 kuar time tunggu spm kot, masa tu dah ada duit beli sendiri. paling suka nabila 1.

Tuesday, February 22, 2011

RANTAI PLATINUM tahan lasak tak?

minggu lepas rantai silve aku putus, nak kata aku kasar ner ada pun, baru pegang sikit je terus putus, tapi lama dah pakai hampir setahun gak kot. aku pun dah bosan gak sebenarnye ngan rantai tu dok terfikir2 nak tukar baru, kebetulan tol putus time tu gak kan, so aku pun cakap le kat  seseorang yang rantai yg dia bagi tu dah putus, mula2 tu rase bersalah pun ada gak, mesti dia nak cakap aku  kasar sampai putus kan,

si dia : nape  putus ?

aku : masa tarik loket nak betolkan terus putus.

si dia : yg p tarik buat pe?

aku : ner ada tarik kuat pun, pegang je.

si dia : biar ar. nanti beli lain..

aku : ok :)

then aku pun dapat le gantian yang baru dari sidia, suka arr kan tambah2 lak tengok dok dalam bag comel nie


dalam bag nie ada kotak kecik nie





ok nie la bentuk rantai yang baru aku platinum, aku pun tak tau berapa harga, bila tanya dia cakap murah je, so aku pun cakap le kalau putus lagi leh beli lagi kan sebab murah je kan, dia balas ok sambil gelak je.


thank's awak hadiahkan yang baru. :)


JOM MAKAN UDANG GALAH

untuk pengetahuan semua, sekarang nie kan musim udang galah, so buat kaki2 pancing sangat sesuai turun sungai time nie, untung2 dapat udang galah, kalau jual kat luar untung banyak tau, sekilo berapa thah ehh...tak silap rm60= 1kg..masyuk arr kan heheh..jual lak time raya cina memang banyak arr kan dapat.

 kat sini memang famous arr kan ngan mee udang, kalau turun hightway sungai dua tu berderet kedai mee udang, kalau yang jual mee udang galah nie yang dekat ofis aku, selepas jabatan sungai,yang ada lambang tv3, aku selalu tengok ramai je orang situ.

mak aku  beli udang galah yang murah terus dari penangkap udang, so dapat le harga murah, sebab diaorang tu hobi je tangkap udang galah, lepas tengok wayang malam ahad tu, aku sempat lagi balik masak udang galah nie tau, 




Monday, February 21, 2011

bos aku cuti kawen tak abih lagi ke..

minggu nie dah masuk minggu ke-3..aku tak nampak dia mai ofis lagi pun, maybe sambung cuti lagi kot bagi cukup 3 minggu kot ek. bos aku kawen 2 minggu lepas masa 6 haribulan aritu, hoorey bos tak dak leh bermaharajalela, heheh...bos ada ke tak dak sama je aku, relax gak, yang best tak dak lah dia dok calling2 aku suh buat keja kan, coz cbuk p honeymoon. wife bos aku sangat manis n cun tau, selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga keakhir hayat..amin


sebenarnye tak lah relax sangat coz aku keja dua companay, satu lagi ngan pak menakan bos punya, so ada je keja nak kena buat, tambah2 lak tanah lot baru nak buka ngan kemasukan lembu dari thailand, kadang2 terpaksa gak p kandang lembu semata-mata nak dapat tandatangan bos, sebab bos aku a.k.a hj selalu dok citu siap buat pondok untuk dia solat n ngaji kat citu.

p/s: aku sangat respek kat hj dalam bab bisnes + bab agama, sangat cekap buat duit, harap2 aku dapat le  tempias cikit2  kan.:)