Friday, February 18, 2011

TEMPAHAN DIBUKA UNTUK 2011-GIFTDOOR


MASIH TERCARI-CARI SESUATU UNTUK GIFTDOOR PERKAWENAN ANDA, KAT SINI AKU NAK MENCADANGKAN SESUATU YANG LAIN DAN BERGUNA BUAT TETAMU YANG HADIR KE MAJLIS KORANG. 

BODY SCRUB/ LULUR SANGAT SESUAI DIJADIKAN BUAH TANGAN BUAT TETAMU YANG HADIR.

TEMPAHAN 50 KEATAS RM2
TEMPAHAN 100 KEATAS RM 1.80
PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA
BAGI YANG INGIN MENJADI AGEN JUALAN IZYANTYSHOP

BOLEH MENGHUBUNGGI SAYA

DI PM

INBOX FB @ 019-429 0584

PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN MAYBANK


INFO LANJUT MENGENAI BARANG DIATAS BOLEH KLIK DISINI

maksud disebalik kalimah ALLAH..

i - Subhanallah (سبحان الله)

Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

"Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu," (al-Mu'minuun: 91)


" Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (al-Qasas: 68)


Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang
hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula
langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.


ii- Alhamdulillah (الحمد لله)



Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu: segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah,kerana dialah yang telah menetapkan
segala-galanya.

Seharusnya apabila kita dipuji,sebaik-baiknya kita panjangkan terus pujian itu pada Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kerana Dialah yang sebenarnya layak untuk pujian itu, dan dengan berbuat demikian boleh mengelakkan kita daripada takabbur dan bangga diri.

Dan tidak salah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesama manusia, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah"
(Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan Turmuzhi)


Namun, harus diingat, bahawa ucapan syukur dan pujian sesama manusia adalah bersifat majaz (kiasan) semata-mata, kerana hakikatnya, Allah lah yang menjadikan segala-galanya. Justeru setiap kali kita memuji atau dipuji, haruslah kita ingat bahawasanya yang sebenar-benar layak bagi segala pujian adalah Allah, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kesyirikan dan takabbur.


iii- Allahuakbar (الله أكبر)


Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, justeru akbar bermaksud yang maha besar, yakni yang paling besar. Justeru kalimah Allahuakbar
bermaksud, bahawasanya Allah lah yang  paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

Berapa kali sudah kita menyebutnya, terutamanya dalam sembahyang. Siang dan malam. Bayangkanlah jika kalimah ini dihayati, sudah tentu di luar
sembahyang pun, Allah jualah yang menjadi matlamat hidup dan prioriti utama dalam segala hal.

Mudah-mudahan selepas kita memahami dan memikirkan maksud kalimah-kalimah zikir ini, dapatlah kita menghayati zikrullah dan seterusnya memberi kesan kepada hati dan menambahkan keimanan. Wallahu 'Alam


sumber : DISINI

Thursday, February 17, 2011

rambutan muncul tiba-tiba




ada sape2 yang teringin nak makan buah rambutan tak? sekarang bukan musim rambutan lagi kalau tak silap aku le kan, sebabnye aku dok tengok semua pokok tepi jalan umah orang tak dak tanda2 nak berbunga apatah lagi berbuah. Sebenarnye aku memang teringin nak makan buah nie, dok terfikir dalam otak bila le nak musim buah rambutan nie, balik umah tok aku pun tengok pokok tak dak tanda nak berbuah pun...tak pe sabar je lah menanti musim akan datang.

Masa tengahari tadi cam biasa, balik umah makan, then aku ternampak satu plastik buah rambutan, waaaaa hajat aku termakbul buah rambutan ada musim arr sekarang, area mana tak tau le pulak, dengan muka tersengih2 happy tanya mak aku beli mana, rupanye ada orang jual kat pasar, yeahhh suka sangat dapat makan buah rambutan harinie.

ok tamat sudah cite buah rambutan, aku memang hantu rambutan tau hehe...tapi kat umah aku takdak le pulak pokok,. umah tok aku pokok tinggi amat, sangat susah nak ambik baik beli je lah lagi puas hati kan.

Di Atas Satu Cinta


Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi


jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

repeat *

selalu di hatiku

repeat * [4x]

selalu di hatiku

Wednesday, February 16, 2011

kotak untuk gift door

 

aku suka le kotak nie, cantik n lain dari yg lain leh letak cup cake, mesti lepas nie ramai yang nak melangsungkan perkahwenan kan, so saje nak cari sesuatu yang lain untuk bakal2 pengantin. tiada kaitan ngan aku pun ek..harga dia RM1++,  untuk yang berminat leh le jenguk kat SINI untuk info lanjut


 
 
 








 
 








Monday, February 14, 2011

disebalik Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


sumber : disini