Pages

Saturday, January 29, 2011

cara hilangkan senggugut dengan cepat

aku nak bagi petua nie, petua orang tua- tua le tu kan...uikss silap ok petua orang muda-muda tau a.k.a aku le heheeh...u all selalu buat camna untuk hilangkan senggugut ek bila datang bulan...soalan nie untuk girl je lah yang laki tak yah sibok2 nak jawap ek, opppsss lupa ner ada pembaca blog aku lelaki kan,tapi ada le sikit2 kot.

jom tengok petua yang aku nak bagi nie,nak bagi amaran bila senggugut jangan makan ubat colour pink ynag dijual kat kedai tu ek, sangat tidak baik untuk kesihatan wanita. memang le kan makan sekali sekala je pun, ofcoz le sebulan sekali je, memang jangan makan ubat tu walaupun sebulan sekali pun.

 kalau time tu dok umah leh gak baring2 letak losen halia mustajab kat perut kan, untuk hilangkan rasa lenguh2 dan tidak keselesaan dibahagian perut kan. tapi camna kalau kat tempat keja or kelas, macam aku time rehat aku leh balik umah so aku akan minum air halia, kalau minum di punya efek lagi cepat. 

cara cepat,  mudah dan sedap

kalau minum terus air halia tu, rase tak sedap kan, so ape kate u all bancuh air kesukaan korang pastu ketuk halia letak dalam air korang then minum. hasilnye sangat lah bagus.
aku selalu akan bancuh air nescafe susu + halia bila senggugut

leh order gak kat kedai kalau tak leh bancuh sendiri

Friday, January 28, 2011

ESCADA- PACIFIC PARADISE sangat wangi


see botol dia sama tema ngan bilik aku purple lagi, baru dapat free je minyak wangi nie, dapat gedabak botol besar, sangat suka bau dia wangi sangat, aku bukan jenis yang tau sangat pasal minyak wangi antarabangsa nie, almaklum lah duit tak banyak nak beli minyak wangi yang mahal2. setakat pakai yang murah2 je, tapi kan dah rezeki dapat free, alhamdulilah merasa gak kan, kalau aku sendiri nak beli jangan harap aku nak beli tau harga dia RM 300++.
(tau harga dia pun sebab aku surve harga jualan online )
Baik aku simpan duit dalam bank lagi bagus huhuhu..mesti korang rasa aku kedekut kan, ofcoz le buat pe nak membazir beli minyak wangi mahal2 kan. lagipun aku bukan orang kaya, so beli barang yang memerlukan je.

aku dah hilang mood ngan blog

selamat pagi semua.. kenapa thah sekarang nie aku dah malas nak aktif ngan blog, hidup segan mati tak mau, hempeh tol kan, tu yang aku rase sekarang, waaaaaaaa kenape aku camni kan, tak pernah nak sunguh2..bila dah bosan aku akan biarkan camtu je. kenape le aku cepat bosan ngan sesuatu benda yang aku buat,. nak menulis pun dah malas n kering idea. dalam erti kata lain dah bosan arrrr. ok nak stop dulu kot dalam dunia blog nie, buat sementara waktu, nanti dah ada mood berbloging baru aktif balik. tapi aku still akan baca blog orang lain gak, just blog aku je aku dah malas nak peduli sangat, rase tak seronok dah pun ada blog.

Thursday, January 27, 2011

BENCI tol ngan mesin ATM eon Bank

Geram tol aku tadi masa kuarkan duit, tiba2 mesin tu buat hal, aku tulis amount lain, leh lak dia buat spoil kat aku hujan2 nie, duit kuar rm300 je, tu pun tempat buka duit tu buka sikit je aku lak kena tarik duit, dah le bagi duit tak cukup sepatutnye rm1,500.00 panik giler aku, dah le kad bini bos aku, aku tolong p ambik duit je, jadi camtu lak, kena masuk bank buat report le. bos boleh tak lain kali jangan suruh saya jolok duit kat ATM, aku tak mo dah, serik tol,  mesin duit dia dok kat luar takut giler nak bawa kuar duit, muka aku memang stress giler arr kan tadi masa kat bank, isnin  minggu  depan baru depa akan tranfer balik duit yang tak cukup tu, dah tentu nak kena usya cctv dulu kan, tengok betol ke tak, waaaa muka aku akan jd popular kat bank tu hahahha stament sengal tol, aku memang tak suka p bank tu dari dulu lagi, tapi selalu je terpaksa p citu...harap2 masalah tu boleh diselesaikan ek...risau gak takut  tak pasal2 aku lak yang kena ganti..

HEARTBEAT NIE JUAL APE EK...



Cushion, Flower, Teddy Bear & Photo Balloon @ Only RM99

leh tempah sarung bantal muka sediri lagi tu, like pink.. suka-suka
  



Ada jual macam2 kat situ, untuk sape2 yang nak abadikan kenangan bersama pasangan leh leh jenguk kat situ, just klik banner heartbeart yang kat atas tu  je, dan mula shoping, nak harga diskaun jadi le ahli.












sangat seronok rupanye bila ada anak buah sendiri

budak mate besar n bulat, hanya boleh dilihat di dalam fb n ym je...tak sabar nak tunggu adam balik penang..



anak buah yang pertama teruja giler aku jadi mak teh heheh
nape le abang aku asyik tak dapat tukar balik penang, so terpaksa le dok kat johor lagi....kalau dapat tukar penang mesti best kan, dapat main ngan adam selalu.

Wednesday, January 26, 2011

BELIAN SECARA BORONG LEBIH JIMAT...


Berminat untuk berniaga lulur tak atau untuk dibuat doorgift untuk majlis perkawenan korang, so boleh le menempah dari saya.
HARGA BORONG LEBIH MURAH DARI BIASA
MAKLUMAT LANJUT DI SINI

cari idea untuk dulang hantaran



Gubahan Hantaran Bekas Cincin

Gubahan Hantaran Belt & Wallet

cantik-cantik je kan, aku tengah cari idea untuk majlis nikah sepupu aku, dia minta tolong aku gubahkan, aku tak pandai sangat bab2 nie, kalau tengok contoh boleh le buat. yang kat atas nie dari blog TEPAK SIREH, sape yang nak senang order terus je dari situ, orang johor boleh le tempah situ, gubahan dia memang semua cantik2. Ada banyak lagi yang berkaitan ngan perkahwenan kat situ. so buat bakal2 pengantin boleh le usha2 kat situ.

Tuesday, January 25, 2011

photoshoot gambar kawen kat sini ada sape2 nak tak?

sekarang aku sangat suka ambik gambar pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang, kat tempat aku selalu p je lah, sangat suka  gambar kat bawah nie, kalau ambik gambar kawen mesti cantik kan...tapi ada ke pengantin yang sanggup nak p kat tempat nie ek,
 mau berpeluh n penat baru leh sampai tau tempat nie, dia terletak kat hujung sekali tempat joging. kalau korang tak larat nak joging sampai hujung dah tentu takan jumpa tempat nie tau.
 kawasan nie trek joging je so memang tak leh naik kenderaan untuk sampai cini, tu pasal le tak dak pengantin ambik gambar kat check point last nie














 macamnana nak sampai kat tempat cam kat atas tu ek? meh aku tunjuk camna


mula2 kita kena mula berjalan or joging dari sini, naik bukit cikit, kawasan tu semua pokok getah je tau, suka joging kat trek nie coz tak panas.

see lorong hutan je kan, lepas dah melalui hutan camni baru le leh jumpa kawasan yang cantik tu, jauh gak tau, penat wey...tapi berbaloi gak dihujung dapat tengok kawasan cantik huhuhu



yang kat bawah nie kat kawasan depan sekali, ada trek joging yang macam jabatan, kat situ panas...so tak nak joging citu huhuhu...kalau nak dok rehat2 je leh lepak kat tempat bawah nie, ada banyak kerusi..






nak tengok ikan p kat tasek bawah tu ok, bawa le roti bagi ikan makan, mesti banyak ikan yang datang...


LOKASI ; Mengkuang Damp Seberang Perai

p/s : gambar just guna camera hp c3 nokia je, so kualiti tak best sangat kan...

Monday, January 24, 2011

ingatkan senang je mengecat....

sebelum nie sangat susah nak jumpa cat purle terang yang aku nak kan, so ari sabtu p cari kedai yang jauh sikit dari rumah, then terus jumpa satu kedai yang ada colour tu, aku terus sambar, awat mahal lak harga dia ek, maybe harga dah naik kot, aritu masa beli cat ICI baru RM 50 je kan, takan le cat buatan m"sia pun mahal gak, aku beli brand colourland je pun, tanpa banyak soal terus terus beli, harga dia RM 81= 5 liter..lagipun aku malas nak surve harga kedai lain tu yang terus beli je. sebelum nie colourland kedai lain tak terang pun.


sangat puas hati lah bila dah mengecat kat bilik aku, warna dia cantik je, shiner2 lagi tu pasal le mahal, aku terbeli cat yang kualiti rupanye dah habis cat baru perasan kat cat tu tulis pe, hahahahah tapi xpe janji cantik. cat minyak dah tentu le cantik bila cat dinding, patut arr kan terang dan cantik je dia punya colour, kalau conteng kat dinding pun just lap ngan kain lembab je comfim hilang cam iklan kat tv tu huhuhu... kalau beli cat biasa leh dapat dlm harga rm 30 je bau dia tak best. yang cat aku beli nie bau dia sangat best..

masa mula2 nak buka bekas cat tu, sangat le susah, mau hangin satu badan kak aku, so bila dia dah begang dia blah camtu je, ok pun berusaha membuka ngan simbah air atas tong tu dulu, then terus leh buka. masa mengecat tu ok je, tak lah susah sangat, just lenguh kepala melayut atas je. akhirnye siap gak setelah dibantu oleh akak aku.

korang rase keja mengecat nie orang laki je ek boleh buat, orang pempuan pun leh buat gak tau huhuhu...tapi kan aku tak nak buat dah pas nie, nak tau tak sebab pe, masa buat tu tak rase sakit pe pun, masa tengah tido sedap2 tiba-tiba badan n tangan rase lenguh2 n sakit sangat..... selamat aku ada losen halia mustajab, terus sapu kat badan n tangan. dua tiga kali gak lah aku bangun sapu losen halia nie...waaaaa rase cam tak mau p keja je pagi tadi...still lenguh2 lagi nie, kat tapak tangan memang sakit sangat lah masa tido tu. keja mengecat nie memang sesuai sangat untuk lelaki, umah aku ner ada lelaki so terpaksa le buat semua sendiri, selalunye akak n adik  aku yang mengecat, aku akan dapat port memasak didapur huhuhu....



 tirai pintu benang yang sama colour lagi tau, kualiti gambar hp aku sangat buruk waktu malam...

p/s : tudung tingkap lum siap jahit lagi, tengok le kalau rajin jahit malam nie, aku buat yang simple2 je

Newer Posts Older Posts Home