Pages

Friday, January 14, 2011

RINDU sama Adam

dah 3 bulan adam sekarang, suka buat mata terbeliak camni lak sekarang ek, aku rase sebab masa  mak dia tengah sarat mengandung dulu, kitaorang ada p ambik gambar keluarga kat kedai, adik aku berdiri sebelah akak ipar aku, then adik aku bila bergambar dia suka buat mata terbeliak camni gak, adam tiru mak su dia le nie kan..heheh

Bila thah boleh jumpa adam, kena tunggu ayah n ibu adam bawa balik penang, see dah pandai cakap2 dah sekarang, rindunye nak jumpa n dukung adam. Hari tu masa kami p tengok dia kat johor kecil lagi baru lahir, asyik tido je, nak buka mata pun susah, memang tido tak hengat dunia arr kan, buat macam2 kat dia pun, still tak sedar.

miss u so much MOHAMAD ADAM HARIS BIN MOHD NAZRI
panjang tol kan nama dia...

Thursday, January 13, 2011

pilih sabar atau mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


sumber :sini

APA perasaan korang bila baca nie

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan


Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". 
 
Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 
 
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

SUMBER SINI
 
p/s : aku siap leh nangis lg huhuhhu..:P... aku memang sgat2 sensetif tau, if my mum or bf tinggi kan suara pun aku dh leh nangis...apasal le aku leh jadi terlalu sensetif...tak suka tol

Wednesday, January 12, 2011

En Ben buat suspen je kan...

tengok link kt fb kemarin aku terus klik, 

BEN ASHAARI: Senarai nama peminjam PTPTB yang di'blacklist'kan


buka2 eh siap ada senarai nama lagi tu, terus terjah kat nama2 tu, takut nama aku tersenarai, ok tak dak lega rase, tapi aku pelik gak tak ramai sangat pun kena blacklist PTPTN, sepatutnye ada ramai kan, pas tu aku baru baca pe benda yang dia tulis kat atas tu...cis rupanye bukan le

Berikut adalah senarai nama peminjam  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi BLOGGER yang disenaraihitamkan kerana gagal dalam subjek SENI TRAFIK .. 

hahahah...main terjah je kan, lain kali baca dari ats kan heheh...

ok akan cuba bayar ptptn secara konsisten lepas nie..

kad buat peminat saya !

tajuk tak boleh blah tol kan, bukan untuk peminat aku le, bukan artis pun, saje nak buat drama heheh....salah tajuk kat atas tu ok. nie aku saje gatal2 tangan buat kad untuk pemenang GA aku...nampak tak tu aku dah sain autograf lagi huhuhu...:P

Tuesday, January 11, 2011

dah dapat paling pantas....so awak dapat ok

masalah aku dah setlle sok leh terus pos semua hadiah tu, en3 yang tadi tu aku akan delete ok..siapa yang paling pantas ek tengok kat anak panah tu ok






Cute MuM   no.14 dalam list senarai perserta yang paling pantas bg alamat tadi,taniah,

aku tak nak pakwe encem dan popular ok!

sambungan EN3 kemarin  sila rujuk SINI


Ada sape2 nak pakwe encem lagi popular?  uisk ramai tol nak rebut2 kan hehehe...ok aku tak nak rebut2 so korang leh ambik, by the way yang encem lagi popular bukan bf aku tu pasal aku tak kisah, masa zaman muda2 dulu n belajar boleh leh kan nak pakwe ensem lagi popular, tapi bila umur dah meningkat dan bekerja encem dan popular bukan keutamaan lagi. Baik sakit dimata, jangan sakit dihati heheh...ye le tu kan, orang tua2 selalu pesan camtu, yang penting baik dan sayang kita kan, tapi kan kalau sakit dimata n sakit dihati memang sangat2 tak wajar untuk dipilih, ok sila reject dengan cepat tettttttttttt...



p/s : kalau kita nak lelaki yang baik, kena pun kena baik jugak kan, 
LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK.
LELAKI YANG TAK BAIK UNTUK WANITA YANG TIDAK BAIK.

ALLAH ITU ADIL KAN

nak Tawakal je bab nie.

dalam hidup apa yg korang rase susah ek?

Tahun 2011 apa lagi halangan lagi yang ada ek, bagi aku bila kita fikir susah maka secara automatik jadi susah kan, kalau kita fikir senang ia akan jadi senang kan. semuanye otak kita yang tentu kan. by the way bagi sesetengah situasi akan jadi rumit dan banyak halangan, kenapa camtu ek. kan bagus dalam dunia nie kalau kita tak perlu berhadapan dengan orang yang irihati dengan kebahagian kita kan, sangat runsing bila fikir pasal nie, aku perlukan new life yang lebih bahagia tapi aku terpaksa berhadapan ngan halangan ini, apa yang perlu aku dan family aku buat ek. sangat letih bila terpaksa berhadapan semua nie lagi, gunting dalam selimut paling bahaya kan, tahu tapi tak boleh buat pe,

semoga Allah PERMUDAHKAN SEGALA PERJALANAN HIDUP KAMI SEKELUARGA..Amin..

boleh beku n selsema camnie...

air-cond nie tak leh slow arrr...aku dah tak tahan sejuk, tutup kang panas lak, baik aku kuar merayap jap...date hari nie 1.1.11 ek.... leh buat pe...ada sape2 ada plan ke ngan date hari nie??

ok aku bersalji di ofis je...tahap beku dh nie...

Monday, January 10, 2011

pakwe aku popular ok!

dah senyap ek kisah Khairul Fahmi ngan awek dia, berlalu sudah semusim, pagi nie aku buka blog, kecoh pasal Ana Rafali..TOLANG INGATKAN AKU...keputusan semalam memang le menyejutkan, aku tengok gitu2 je, lagu dia cam biasa je aku tengok, dengar pun tak dak feeling, tup,tup leh menang. apa2 pun nak ucap taniah kepada beliau. selalu bila lagu kat AJL yang menang mesti aku teringat2 nak dengar berulang2 kali, tapi kali nie, tak rase nak dengar pun lagu tu.

ape kaitan lak tajuk pakwe aku popular ngan cite diatas tu ek... tajuk tu tak dak kena mengena ngan aku ok, saje nak tulis pasal pakwe2 orang yang popular ngan tiba2. kalau pakwe or husband korang tiba2 jadi popular korang rase ape ek, sangat best or sebaliknye ek???? cuba ingat kembali kisal lalu dengan tiba2 mawi popular, apa jadi ngan ina naim, pada pendapat aku le kan, kalau aku ditempat  jejari runcing dah tentu aku rase tergugat hehe..mula2 maybe akan ok, lama2 dah macam2 sakit hati n terasa hati akan datang, mesti ada perasan jelous gak kan, mula2 mungkin tak kisah, maybe bf ko tak layan pempuan lain, tapi kan bila dia dh mula jumpa ramai2 orang n berkawan, macam2 hal lak leh jadi.
 
aku harap bf tak naik ngan cepat dalam politik, sangat takut kalau impian dia tercapai hehe...cisss kalau orang lain bagi  semangat supaya dia berjaya, tapi aku kan memang tak nak dia naik dalam politik huhuhuhu..

joging le sangat kan...

selamat pagi semua, pagi isnin yang bersemangat, jom cuci mate dulu, tak dak benda nak cite, but nak share tempat joging yang best kat kawasan aku je, mengkuang damp.ayat cam selalu aku p joging je kan, tapi aku memang selalu p tempat nie, bukan p dating ok, selalu teman akak aku joging. ingat tahun nie aku nak join dia joging gak lak, selalu aku p aku lepak2 je ngan 2 orang budak kecik kat bawah tu, aku malas nak joging nanti sebelah perut aku akan sakit bila joging, cisss alasan banyak tol kan heheh...tapi betol ar..insyaallah tahun 2011 nie aku nak berubah, tak nak joging tapi jalan dah le, ok gak kan, baik untuk jantung n kesihatan.
 jom tengok kawasan dulu..



view yang cantik, pengantin selalu photoshoot kat cini. kat damp nie ada 2 kawasan leh joging, kalau lalu cini korang akan akan jumpa kawasan pokok getah yang berbukit, kawasan nie teduh sikit tapi berbukit dan dikelilingi hutan.

 dua budak kecik yang selalu menyibuk nak main air,

 satu lagi kawasan  korang akan nampak tasek yang camni


 yang nie trek mendatar dan panas,leh nampak view camni je

 by the way tempat nie memang cantik, ada banyak kawasan cantik, tapi aku segan lak nak ambik gambar coz tempat cantik2 yang lain penuh org, so aku ambik gambar kat tempat org tak dak je lah heheh


p/s : sangat sesuai bawa family riadah kat sini, ramai orang bawa anak depa main kat cini, sambil jalan-jalan menghirup udara segar..


Newer Posts Older Posts Home