Wednesday, May 11, 2011

mari belajar masakan korea Tteokbokki


Gara-gara terpengaruh drama korea yang konanya nampak sedap je bila depa makan kan. so masa akak aku p KL aritu dia beli bahan2 untuk masak tteokbokki nie, kat  kl je kot yang ada jual bahan masakan korea halal. kat mana thah aku pun tak tau sebab aku tak p masa tu.

mari kita buat sesi berkenalan dengan bahan dari korea di bawah ini

ini cili korea yang siap diblender, dia tulis pe thah xfaham pun huhu..




ini bukan keropok lekor tau, nie le bahan utama. nak sebut pe thah dalam bahasa melayu jejari beras kot :P




sayur ni dari malaysia le kobis n carrot




senang betol nak masak benda alah nie, jom tengok kitaorang buat camna

panaskan air dalam periuk, masukan kiub ikan bilis kacau sehingga rata
then masukan 2 sudu cili




bila dah sebati cili masukan jejari beras tu, potong 2.
sila rase dahulu ok...kalau tak cukup rasa baru letak garam n gula.

ini disebabkan cili n kiub bilis dah ada perasa.




bila dah mendidih baru masukan sayur kobis n carrot.
jangan masak terlalu lama, kang hancur le jejari beras tu, kuah akan pekat ngan sendiri disebabkan kanji dr beras.




 dan hasilnya macam nie. nak tau rase cam pe tak??
rase dia pedas2 manis, jejari beras (ttoekbokki ) tu bila makan kenyal

pada pendapat aku kira sedap jugak lah sebab lebih kurang cam masakan kita gak lak sebab ada rasa pedas hahahah...
 cam makan nasi gak lah, boleh kenyang, sebab bahan asas dia beras gak.



p/s : kitaorang tengok kat yutube cara masak sebelum memasak benda alah nie ok :p

next episod kita belajar masak makanan korea yang lain pulak ok. next episod tu tak tau bila, kalau rajin nanti arr he3

yang sebelum nie buat KIMBAP
nak cuba buat leh tengok SINI





15 comments:

Myra Jay said...

Nak sebut nama makanan nie pn jenuh tergeliat lidah ha :)

Kalau jejari beras kita tukaq guna crab boleh kot Iz?? Masak cara sama Iz buat jugak ;)

izyantyPersonalTaste said...

myra: btol2 tgeliat lidah nak sebut,boleh le tu tkar crab heheh..sng je kan nak msk benda alah nie...
sekali pandang dri jauh cam asam pedas keladi he3..

Cik Rose said...

kite pun suka juga mkn dubokgi ni. tp x tahan pedas. nampak cam senang juga nak buat kan.

kalau tengok dr gambar awak tu. macam yong tau fu. ahaha..

izyantyPersonalTaste said...

gangstarosie : mmg pedas pun he3..peda2 manis...senang je buat, cuba le

Anonymous said...

cbe la tnya akak kat kl tuh die beli kat ne ek??plez..mmg craving giler..

izyantyPersonalTaste said...

beli kat ampang, korea mini market memang ada kedai khas untuk makanan korea yg halal kt citu...berdekatan bangi kopitiam n kawasan tu banyak org korea duduk

cuba google cara nak p mesti jumpa hehe

nak tengok rupa kedai tu leh klik kat link bawah nie

http://kaklia-kaklia.blogspot.com/2011/05/kimchikimchikimchiiiiiiii.html

Anonymous said...

owh ok..bangi kopitiam dkat bangi ke???x pasan lak kat bangi ade..kalo kwsan byak korea x silap kat ampang point..anyway tanz a lot ye..

izyantyPersonalTaste said...

anon..: xtau le pulak bangi kopitiam tu coz xpernah p lg pun he3..w'lcome :)

cyinta said...

law nak tempah cili korea tue kat awak leh x??? susah cari kat sabah nie lar...huhuhu

Unknown said...

law nak tempah cili korea tue kat awak ble x??? kat sabah nie susah nak cari... lama dah nak try masak makanan korea nie.., tp cili tue je yg x jmpe2 smpai skrg..huhuhu

izyantyPersonalTaste said...

cyinta & Fajrih : sy duduk penang, cili nie ada kat kl je, beli pun masa akak sy p jln2 kl. sory xleh nak tlg beli. xp sana dah.

Anonymous said...

salam tuan blog ,
na tanya...
mana dapatkan rice cake tuh yerr ?
thanxxxx =)



from : cn =D

izyantyPersonalTaste said...

Anon: rice cake tu pun beli kat kl gak, kalau xdapt cuba buat sendiri, sebab guna beras je.

Anonymous said...

Nama dia tteoboki

Unknown said...

Salam semua,
Kalau teringin nak makan tteokbokki halal boleh DIY sendiri. Kami @fullstopcenter merupakan pembekal tunggal bahan-bahan halal membuat tteokbokki / korean rice cake di Malaysia. Semua bahan dan tools ada dijual termasuk Maepssalgaru,Dasima, Gochugaru, Gochujang, Bamboo Steamer dsb. Better DIY sendiri baru kena ngn taste masing2 ^_^

Facebook : www.facebook.com/fullstopcenter
Instagram : fullstopcenter
Website : www.fullstopcenter.com

Thanks for viewing.