Thursday, March 3, 2011

cerewet tol arr mamat nie...pilih tempat tinggal

Assalammualaikum semua, rasenye dah banyak hari gak aku tak menulis, sibuk sikit..aku nak tanya pendapat korang, kalau korang nak beli rumah or tanah untuk dijadi tempat tinggal berkeluarga korang akan pilih kawasan yang macam mana ek?

dari pengalaman aku sebagai penjual tanah lot le kan...oppssss bukan aku penjual, just tukang urus urusan jual beli je ok...kebanyakan orang akan cari kawasan yang strategik iaitu meliputi kawasan yang terletak berdekatan dengan tempat kerja or dekat ngan kemudahan awam kan. aku sendiri pun pada mulanya terfikir camtu gak. dah tentu nak kawasan yang dekat ngan semua tempat, paling penting dekat ngan pekan arr kan, cam kg aku memang sangat sesuai arr  dekat ngan semua tempat dan kemudahan. kebanyak tanah lot yang bos aku jual semuanya sekitar ngan kawasan aku je, so sangat2 lah mendapat sambutan setiap kali bos aku buat jualan.

satu hari tu aku p kedai mamat tu keja, sebab aku nak beli barang ofis, so sembang2 sambil le aku gitau ada tanah lot baru nak buka, then dia cakap tak nak kawasan cini, dalam kepala otak aku dok kata apasal le mamat nie cerewet sangat, setakat tempat tinggal je pun, walaupun kawasan cini banyak budak2 yang tak berjenis yang dia risau sangat nape, bukan leh bagi pengaruh kat dia pun, lagipun aku tengok dia jenis alim2 cikit, buat pe dia nak risau, bukan dia nak join depa pun kan? so aku pun cadangkan dia satu lokasi  tanah lot bos aku yang kurang mendapat sambutan disebabkan jauh dari kemudahan. lagipun kawasan tu kawasan yang dekat sekolah pondok, aku rase sesuai sangat untuk dia nak membina keluarga. mamat nie baru je kawen bulan lepas.

dah berminggu2 berlalu aku still terfikir kenapa dia nak tempat tinggal yang jauh dari orang, dan kawasan tu mestilah  kawasan bersih dari budak2 nakal, so  hari ini aku dah mula faham kenapa kita perlu pilih tempat  tinggal yang aman damai dan persekitaran yang sihat, bila kita nak bina sebuah rumah dah tentu kita akan tinggal kat situ kan, bila dah ada anak, kita nak jaga dia sebaik mungkin dan bagi  pelajaran n pendidikan agama yang terbaik, semua yang terbaik itu yang kita harapkan. Mungkin kita dah bagi semua yang terbaik dengan harapan anak-anak kita menjadi insan yang berguna kan, so sangat sayang dan rugi bila anak2 kita mula berkawan ngan budak2 nakal, dan paling takut bila anak2 kita pula yang terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.

 kesimpulannya MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATI KAN, mungkin sebelum nie aku tak pernah terfikir sampai ke anak2, sebabnya aku lum kawen lagi. Kalau nak ikut sekeliling kita memang le macam jenis gejala yang tak sihat berlaku kan, tapi semua tu atas diri kita gak kan dan atas didikan ibu bapa juga. aku pula jenis yang tak berkawan ngan orang, aku memang kera sumbang pun dok umah je huhuhu..kawan ngan adik beradik sendiri je n mak aku, hidup aku p keja balik keja, guna satu jalan yang hanya menghubungkan umah aku ngan tempat keja. walaupun aku dengar macam2 kes kat kg aku, aku sangat rimas ok. dalam erti kata lain, aku pun nak persekitaran yang sihat gak lah untuk membina keluarga huhuhu...apa-apa pun peranan ibu bapa tu sangat penting dalam mendidik anak-anak kan. 


Satu lagi benda yang aku sering terfikir kenapa remaja sekarang macam2 perangai sangat ek, aku sangat2  rasa pelik, apa yang diaorang fikir sebenarnye dalam hidup diaorang. Apa untungnya diaorang buat macam tu? sangat2 bermain dalam fikiran aku. secara Rasionalnya aku rase tak munasabah depa buat camtu.



3 comments:

Myra Jay said...

Betul tu Iz, tempat tinggal yg baik dan persekitaran baik penting sebab tempat utk kita berteduh :)

Ada lot tanah baru ke?? Kat ne??

izyantyPersonalTaste said...

ada tanah lot baru kt tanjung putus, dari higway dah leh nampak..nak beli ke?

Firdaus said...

tanah lot tu ade lg kosong ke? firdaus..

kalo ade lg, saya berminat nk bli ...boleh hubungi saya di
sheikh.firdaus@yahoo.com (019-4144120)