Pages

Saturday, December 25, 2010

mood masak sayur - edisi cameron


nie menu ringkas  makan tengahari ahad lepas, mood letih lagi, makan je apa yang beli kt cameron, dah tentu sayur je banyak, so buat lah sayur asparagus campur. mahal tol asparagus nie tau, satu ikat kecik je RM5. Kat cameron je leh beli tau, nie dikira murah le kat sana, kalau turun cini lagi mahal, lagi le aku tak beli, rase dia lebih kurang pucuk paku je. kalau kat hotel2 pun letak 2 batang je kan, tu pun dia caj mahal, setakat buat hiasan  je just dicelur.

takan makan sayur je kot kan, ada ikan bakar lagi ok, ikan bakar tu p beli kat kedai makan heheh. simple dan ringkas.kol tiga baru makan tau.pas tu bertolak balik umah tok aku jap. nampak sedap tak sayur tu hehe..nak tau tak sape yang masak, dah tentu le aku yang masak, tukang masak tetap dirumah selain mak aku. tapi memang sedap tau sayur nie, sebab fresh n aku masak huhuhu...depa yg kata sedap le.


camni le rupa asparagus, yg ni nampak banyak kan, kalau camni 1 ikat RM10 le kat cameron. kat sini berapa ek, xpernah le pulak aku nak jenguk n beli kat cini, dah tau comfim mahal.

MEGI PERISA TOMYAM TAPI...

ini adalah menu ari ahad pagi minggu lepas, almaklum le baru balik dari cameron, macam2 sayur lak dalam menu nie heheh. kalau nak tau aku guna megi RUSKI perisa tomyam tapi apasal rupa cam mee szling lak kan? aku memang suka makan megi tapi ikut resepi sendiri, cendawan  yg colour hitam tu pun kitaorang beli kat sana, tu pasal timbul idea nak buat ala2 mee szling.

resepi megi cam kat atas tu hehehe
untuk makan 4 orang utk breakfast je 


ringkas dan cepat

Bahan-bahan

2 bungkus megi RUSKI perisa tomyam
sayur sawi
cendawan
putik jagung
tomato
kicap
sos cili
sos tiram

cara masak

masukan air biar mendidih, kemudian masukan cendawan, perencah megi,sos cili, kicap, sos tiram, putik jagung.

tungu sehinga cendawan masak, rase le dulu ape yang kurang, masukan megi biar kembang sedikit, last sekali baru masukan sayur sawi dan tomato, sayur jangan terlampau masak nanti tak sedap, ok siap untuk dimakan.

p/s : guna bahan2 yang tersedia ada dalam umah dah le, sos tiram tak letak pun xpe kalau xdak.

Friday, December 24, 2010

WATERMARK DARI R4T

kemarin kan aku dok kecoh2 sangat pasal watermark kan, hari nie aku dapat satu dari kie-yu, tuan blog RUMAH 4 TINGKAT, terharunye ada orang bagi aku watermark, yg kat atas tu kie-yu yg buat. cantik kan, ada tulisan camtu, harap kat aku ner leh jadi camtu kan,  TERIMA KASIH buat kie-yu kerana susah payah buat watermark untuk my blog. sangat suka watermark baru nie.


try test kat gambar bawah nie lak.


kemarin ada orang tanya benda pe watermark tu kan, aku nak jawap kat sini ok, dia macam logo blog kita le kot kalau tak silap, aku pun tak pasti gak. yang aku tau bila gambar kita ada watermark susah sikit org nak curik. yang penting bila kita ada watermark org senang nak ingat blog kita.

sape2 yang arif pe benda watermark leh la komen kat cini ok.



p/s : en3 untuk esok dah siap AUTO PUBLISH tapi tak sempat lak nak letak watermark baru. hari cuti aku memang tak online. sunguh buzy dirumah n keluar berjalan heheeh.

hadiah utama untuk blogwalking terbanyak - GA

key-chain couple


tali nie aku terbeli, sebab suka tengok tali colour merah, tapi tak tau nak buat pe,  boleh gantung kunci/ hp/ kad student kan. tapi aku cam tak sesuai lak nak buat camtu, zaman study2 dulu boleh le kan heheh...so aku bagi satu set le kat pemenang nie,ok ke?


KLIK UNTUK JOIN

GA akan tamat pada 31/12/2010 tinggal seminggu je lagi. cepat2 le join ok.. :)

SENARAI PERSERTA MY GA

5.   mummynana
11. Nana
12. Sweety
 15. Kehelan
18.  Seri 
31. secret
33. Fizah 
34. Fyda
 38. cikshaz
39. JaSSNaNi 
42. Admin 
48. kak long 
51. Nur Ezzat 
52. Keyna
 53. Farhana
 54. azlina aziz
55. Farr
56. ShAfiEYkA
 
check nama korang, kalau ada yang tertinggal gitau ok.
SAPE2 YANG BELUM JOIN, ADA MASA LAGI SEMINGGU UNTUK JOIN . DUE DATE 31/12/2010. KLIK UNTUK JOIN DISINI


SENARAI HADIAH

ada lagi hadiah yg belum dipublish

apa dalam bungkusan ini..






ada yang  jawap betol kemarin, dah tentulah benda alah nie...jeng2...



 
sekarang dah tau kan, sok hari krimes, awat jatuh ari sabtu lak, aku memang dah cuti ari2...so xdak extra cuti le kan. petang nie mesti akak aku bawa balik coklat nie gak, setiap tahun dapat dari owner mat salleh yg dok kat resort akak aku keja. banyak coklat le pulak kan. xpe2 rezeki..alhamdulilah


p/s : sape2 yg sebelah umah aku tu leh la minta heheh

** SENARAI NAMA PERSERTA GA AKAN DIKELUARKAN PETANG NANTI**

Thursday, December 23, 2010

cepat tol dah hari khamis kan

hari nie dah hari khamis rupanye..semalam aku dok confuse tanya mak aku, betol ke ari rabu...cepatnye masa berlalu kan, rase cam tak sempat nak berubah apa2...tiba2 hari bergerak ngan pantas, ke aku yang ketinggalan ek. minggu lepas punya cite nie, aku p pasar malam, masa pbeli popia goreng ternampak lak pak cik sebelah tu jual patato spring...waaaaaa nampak sedap je kan, digoreng panas2. tambah lak perut lapar terus menyambar 1. bukan sambar le, aku beli tau 1 roll tu rm2 je.


sampai2 kat umah tak leh makan lagi, sebabnye aku puase ari2. meh tengok rupa dia cam ner, sungguh menyelerakan masa tu aku rase heheh

      kalau makan sejuk2 comfim tak sedap, so aku pun simpan dalam bag kedap udara...jeng2



dengan harapan dia akan sentiasa panas. tapi kan bila aku buka nak makan, bertukar jadi sejuk le...kan tempat sejukan ais huhuhu...terus jadi xsedap...

PELABURAN EMAS SANGAT MENGUNTUNGKAN?

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang



Graf Harga Emas Dunia dari tahun 2005-2010

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. paling busuk pun 20% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini?

cuba bandingkan dengan faedah/keuntungan simpanan tetap di Bank pada kadar 2-3% setahun, ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM157 segram (2010 )!!

 jika tahun ini kos pergi haji lebih kurang RM9k seorang, 5 tahun depan adakah kosuntuk mengerjakan haji masih sama? tentulah tidak bukan? jika anda membeli emas bernilai RM9k , 5 tahun akan datang bila anda menjual semula emas tersebut, kos mengerjakan Haji tetap bernilai  RM9k iaitu harga semasa anda membeli emas tersebut walaupun kos mengerjakan haji pada masa itu sudah naik.


sumber : SINI

P/S : aku sangat berminat dengan pelaburan emas, tapi aku xdak duit arr. boleh tak kita simpan sikit2. siapa yang ada buat pelaburan emas kongsi le kat sini ek. aku nak join yang maybank tu. duit nuffnang bila le ko nak banyak ek.

RUPA SEBENAR HADIAH UTK PENGOMEN TERBANYAK


Aritu aku cakap nak bagi yang colour merah kan, so yang kat atas tu le, 1 lagi colour purple untuk aku guna tukar2. aku memang giler benda alah nie tau, setiap kali p johor mesti beli, kat tempat aku xjumpa pun, kalau ada pun mahal arr. dah 3x p johor n 3x p cameron, memang suka lah p 2 tempat nie heheeh. nie pun 1 kedai je  kt ayer hitam leh dapat murah, kedai lain semua jual mahal, so aku borong 4 utuk th nie heheh. corak bunga n love nie tengah in sekarang. th lepas aku p xdak lagi corak camni, just benang je.
selamat aku kaki servey sebelum beli tau, leh dapat harga terbaik punya. johor n penang jauh tol arr kan.




aku malas tol nak pasang kat pintu, kena panjat kerusi, so korang tengok samar2 dah le hehehe. aku testing kat tgkap je, 2 pasal meleret. sape2 yang dapat nanti pasang kat pintu memang cun le. kalau pintu korang rendah terpaksa gunting sendiri yg meleret tu ok. yg pintu umah aku singkat sikit, tapi ok.

masa aku buka petang kemarin, tengok cantik lak colour merah nie...waaaa rase sayang lak nak bagi heheh...tapi jangan risau aku dah janji mesti bagi punya.


ok sekarang korang rase pe ek, nak tak nie...xnak sudah heheh

DIULANG HADIAH NIE UNTUK PENGOMEN TERBANYAK SAHAJA. 1 ORANG JE AKAN DAPAT HADIAH NIE.



HADIAH LAIN-LAIN DISINI


komen korang akan dikira dari date 
1.12.2010 sehingga 31.12.2010 ( 1bln sahaja )


UNTUK JOIN KLIK SINI

MASA TINGGAL LAGI SEMINGGU JE....

maraton komen..


Aku buka blog pagi tadi tengok ada 52 komen, banyak lak ek orang komen, nak tau tak nape banyak komen, nie diaorang tengah buat meraton komen untuk GA kat blog aku. memang leh buat meraton untuk menang sebagai pegomen terbanyak, tapi tolong makesure sebelum komen ek, 


POST EN3 KAT BLOG AKU MESTILAH YANG DATE 1/12/2010 SEHINGGA 31/12/2010.

- INI disebabkan dalam tempoh sebulan dalam bulan 12 sahaja komen itu akan dikira. ok selamat meraton komen :)

Sesiapa pun leh join lagi tak kira le u all join lewat or cepat, untuk komen tu leh je buat meraton. untuk penjejak terbanyak leh kot buat meraton heheheh, thah le aku pun tak pasti. masa tinggal seminggu je lagi.

nanti aku akan pasang widget pengesan untuk mengetahui pemenang ok.



Hadiah UTAMA PEGOMEN TERBANYAK akan dipublish petang nanti ( hadiah sebenar ok,yg korang tengok tirai sebelum nie just contoh je )

sangat sayang kat pokok nie


nie adalah pokok yg dibeli dari cameron pokok daisi, sangat suka pokok nie. tapi suka rose lagi, kenape aku beli pokok nie sebab dia cantik dan tahan lasak kot. harap2 ko hidup lama le pokok ek, bukan ape aku serik tol nak beli pokok bunga ros dari cameron, bila turun dari sana je, letak kat umah aku tak mau hidup langsung, hari2 daun berguguran, maybe sebab terkejut kena cuaca kat sini, terus mati camtu je, tapi akak aku beli untuk kawan dia dulu hidup je, maybe sebab kawan dia dok umah taman, aku dok umah kampung tupasal pokok bunga ros tu tak mau hidup, cissss dasar nak hidup dibandar je hahahah. malam2 

Rase cam nak bawa masuk dalam umah je pokok nie, takut lak binatang makan or jadi apa2 heheheh...bila budak2 dok main kat umah aku, aku dah mula risau, takut depa petik bunga aku buat main, budak2 tu semuanye nak main tau, depa ingat umah aku nie taman pemainan ke apa, tu belum anak jiran sebelah umah yang nakal lagi tu..sekarang nie kan musim hujan, acara mencari siput sedut lak kat parit umah aku, habis pokok bunga yg aku tanam kat tanah jadi mangsa. yg tu aku xberapa nak hot, sebab pokok xpayah beli dan senang nak tanam.
daisi nie rm 8

pokok cabai nie murah je rm5 tupasal aku beli, buah tengah lebat n berbunga lebat. dah leh kutip hasil nie heheh..

BETOL KE ASB 7.50 SEUNIT ?

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan


Aku dok blogwalking ada gak terjumpa pasal asb 2,3 hari nie dok cite pasal pendapatan ASB, kalau  7.50 seunit banyak le kan, dok try kira sendiri duit aku yang tak seberapa tu, uishh takan leh dapat banyak tu kot, apa2 pun tunggu time steament dikeluarkan nanti.
sape tau kita leh kira camna, aku silap kira kot leh dapat sebanyak tu...tapi nak kira sendiri gak huhuhu.

Wednesday, December 22, 2010

aku pun sibuk nak buat watermark gak...

aku tengok, orang dok ajar buat watermark, aku pun teringin gak nak buat, semuanye kena guna photoshop lak, hampeh tol aku takdak photoshop, memang le boleh dawlod kan, tapi nanti buat berat lak net book aku nie. so disebabkan aku nak buat gak, aku guna paint je. lebih kurang cam watermark gak konon-kononye. tapi rupa cam stiker je pun, main tempek2 tepi gambar hahahah...ok ini lah hasilnye...malas nak pening2 pale buat. tempek camni dah le.


p/s : dulu aku xtau benda pe watermark nie, ingatkan mark air hahahah...

antara hadiah my GA

Fridge Magnet dari cameron
UNTUK YANG RAJIN DATANG MELEPAK KAT BLOG AKU
sekarang korang leh kira berapa hadiah yang aku nak bagi ok...
en3 hadiah bersambung...
sila tunggu lagi ok
ADA LAGI TAU



yang belum join pe lagi cepat2 le join duedate  31/12/2010
hadiah utama ( tirai pintu ) tak ramai yang nak rebut, sape yg rajin komen banyak2 tu comfim2 leh dapat ngan mudah : )


UNTUK JOIN KLIK SINI

ada sape2 nak MERCEDES BENZ tak ?













Mari dekat, mari dekat, tengok apa benda nie. kalau aku bagi hadiah GA yang nie korang nak tak,? mak aih ramainye yang nak, aku pun tak mampu nak pakai nak bagi hadiah lak kan heheeh...ini bukan hadiah GA aku ok. ini kereta untuk dijual, ada sape2 berminat tak, my bos yang nak jual, awat xmau bagi kat aku je kan, kalau tak mau guna...hahahah banyak cantik bagi free.




HARGA DIA RM 95,000.00 SAHAJA
BUATAN : MERCEDES BENZ
NAMA MODEL : E280 ( A) W210
KEUPAYAAN ENJIN : 2799 S.P
BAHAN BAKAR : PETROL
WARNA : HITAM
JENIS BADAN : MOTOKAR
TAHUN DIBUAT : 2000
MUATAN TEMPAT DUDUK : 5
 PEMILIK KENDERAAN : PEREMPUAN ( dah tentu dijaga elok ok )

 LOKASI : SEBERANG PERAI PULAU PINANG ( SUNGAI DUA )



BAGI YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI AKU  019-429 0584 (YANTI ) @ 
019-4462664 ( HJ HUSSAIN )  Untuk melihat kenderaan.

Tuesday, December 21, 2010

ole2 dari cameron....

aku ada ole2 dari cameron gak tau,  sape yang join GA aku leh dapat ok...nanti aku publish ek...rajin blogwalking kat blog aku insyaallah leh dapat. dah habis terjah blog yg join GA aku. tapi ada  4 blog lagi yg aku tak dapat cari link dia yg tepat. nape thah jadi camtu, sat lagi kalau free aku cuba lagi. yang tinggalkan jejak kat cbox aku aku akan berkunjung kembali sabar ek, sebenarnye banyak sangat aku tak dan nak masuk lagi. thank's yang rajin2 jenguk sini. dari yg minggu lepas lagi, slow2 aku terjah ok.

Tercampak sebelum diseret badan bas

Aku pun p bercuti kat cameron gak, p hari jumaat balik hari sabtu, cuaca kat sana hujan dan berkabus. dengar  kemalangan kemarin memang ngeri sangat, bas dua tingkat memang tak sesuai untuk panjat bukit n turun bukit. ciannye tengok ramai yg meninggal. salam takqiah..



IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.


Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.
“Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

“Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.

Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

“Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.

“Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

“Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.

“Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.



REMUK...keadaan bas yang terbabit

dalam nahas ngeri di Jalan Simpang

Pulai-Cameron Highlands, semalam.




REMUK...keadaan bas yang terbabit dalam nahas ngeri di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.


sumber : mymetro

AKHIRNYE SIAP JUGAK...


Dah siap mengisi borang  dan mencari dokumen2 yang diperlukan...baru leh ngadap blog heheh..pada mulanye aku nak p beli terus kat pejabat CIDB. p sekerat jalan patah balik sebab ada lori sengal yg bawa laju tu arr terpercik air kat aku, last2 aku print kat internet le senang, xtau le depa terima ke tak. cakap leh muat turun mesti le boleh kan, sama jugak kan. tapi kalau income tax punya borang banyak songeh sikit kalau kita print sendiri, depa nak kertas A4 jenis tebal camna thah. tak pasal2 borang kena reject camtu je.

Monday, December 20, 2010

Apa Artinya Cinta


Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat

Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah

Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti

Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya

Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku

Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti

Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya

Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Artist: Melly Goeslaw, Feat: Ari Lasso

p/s : layan lagu dula lah ek...sangat buzy lak arinie...leh dengar sekali je, nak dengar lg sila play sendiri hehe..

MOOD untuk keja pagi isnin

assalamualaikum dan selamat pagi..selepas balik bercuti selama 3 hari, badan rasa fresh, sesegar sayur diladang cameron, tadi sibuk siapkan keja yang lum siap kan lagi. nak tau cite yang best masa aku bercuti di cameron tunggu ok...berukband pun dah laju, sangat suka...cian lak kat ko berukband aku tak bawa ko masa p jalan2 aritu, memang fokus untuk bercuti je. terasa macam berada di cameron lagi arr..ujan lak pagi2 nie. misi menjelajah ke blog akan bermula :)

Newer Posts Older Posts Home