Pages

Saturday, December 11, 2010

BIHUN SUP UTARA ( cara aku )


Bahan A

1 paket bihun  rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang  dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah

1 ekor ayam [potong kecil]
1 bungkus rempah bunjut sup ekor
2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
garam
air secukupnya
( setelah kuah mendidih keluarkan ayam, ayam akan rase lebih kenyal dan sedap )

Bahan Hiasan ( semua dipotong )

daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
fish cake
fish ball
tauhu ( tokua )
 carrot


Sos Cili

Bahan
cili kering
sedikit bawang putih
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat. masukan serai yg diketuk.

Cara

1. Rebuskan bahan kuah sehingga ayam betul-betul lembut. ( ayam jangan terlampau masak sangat )
2. Tos ayam
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan ayam serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan



gambar ihsan google

RESEPI- MASAK LEMAK REBUNG MADU


Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 500 g rebung, basuh dan rebus hingga lembut
  • bahan kisar: 2 sudu makan ketumbar, 1 sudu teh jintan kasar, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 30 cili padi, sejemput ikan bilis
  • 1 batang serai, potong dua dan ketuk sedikit
  • 2 cawan santan dari sebiji kelapa
  • 1 keping asam gelugor
  • garam, kunyit, serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

  1. satukan semua bahan, kecuali santan, masak di atas api sederhana, biar mendidih.
  2. tambahkan santan , rasa asam garamnya, biar mereneh (mendidih perlahan) sekejap.
  3. matikan api, bolehlah dihidang dengan nasi panas....
  4. walaupun sedap, jangan dimakan banyak, kolestrol tinggi, lemak tepu pun tinggi...makan sikit boleh la.

P/S : gambar mak cik google, terlupa nak ambik gambar

Friday, December 10, 2010

Lenovo IdeaPad Z460 (STOK TERHAD)

PAGI JUMAAT aku buat2 rajin

Assalamualaikum dan selamat pTG..sekarang baru leh menulis.. pagi tadi masa dok siap2 nak p keja tiba2 minyak wangi aku jatuh, selamat tak pecah botol tu, lepas tu aku pegang barang lain pun asyik jatuh je, nape lak jadi camni ek...ada sesuatu akan berlaku ke. dah rase sikit tak sedap hati, kemarin dah kena tegur ngan bos, tapi dia tak marah le, aku buat suara naif sikit, terus bos tak jadi tinggikan suara sengal tol hahaha. memang salah aku pun, lupa nak gitau pasal 1 surat penting. so pagi2 sampai ofis terus menyapu satu ofis n lap cermin pintu bagi berkilat, takut dia naik angin lak ngan aku, baik aku bagi ofis nmpak bersih, kot2 tak jadi marah bila tengok ofis bersih.

tadi dia masuk ofis aku buat muka sengih2 nasib baik tak kena marah huhu. dia datang bawa keja yg banyak untuk aku, tapi dia yg tolong rekod siap2 kat aku, aku just key in dalam komputer je nak buat claim. baik kan bos aku, tak nak aku pening2 tengok kertas DO, so dia tolong  tulis dalam kertas dulu heheh. ok thank's ye bos... by the way aku memang banyak keja arini, ok nak kena kuar dulu. sok dah cuti, sepupu aku kenduri, blog mybe terbiar jap. tengok arr kalau sempat buat autopublish ptg nie.

Thursday, December 9, 2010

KORANG TAK NAK HADIAH NIE RUPANYE.....

HADIAH NIE YANG AKU MAKSUDKAN



KALAU NAK sila le  JOIN

1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION

 komen banyak2 baru leh dapat

1st Giveaway Tinie (zon2u)



kenape aku join GA nie ek..sebab aku nak hadiah misteri tu. sungguh misteri tol hadiah dia, agak2 ape ek.?? sape2 yang nak join sila klik SINI OK
 kesemuanye ada 8 hadiah misteri untuk dimenangi. cepat2 p rebut hadiah krimis 
( buah krimis hahah )
Syarat-syaratnya:

1. Jadi follower Tinie
2. Buat entry pasai GA ni, jgn lupa tepekkan di sidebar beserta link
3. dah siap tu semua tu bagi tau Tini tau di ruangan komen.
4. tagkan 2 orang rakan..
5. tarikh tutup penyertaan 14/1/2011 (kul12.00 tengahari)


kena tag 2 orang rakan ek...aku nak tag sape lak nie
aku nak tag korang yg berminat untuk join je lah, tak dak paksaan k.

pagi yg blur..

aku tak tau nak tulis pe, nak cari bahan pun tak tau gak..pagi2 lagi kan dah hujan, cuaca pun mendung lagi..tiba2 otak aku jadi beku lak tak dak idea arrr....ada sape2 nak bagi soalan tak boleh aku bagi jawapan je...heheh

Wednesday, December 8, 2010

" BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU "


aku pun nak duduk dalam blog list en.Ben gak tau, so en.ben tolong le masukan blog saya sekali ek. ok terima kasih bagi peluang camni. saya memang aktif selalu tau huhuhhu


untuk  join klik SINI

Giveaway Separuh Jiwang



aku separuh jiwang ke..ada le sikit2, korang yang lain pun separuh jiwang gak kan, buat2 tak ngaku lak heheh. aku di tag oleh kie-yu - R4T

sila klik BUKAN BELOG JIWANG untuk join


Syarat-syarat:

  • Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Separuh Jiwang'..buat entri simple2 pun takpe..DONE
  • Mesti follow blog weeda ni supaya senang nak tahu update pasal GA ni..kalau nak unfollow balik lepas habis GA ni pun weeda tak kisah.- DONE
  • Letak banner kat atas ni dalam entri tu dan link kan ke entri ni..dan letak banner kat sidebar jugak..-DONE
  • Tinggalkan link entri giveaway korang kat kotak komen entri ni..- DONE
  • Tag 3 orang kawan ye..
kena tag 3 orang kawan je...ok aku nak tag semua orang yg baca kat sini boleh...korang baca maksudnye korang dah di tag ek...aci tak buat camtu hehehe...

hadiah dia cam best je. barang free memang best tau so apa lagi join cepat 

Tarikh tutup GA ni adalah 3 Januari 2011...sebulan tempoh GA ni tau..



p/s : korang kena join GA aku gak tau :)

jawapan buat Fahrin Ahmad \(*_ ^)/



aku terbaca kat wall pelakon kesukaan aku, so aku nak tolong bagi jawapan le, nyibuk tol kan nak buat en3 khas, harap2 dia baca hehehe...


Perempuan kalau bercakap sesama perempuan, suka ckp pasal topik apa yea??
jawapan : girl kalau cakap sesama perempuan mesti nak cakap pasal gosip orang sekeliling, pastu nak kongsi cite drama korea yang best, n ada mamat ensem n girls cute hahahah. ada gak lah selit pasal bf sikit, cite banyak sangat pasal bf pun bosan gak. produk kecantikan pun nak sembang gak, ko pakai produk pe ek cantik je tengok. pas tu nak tiru2 lak huhuuhu. fesyen baju yang tengah in sekarang, of coz kena beli tau.


kalau bercakap pasal lelaki dan rship.(.sesama perempuan ckp )
jawapan : mesti nak tanya bf ko camna ek..bagi hadiah pe, kuar dating kat ner, best ke bf ko hahahah.bf ko membosankan ke tak ek huhuhu..

Barang dan xtvt.. Apa yg perempuan suka??
jawapan : barang yg prmpuan suka ek...banyak tol suka, tambah2 kalau tengok barang cantik lagi cute huhuhu...handbag n baju barang wajib tukar selalu, barang me-up wajib gak...dalam erti kata lain barang yg best lagi cantik semua prmpuan suka lah hehe  
bagi aktiviti lak, mesti lah suka shoping, makan angin, lepak2 tempat2 yg best..kedai2 mamak boleh le jugak sekali sekala hahahah...

Stress suka buat apa?
jawapan : kalau stress  menulis dalam diari atau blog huhhu..nangis pun ok gak kan, p shoping comfim hilang stress..main game, sembang ngan orang tersayang leh hilang tau stress..tolong le jangan gangu sy masa sy stress huhuhu. tengok wayang...rapunzel sgt sesuai...
 
p/s : ada sape2 nak jawap lagi sila tulis kat komen ok..

apa yg aku boleh buat ngan kertas hijau nie ek...

Acara memilih reben untuk my sampul lulur, reben yang pink dah dapat, tapi yang colour hijau lumut yang aku nak tak dak pulak, dah habis terus dalam stok, padahal baru je depa susun semua stok baru, still xdak gak. camna aku nak buat nie. colour hijau yang lain semuanye tak match. yang warna biru tu nampak cantik je kan, tapi lagi le lari tema. so jangan beli heheh. konon2nye sebagai alternatif mengantikan reben colour hijau yang aku nak tu, so aku telah membeli kertas yg kat bawah nie.


  colour dah match, tapi bila aku cuba potong ala2 reben, tak menarik langsung, kertas nie sedikit jarang, memang tak sesuai arr. dah le terbeli 10 helai, aku nak buat pe ek ngan kertas nie?? ada sape2 yang ada idea kreatif  leh bagi cadangan tak, alang2 dah terbeli kertas nie aku cuba buat sampul cam kat atas tu. nak letak ape pun tak tau le, letak gula2 untuk majlis kawen leh tak ek? kat kedai A TU Z tu je yang jual banyak reben. lagipun c2 harga murah berganda dari kedai lain. kat mana lagi ek yang ada kedai besar2. nampaknye aku terpaksa tukar colour lain. yang asal cam kat bawah nie.



selepas nie terpaksa le aku menukar colour hijau tu kepada colour lain, nak kena match kan dulu colour mana yang sesuai, supaya nampak nice. orang p kedai A TU Z tu cari barang kawen, aku p cari bahan buat sampul barang niaga aku lak huhuhu...sangat suka kedai A tu Z semua barang kawen dan barang untuk buat kraftangan ada di situ. untuk bakal2 pengantin leh le shoping situ, harga sangat murah k. untuk mendapatkan diskaun 10% jadilah ahli memang berbaloi. 

Minum PETANG DENGAN cendawan goreng


kemarin kan cuti umum, so pakat ada kat umah le semua..tak tau nak buat aktiviti pe,  aku mengajak le adik aku n akak aku tolong buat sampul lulur. hujan lak petang2 minum petang pun ok gak kan,  minum je cam tak best je, kebetulan ada orang datang jual cendawan. then aku pun goreng tepung le cendawan nie. aku guna tepung goreng ayam untuk mengoreng cendawan nie. makan cendawan goreng teringat lak DR Romzi hehehe....depa kata rambut dia cam cendawan, ye ke.....makan cendawan bersama tea tarik panas2 memang best tau.

KERANA KAMU SALAH 1 ORANG YG SAYA SAYANG...

Assalamualaikum wbt..BISMILAHIRROHMANIRAHIM

ya Allah, wanita / lelaki yang membaca ini adalah wanita yg solehah/soleh yg cantik/ hensem, kuat, sabar, sayangilah dia serta kasihanilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannye, mudahkan rezekinye,sihatkan badanye. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, mudahkan langkahnya...Amin. SALAM MAAL HIJRAH 1432 

Tuesday, December 7, 2010

kenape duit lelaki cepat habis

U all rajin menabung tak, aku duit syiling aku rajin le menabung, sebab berat kalau nak guna, baik simpan dalam  tabung je kan. antara lelaki ngan perempuan sape lagi pandai simpan duit ek, selalunye orang akan cakap lelaki nie boros n xpandai simpan duit, perempuan pandai simpan duit tau, ye ke? aku tak pandai simpan duit k. duit perempuan cepat habis gak kan, pantang nampak barang cantik mesti nak beli je kan. kalau dah habis leh minta kat en suami lagi kan heheheh...bagi yang dah kawen le. kalau aku dok senyap2 je huhhu.

sebenarnye terpulang pada diri masing2 untuk menyimpan duit . duit lelaki selalu habis cepat kenapa ek? aku rase sebab diorang nie suka belanja kawan2, kalau laki kuar makan ramai2 ngan member  mesti salah sorang yang kena belanja kan,  dah jadi trend camtu, sok2  orang lain lak, kalau xleh bayar rase cam malu je kan ngan kawan2, tol tak?? satu lagi kalau beli barang ner ada tawar menawar pun, main beli je harga mahal pun, walhal leh dapat harga murah lagi. kang minta tawar orang kata sengkek lak kan. kalau orang datang jual ape2 mesti nak beli je kan, nampak kesian je muka penjual tu, padahal barang tu tak perlu pun kan. lagi satu duit lelaki cepat habis sebab bini dia nak macam2 heheh. buat yang lum kawen lagi, mesti le nak beli hadiah untuk awek, keluar dating dah tentu laki kena belanja kan, malu tau kalau perempuan yg bayar huhuuhu...


sangat suka RAPUNZEL







aku sangat suka cite nie, ahad lepas p tengok, nyibuk2 di celah2 kanak2 nak tengok cite nie gak heheh. best sangat, rase cam berada di tempat yg sangat best n cantik, cite nie 3D n ada musical, leh gelak2 lagi.aku suka..untuk siapa yg lum tengok p le tengok. enjoy sangat tengok cite nie.



  Film animasi Rapunzel ini diisi suaranya oleh Mandy Moore (Rapunzel), Donna Murphy (Mother Gothel), Zachary Levi (Flynn Ryder). Film ini diproduksi oleh walt disney.


SINOPSIS

Rapunzel; A Tangled Tale berkisah tentang keajaiban sebuah tanaman yang bisa menyembuhkan segala penyakit. Tanaman yang ditemukan oleh Mother Gothel (disuarakan oleh Donna Murphy) ini ternyata berhasil menyembuhkan sang Ratu yang sedang sakit karena ingin melahirkan. Akhirnya tanaman ajaib berhasil menyelamatkan ratu dan anaknya yang diberi nama Rapunzel. Seorang putri cantik dengan rambut indah berwarna emas akhirnya lahir di negeri yang dipimpin oleh seorang raja yang bijaksana.

Namun Mother Gothel tidak rela tanaman yang ditemukannya menjadi obat penyembuh ratu. Karena sebelumnya tanaman yang mengeluarkan nuansa emas itu digunakan Mother Gothel sebagai obat awet muda bagi dirinya. Demi wajah yang cantik, Mother Gothel akhirnya menculik Rapunzel dan menempatkannya pada sebuah menara di tengah hutan yang tersembunyi.

Kehidupan selama 18 tahun di menara selain membuat Rapunzel (disuarakan oleh Mandy Moore) bosan dan ingin menjelajah dunia luar, juga membuat rambutnya terurai sangat panjang. Takdir akhirnya membawa Flynn Ryder (disuarakan oleh Zachary Levi) menemui putri kerajaan yang hilang. Petualangan Rapunzel dan Flynn sang perampok akhirnya dimulai.

Walt Disney kembali mengemas Rapunzel; A Tangled Tale secara musikal, hal yang biasa dilakukan oleh Walt Disney terhadap film animasi. Seperti biasa, cerita yang kuat dan romantis menjadi andalan film yang diarahkan oleh duet sutradara Nathan Greno dan Byron Howard.

Beberapa adegan lucu yang menegangkan turut hadir disini, seperti saat Maximus, kuda kerajaan yang bertindak layaknya anjing pelacak mengejar Flynn yang baru saja mencuri mahkota kerajaan, adegan yang melibatkan keduanya selalu mengundang tawa. Tidak ketinggalan aksi Rapunzel dan rambut panjangnya akan menambah unsur aksi film ini.

Dengan balutan 3D yang dilengkapi teks bahasa Indonesia, Rapunzel; A Tangled Tale sangat cocok anda saksikan bersama keluarga (deri).

Film ini menjadi film box office pada tahun 2010

sumber : 21cineplex.com

Monday, December 6, 2010

HASIL DUIT NUFFNANGKU...???






my nokia c3 pink




meh tengok aku beli pe ngan duit nuff aku, en nuff tersilap masuk duit dalam acc aku kot, tetiba2 je aku leh beli hasil tajaan. kalau tengok betol2 blog aku ner leh dapat duit sebanyak tu kan, dah rezeki terpijak, ambik je lah, lain kali buat le lagi en nuff he3...korang jangan sibuk2 nak report kat en nuff lak ek. senyap2 dah k.


aku memang nak hp baru  dah lama, tiba2 dah dapat duit terpijak beli je lah kan, sukurang-kurangnye nampak gak lah kan. ada sape2 yang tak puas ati ke, camna aku leh dapat duit dari nuff lak kan. okey tak yah pening2 pale camna aku leh dapat k. sebenarnye cite kat atas tu rekaan semata2 ok. nie bukan duit hasil nuff le, duit nuff aku nak cash out pun tak boleh lagi le.

sebenarnye ni duit tajaan dari Izyanty collection spa @ home . Bagi yang berminat dalam bisnes kecil-kecilan boleh le menghubunggi aku untuk menjadi agen. ( leh dapat bonus tau )+ untung runcit + mata ganjaran. memang berbaloi2.

Sempena akhir tahun ini aku dengan sukacitanye membuat jualan murah akhir tahun, KLIK SINI 


JANGAN LUPA JOIN GIVE AWAY AKU ek..MUNGKIN ANDA YANG BERTUAH

p/s : dalam beberapa hari nie aku tak dapat blogwalking n melawat blog yg join GA aku. selepas berukband ku ok, aku akan terjah blog korang k. just tinggalkan jejak n komen untuk memudahkan aku melawat kembali.

Awal Muharram apa yg perlu kita buat..?

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 




DOA AWAL TAHUN


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

JUALAN MURAH AKHIR TAHUN DI BLOGSHOP KU...

NAMICONIA KONJAC SPONGE


HARGA ASAL RM 35
PROMOSI RM 33
SAH SEHINGGA 31/12/2010
1 FREEGIFT LULUR
PENGHANTARAN PERCUMA


BELIAN SECARA SET

1 NAMICONIA KONJAC SPONGE + 3PCT LULUR RM 39.90

Span semula jadi yang diperbuat daripada akar konjac
(serat sayuran semulajadi)dengan tambahan tekstur halus,ia adalah sesuai untuk semua pembersihan badan dan muka,termasuk bayi baru lahir.


KEISTIMEWAAN:

- pembersih kulit ini dapat menghapuskan Blackhead pores,kotoran dan minyak
-menghapuskan acne/jerawat punca dari bakteria


INFO LANJUT KLIK SINI


***********************************************************************************

IZYANTY COLLECTION SPA ( LULUR BADAN/ BODYSCRUBS )




1 SET ( 5 PCT = RM 12.50 )

1 FREEGIFT

sah sehingga 31/12/2010

 

KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA

SEKIRANYA BERMINAT HUBUNGGI DI PM

INBOX FB @ 019-429 0584

PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN MAYBANK

UNTUK TEMPAHAN GIFRDOOR PERKAHWINAN, SILA BUAT TEMPAHAN LEBIH AWAL. HARGA LEBIH MURAH BAGI 50PCT KE ATAS.

CARA PENGGUNAAN LULUR/ atau Bodyscrubs


Disapu ke seluruh tubuh dan apabila separa kering sental sehingga keluar daki dan sel kulit mati di permukaan kulit.

INFO LANJUT DISINI

Sunday, December 5, 2010

no yg cantik ke..



Lebih kurang date birthday aku lak just tukar no 7 kepada 4 je.  sekarang dah tau kan umur berapa hehehe, nie kemarinnye aku sempat capture angka nie. orang cina cakap no lapan bertuah, ye ke?? aku tak bertuah pun.

baju sekolah yang best zamanku

mari beli baju sekolah, sibuk kedai jual baju sekolah kan, dah lama tinggal  sekolah baju sekolah pun dah tak wujud lagi kat umah, tak dak sape di rumah aku yang bersekolah lagi. yang masih belajar pun adik aku je sambung digree. aku je yang tak sambung digree. buat setakat diploma je, malas nak sambung, risau hutang aku bertambah dalam erti kata lain, aku malas le heheh.


baju sekolah yang femous sampai semua orang nak beli, mesti le baju sekolah CANGGIH kan.. ada sepasang pun dah kira untung, mahal arr baju tu dulu, kalau beli baju biasa lagi murah, kain berkualiti dah tentu mahal cikit kan, dulu susah tau, semua sekolah lagi, cian mak aku nak kena sara sorang diri. so beli baju murah pun tak kisah, janji ada 2 helai dah cukup. budak2 sekarang berapa helai ek??..baju kain licin cikgu tak bagi pakai kan zaman dulu, nape thah...oooo dah ingat sebab jarang, so nak kena denda cuba le pakai ek huhuh..dulu2 le.dulu p sekolah wajib pakai singlet tau, sape tak pakai kena denda.


masa zaman sekolah menengah dulu tren tudung lipat depan, apa fesyen pun aku tak faham, ramai tol duk buat camtu, pelik semacam je aku tengok. nak tudung depan keras, letak lilin pastu iron, kena angin mantain tak bergerak kan hahaha. nak up sikit pakai plastik jernih depan tudung, tudung terbentuk elok je. macam2 tol zaman sekolah dulu2. tapi kalau pakai plastik jernih tu kena rampas ngan cikgu lak, cikgu nie jelous le tu tengok student lagi cantik kan hahahah...banyak lagi cite zaman sekolah, bila2 ada idea cite lagi k.

Newer Posts Older Posts Home