Saturday, December 4, 2010

JAM ORIGINAL KE TAK NIE??

kalau kita beli jam, camna kita nak tau jam tu orginal ke tak ek, ada sape2 leh gitau aku tak.??? kalau beli terus dari kedai jam jenama tu comfim2 le ori kan, kalau beli secara online or dari orang camna kita nak kenal pasti yang jam tu ori??

kerana si mamat mata sepet?

 nie le bf baru aku, i like mata sepet hahahah...ini hanyalah cerita dogeng, aku tak minat pun kat dia, tapi dia yang minat aku hhuhuhu...tahun depan dia  datang malaysia buat konsert tak silap bulan 3 kot. dah aku tak minat apasal aku dok sibuk2 menulis pasal dia kan, ke aku peminat dalam senyap ek? hahah mungkin gak minat dalam diam kot. by the way aku tau gak le sikit2 pasal dia, sebabnye akak n adik aku minat giler kat mamat nie. 

Disebabkan mamat nie, akak aku n adik aku siap buat drama di hari minggu lagi, ciss buat panik kitaorang je. depa cll aku masa dlm keta, kitaorang on the way nk p kenduri dia tanya ada rm500 tak sekarang, aku ckap tak dak,  dia call kali ke-2 suruh tanya sape ada rm 500 sekarang, dia bagi aku dengar suara sape thah, depa leh dok buat drama yg depa xleh balik selagi tak dapat rm500. kitaorang pun dah panik gak lah, apasal cakap camtu depa ada langgar keta sape2 ke, selagi tak bayar tak leh balik, kebetulan sepupu aku baru dapat gaji, dia pun tranfer le duit dulu, hari isnin bru akak aku dpt gaji terus bayar balik. depa siap pesan jangan gitau mak aku. dalam kepala otak kitaorang dah rase tak sedap hati, kenape ek ngan depa nie. dh le masa tu kami dok sesat jalan nak p umah kenduri, depa lak leh buat drama.

petang depa sampai umah, aku tengok keta ok je, siap muka happy je. so pe lagi masuk bilik tanya apa kes? nak tau tak depa cakap pe, kami dah panik tadi  p tanya tiket konsert jay chou, tiket dah sold out, tinggal sikit je lagi. tiket yg murah dah dah habis jual wei ari pertama kuar dah nak habis, laris tol kan si mamat taiwan nie....aku memang tak minat benda2 camni. depa memang sekepala, kat umah aku ner geng sangat pun bab2 hiburan ngan depa. masa tahun 2008 mamat nie buat konsert depa p jugak. kalau aku le kan tak sangup perabih duit sebab artis. masa ari consert tu depa jual barang2 yg ada muka jay mahal2 pun diaorang sangup beli tau...ujung bulan tak cukup duit, aku lak jadi bank depa huhuhu..setakat leh bagi pinjam je ek.!!!

Friday, December 3, 2010

Blog oh Blog !!

image

   untuk join klik sini
tiba2 aku jadi ketagih lak nak join  segmen en ben... boleh buat en3 je, nak blogwalking beruk lembab lak. aku suka jawab soalan je, baru ada idea bila menulis, suruh reka sendiri mau penat fikir heheh..kalau suruh bercakap lagi aku tak dak idea.

tagline aku kan 'hidup lebih mudah & ceria'. so nak buat benda yang mudah2 je dengan menjawap soalan.


Usia anda berblog 
kalau tak silap dah 9 bulan dah kot, cam ibu ibu mengandung lak kan hahah

Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog 
anak buah aku le yg suruh aku buat blog, padahal aku nie buta it sikit masa tu, disebabkan cikgu dia ajar buat blog, dia lak nak ajar aku, padahal aku tak tau pe2 pun pasal blog, so dia le yg daftar untuk aku, dah ada blog tapi tak tau lak nak tulis pe, nak tanya sape lak nie, dah le aku tak kenal sape2, kawan2 aku pun tak dak blog, anak buah aku dah lepas p matrik, terawang2 le blog aku, last aku cari tutorial blog belajar dari A-Z. AKHIRnye jadi le cam blog sekarang.
Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog 
seriusly aku memang tak tau pe benda alah blog nie, pernah dengar kat tv berita, dok cite pasal blog anuar Ibrahim je, ooo rupanye blog tempat Anuar Ibrahim bercakap dan mencari pengikut hahahah. tu yang aku rase masa tu.


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
satu hari aku terbaca paper pasal red mumy, so dari situ le aku dia jadi sumber inspirasi, sebab aku baca dia tulis blog boleh dapat duit, rupanye tulis leh dapat duit gak ek heheh 
( ciss dasar mata duitan tol aku nie ), so dah tau, masuk blog dia tengok camna rupa blog yang sebenar, dari situ le dapat tau keadaan sebenar blog, dah lama2 terjumpa lak en Ben. so follow le dia, selalu sgt masuk blog en Ben, sebab dia banyak  ilham  n  banyak tips yang leh belajar.


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT 
aku pun buta it gak tau dulu, budak account memang le benda alah nie tak berapa penting sangat kan. buat yang tak tau ape itu blog, korang leh masuk je blog mana2 untuk melihat apa yang nak disampai oleh seseorang blogger, kebanyakan blog  cite tentang kehidupan n aktiviti yang depa buat. kalau ko jenis suka jaga tepi kain orang, sesuai sangat baca blog hahahah.

Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ? 
sejak aku berbloging nie memang banyak sangat benda yang aku dapat, setiap hari aku memang boring giler dok ofis, tak dak keja nak buat, so setiap bulan mesti beli banyak majalah untuk baca, bila dah ada blog, aku memang dah tak beli bahan bacaan yg banyak, jimat gak duit aku kan, baca di blog je. apa yang best kat blog, ape benda yang kita tak tau n tak faham kita leh tanya orang, lagi satu bab agama, kalau nak baca buku agama rasenye aku tak rajin baca, setakat tau apa yang belajar kat sekolah je kan, tapi kat blog aku dapat tau lebih mendalam  n memahami  ilmu agama, hukum2 agama dan hadis2.
aku nie spesis yg susah nak cakap ngan orang bila ada masalah, so blog nie lah tempat aku luahkan apa yang aku rase, kalau dulu bila ada masalah mesti nangis sorang2 masa tido konon2nye mak aku tak tau le kan heheh. bila aku tulis dalam blog, aku rase hilang beban aku. lagipun orang ner kenal aku pun, lebih senang aku nak meluahkan. Disamping tu jugak aku dapat kawan2 baru dan dapat menjelajah ke seluruh negeri, hanya dengan blog, sesuai sangat le ngan aku yang kera sumbang nie huhuhhu... tak suka kuar umah.
( macam lebih dr 100 je nie, xpe kot ek? :P )



Segmen : Aku ini WAKIL RAKYAT , okeh !

So what..!!


image


untuk JOIN KLIK SINI


Tempat pemastautin anda ..

Permatang Pauh, Penang

Kelemahan serta kekurangan di kawasan anda ..

mana peruntukan untuk pelajar ek dan ibu tunggall... 

Apakah perubahan yang akan anda buat  di situ 

memajukan pekan permatang pauh kot, apasal buruk je pekan dia aku tengok dalam tv heheh...pas tu tak yah sibuk2 nak ambik tanah orang melayu k yg sekangkang kera je.by the way dah banyak perubahan pun. nak stop lak huhhu tak suka tol lori2 besar asyik banyak kat jalan, sebab antar barang pembinaan. rosak jalan arr. bagi bantuan untuk yg memerlukan, bukan pilih bulu je ek...

Bagaimanakah anda nak menangi hati penduduk di situ

ajak makan kenduri kat umah saya kot mesti depa rase best je, wakil rakyat pangil sendiri  tau huhuhu.
kalau beli barang dari saya, saya bagi le freegift yang best2, nak tak??? rakyat2 sekelian...tiap2 bulan buat cabutan bertuah, untung2 leh dapat sebiji umah lak kan : )

Janji manis' anda pada penduduk di situ untuk pilihanraya akan datang ...

janji manis ku..bagi gula setiap rumah, so sweet je kan hahahah...gula mahal pe, ok pe bagi free je. jadi le agen jualan saya comfim2 leh dapat bonus selalu. kena usaha le sama kan.


jadilah pengundi yang bijak dengan mengundi saya heheh

klik untuk jadi pembeli yang bijak di SINI

Antara bank yang ketinggal zaman...

korang perasan tak dalam banyak2 bank, masih ada lagi bank yang ketinggalan zaman, bank yang mengikut peredaraan zaman dah tentu maybank, suka berurusan kat maybank, sebab guna mesin je, jimat masa, tak yah nak buang masa lama2 kat bank. 


Bank yang aku rasa agak ketinggalan zaman di kawasan aku adalah EONBANK, kat eonbank ner ada mesin, setakat mesin ATM ada le, selamat ada gak kan, sekarang dah ada mesin Cheque tu pun leh masukan time bank buka je, diorang tak letak kat luar, terhad ngan masa, segala urusan lain semua kena buat kat kaunter, agak leceh gak lah. 


AMBANK pun baru je buat mesin cash deposit n cheque. sebelum nie kena guna kaunter gak. aku tak suka tol bank in cheque guna mesin Ambank, dia kena guna sampul n tulis kat borang. memang leceh tol, untuk tak membuang masa disitu menulis sila ambik borang banyak2 siap2. tulis siap2 kat ofis baru datang bank in. korang perasan tak kat ambank untuk berurusan kat kaunter tak payah tulis borang lagi, p terus bayar je, gitau kita nak bayar pe, aku tak suka nak cakap2 so aku tulis je kat kertas kecik bagi kat kaunter hehehe...tujuan diorang buat camtu untuk mengurang kertas atas bumi untuk menjaga alam sekitar. tapi xbest tol rase bila kita bayar  tapi  tak dapat resit kan??

5 BINTANG BERKELIP- KELIP

 ini bukan nak cite pasal lampu kelip kelap yang dipasang dihari raya, atau di restoran2 yg mewah yang cahaya huhhu.  Pagi tadi tengok kat nuffnang aku aku dapat 1 lagi bintang kat leaderbord dah cukup 5star. kat c2 je pun yang dah cukup 5, yg lain still 3 lagi, pe maksudnye ek dah 5.??? aku bukan kisah sangat benda alah camtu..janji ada iklan n dapat BE je yang aku peduli, lain2 aku tak peduli sangat n taktau pun heheheh.


tak suka tol a'ah...

mood memang akan jadi tak best sangat bila berukband lembab kan, nak blogwalking pun xleh, untuk yg join GA aku tinggalkan link korang ye, nanti beruk aku dah ok baru aku masuk melawat,  sungguh tersiksa hari-hariku...waaaaaa...untuk yang blogwalking kat blog aku, aku akan bayar balik selepas semuanye ok ek. rajin2 le masuk blog aku, 
jangan lupa join 1st Give Away Izyanty Collection. kemarin aku join segmen en ben tapi kesilapan teknikal pe thah link aku takdak pun dalam senarai komen segmen tu. nie semua gara2 berukband aku le, so biar lah dah berlalu pun. Firstime join jadi camtu lak...:(

perkara yang aku dah tukar



 boleh tengok katt si debar kanan, abaout me yang dh bertukar...suka berubah2 tol...tak tetap pendirian huhuhhu
apa lagi yg leh tukar ek???

Thursday, December 2, 2010

BILA SI DIA BERTANYA

image
untuk join SEGMEN INI klik SINI

dah TANYA so JAWAP je lah :p



Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ? 

 pada pendapat aku le kan, sebuah blog tu ada nama yang senang nak ingat. lepas tu en3 dia tak lah panjang berjela sangat, tulisan tu kalau boleh besar le sikit, kecil2 sakit mata tol nak baca, last2 aku tak baca kalau kecik sangat hehehe.


    • Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
 selalunye kat facebook kelab blogger ( en.ben ), kelab blogger tegar dan innit (nuffnang )


    • Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
 blog yg aku tak suka masuk ek, kalau dok cite pasal perempuan lain walhal dah kawen huhuhu. cam tak hormat bini je aku rase, ner leh cakap kat public ko suka pandang perempuan cantik n memuji2 nak takcle lak. lagi satu aku tak suka blog yg header ada gambar besar kat atas, berat tau nak tunggu loading. dah le guna berukband je, last2 pangkah je.( bukan tak suka korang letak gambar just buat tunggu lama je )


    • Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ? 
 bahagian yang aku menarik perhatian, dah tentu le tengok gambar laki ensem hahahah...eh silap2 le aku suka gambar2 yg cantik n perempuan comel yang pandai bergaya huhuhu... aku bukan lesbian k. tapi suka le tengok diorang nie punya stail. aku suka gak lepak kat blog yg ada lagu comel2 dan best.

    • Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?

aku pun pernah kena gak, sedih 1 hari tak dak selera makan, paling kelakar siap nangis masa mula2 jadi blogger dulu huhuhu..kata-kata semangat ek..buat tak tau je kot, ape kata korang buat en3 tak puas kat depa balik heheh...baru sama2 puas hati..hahahah tak membantu pun kan. relax je, setakat sorang dua yang kritik, banyak lagi yang akan baca. teruskan berbloging cam biasa...ada aku kisah ko tak puas hati !! 


    • Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
blog yang aku suka mesti lah yang cepat loading, en3 dia ringakas n tulisan besar cam kat blog aku heheh. ada gak tips yang berguna, en3 berbentuk islamic aku suka baca, info yg berguna. tengok gambar makanan yg lain dari lain mesti aku klik nak tengok 
( tp aku tak minat blog masakan pelik lak )



Ok dah siap menjawap en Ben..

Buat suspen je


Sedang  dok mengarang  ayat-ayat cinta heheh....tiba2 depan ofis aku soerang lelaki, pelik semacam je apasal mai ofis aku lak, thah2 orang tak betol kot kan, p check pintu, selamat aku dah kunci. Dia still berdiri lagi depan ofis sambil dok panggil2. Aku pun buka pintu Tanya nak pe?...nak jual tak besi2 buruk2, tin2 ke botol2…cisss orang kutip besi buruk rupanye, patut le pakai baju camtu huhhuhu…so aku cakap le tak mau jual pe, dia lak cakap nie banyak nie tak mau jual ka, tak nak gak bos saya tak bagi jual le,dok suruh aku cll bos aku lak, last sekali dia blah camtu je….

kenape u all suka beli minyak wangi mahal2 ek???

salam pagi khamis..cepat tol masa berlalu kan, tapi yang tak bestnye walaupun masa cepat, lum masa gaji aku akan dapat, minggu depan baru dapat, orang lain leh seronok2 shoping aku leh tengok je lah, time gaji aku dapat jatuh ari cuti awal muharam lak tu, bos aku  dia takan bagi gaji awal sehari pun.

sebenarnye nak tanya pasal minyak wangi le, aku dok tengok kat blog le kan, ramai gak lah orang dok cite bab minyak wangi depa beli yg mahal2, nape ek orang suka minyak wangi mahal2...yang murah2 tu tak wangi ka ek. ke diaorang beli sebab jenama or suka bau wangian dia. tapi m'sia pun ada gak klon antarabangsa sama je bau, tahan lama lak tu, aku basuh baju pun wangi dia tak hilang lagi. tahan lama tol. ke aku jelous ek coz tak mampu beli hahahahah...bagi aku wangi dan murah dah cukup, sebabnye aku memang suka barang murah tapi berkualiti huhuhu..

minyak wangi yg mahal pernah aku beli pun brand CLINIQUE nie pun bersebab beli...kalau tak memang aku tak beli le. dalam banyak2 brand antarabangsa clinique je harga yang murah aku rase, yang lain semua lagi mahal.

banyak lagi minyak wangi nie, rase dah bosan lak , lama sangat tak habis2 lagi, pakai cam tak bau pun, aku pakai one drobe ada gak bau, tahan lama, dia punya lotion lagi wangi dari perfume....

korang dapat e-mail cam nie gak tak???

Winning Notification...(Google End Of Year Giveaway).

  You won £ 500,000.00GBP. (CGPN):7-22-71-00-66-12, Ticket number: 00869575733664,
Serial numbers:/BTD/8070447706/06, Lucky numbers:12-12-23-35-40-41(12). Contact
me, Mr. Graham Benfield for more details: E-mail:
mrgrahambenfield.online2010@gmail.com



menang pe lak camni, aku memang tak tau n tak faham...ada sape2 leh gitau tak....

Wednesday, December 1, 2010

apasal aku kelam kabut sangat....

petang yang redup bumi dibasahi ujan yang lebat, jam menunjukan kol 3.45ptg...hujan dah berhenti...so cepat2 p bank. cam biasa ambik no...bank tu selalu je tak xdak orang pun, terus naik no aku, ciss dari jauh lagi kerani bank tu dok panggil nama aku......dengan penuh yakinye mengeluar kertas...tengok2 aku lupa bawa cek le, erkkk aku tinggal mana lak, cuba ingat balik...sebelum mai tadi aku nak photostat dulu...sah2 dlm mesin fotostat lega balik tengok ada...hampeh tol patah balik ofis lak p ambik, selamat dekat je. ini akibat suka beragan di blog sangat sampai lupa hahaha..sengal tol.


join GA aku DISINI

produk Tempatan vs produk Antarabangsa

Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++

Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.









OLAY TOTAL EFFECTS








7 Manfaat anti ageing dalam satu cream, 7 manfaat mengurang tanda penuaan untuk kulit terlihat lebih muda. Diperkaya dengan vitamin dan anti-oksidan. dengan SPF 15
  1. Melembabkan dan menutrisi kulit sehingga terasa lebih lembut.
  2. Meratakan warna kulit sehingga tampak lebih rata.
  3. Mengangkat sel kulit mati secara lembut sehingga tekstur kulit jadi tampak halus dan merata.
  4. Membuat pori-pori tampak lebih kecil.
  5. Menyamarkan kerutan dan garis halus.
  6. Membantu melindungi kelembapan kulit dengan anti-oksidan.
  7. Melembabkan untuk kulit terasa lebih kencang.

Korang pakai yang mana ek, dulu sebelum nie aku pakai olay, tapi dah lama xpakai  pas nie nak pakai balik, kulit aku kena panas tanpa perlindungan  camna kan, orang perempuan mesti pakai krim pelembab siang kan untuk kuar umah. masa raya haji aritu aku saje je gatal tangan nak cuba pakai safi rania mak aku pagi raya...konon2 nak lindung dari cahaya matahari le kan, pakai dengan gembiranye di pagi raya...heheh...tapi bila time aku nak tido muka aku rase semacam je gatal...disebabkan ngantok sangat malas nak layan muka dok gatal, sok bangun pagi aku pegang muka aku rase ada ruam kecik2 arr...aku memang xsesuai guna safi rania, dah pernah cuba sekali masa awal2 kuar dulu jd ruam gak. kot2 le kali nie tak jadi, tengok2 memang aku alah ngan safi rania gold, maybe gold xsesuai ngan kulit aku. pakai olay ok je...cissss nak produk antarabangsa gak heheheheh...selamat aku ada span ajaib tu, leh hilangkan ruam kat muka ngan cepat huhuhu..


 segment ini ditaja oleh : IZYANTY COLLECTION SPA @ HOME 

aku suka pegaga

 macam orang tua2 je kan aku suka benor makan ulam2...antara aku adik beradik, aku ngan abang aku je layan ulam2 nie, akak n adik aku memang tak makan ulam, sayur pun tak makan.  aku kalau tak xdak lauk pun aku xkisah yang penting ada ulam n sambal dah buka selera aku untuk makan. pegaga kat umah aku tu, aku main baling je kat paya, sekalinye penuh satu paya tumbuh, ok gak cantik je jadi cam landscape lak, pokok ulam raja ada  gak, daun selom tu pun naik sendiri gak dalam paya, untungkan dok kampung...leh petik je nak makan pe, kangkung pun naik sendiri gak, kalau  terdesak nak makan sayur, baru aku p petik, masa zaman aku dok umah sewa dulu, ulam2 tu semua kena beli, p borong kat pasar malam, cicah ngan budu, housemate aku ramai budak kelantan, terikut2 lak lagipun sedap bila makan ramai2.. bila makan sorang2, tiba2 je budu tu jadi xsedap hahahah... kesimpulannye kena makan ramai2 huhhu..


pegaga madu sesuai buat jus dan ulam





Khasiat pegaga:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin 

Keterangan


Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.


Kegunaan 

Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. 

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. 

Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.

Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. 

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. 


Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


segment ini ditaja oleh : IZYANTY COLLECTION SPA @ HOME 

1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION












SYARAT PERYERTAAN :


1. Wajib jadi follower kat blog aku  IZYANTY COLLECTION 
( untuk memudahkan korang mendapat  
     maklumat tergempar, ikut suka aku le kan bila nak umum kan apa2 heheeh )

2. copy BANNER GA yang kat atas tu, dan letak kat sidebar kanan or kiri blog korang sehingga diumumkan  NAMA  pemenang.

3. setiap blog satu peryertaan sahaja, kalau ada banyak blog 1 blog je leh join.

4. mestilah WARGA NEGARA MALAYSIA YANG MENETAP DI MALAYSIA SAHAJA.

5. Buat 1 en3 ringkas pasal  1st give Away izyanty collection dan link ke en3 bawah nie.

6. peryertaan bermula dari 1 DISEMBER 2010 
SEHINGGA  31 DISEMBER 2010 (11.59pm)


PENAJA BERSAMA 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION ADALAH

hidup lebih mudah & ceria  \(^_*)/

Untuk lihat contoh Hadiah utama UNTUK PENGOMEN TERBANYAK sila rujuk SINI

hadiah2 lain akan diumum kemudian...pemenang saguhati akan diberikan juga, so jom join ramai2 anda mungkin salah seorang yang tersenarai... \( ^_^ )/

MIMPI RUMAH LAGI...cam best je

selamat pagi semua, korang pernah mimpi yang best2 tak??? aku dah 2x aku mimpi rumah yang tengah dibuat, dah tu umah spesis umah orang kaya lak tu aku asyik mimpi. aku tak dak le plan nak buat umah besar2 n cantik2 camtu pun. mak aku lagi le tak kan, ape kaitan ngan aku thah le, tapi cam best gak lak mimpi umah lawa2 nie huhuhu...hanya boleh bermimpi je kan aku nak dapat umah camtu... 2 rumah yang aku mimpi tu aku suka sangat, yang pertama aritu  awal bulan lepas kot umah ala2 resort  panjang lak tu semua kawasan reakiasi tu umah aku le kan, pastu dok kawasan umah orang kaya , cissss demand tol mimpi sampai camtu. realitiye aku aku tak suka pun dok kawasan umah orang kaya n tak mampu pun hahahahah...2pasal leh dalam mimpi je kan.

pagi tadi punya mimpi umah yang dah separuh siap aku pun masuk tengok, dengan sekelip mata, dia dah pasang syiling yang cantik dan dinding berukir corak cantik sangat...suka le rumah tu dalam dia semua colour putih cam full house. hahhahahaah mimpi je. nie bukan berangan le.. kalau aku beragan nanti jadi tol lak, tapi pelik tol arr kan apasal aku tak berasa nak berangan benda yang best camtu huhuhu...kalau aku berangan n terfikir makanan cepat je aku akan dapat...kedai online aku hasil dari aku suka beragan tau huhuhu...

JOM JOIN 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION JAM 11A.M HARI INI

Tuesday, November 30, 2010

Tentang Perasaanku- mamat ner thah luahkan perasaan...

 Ada seorang mamat luahkan perasaan kat aku lah...terkejut sat....kenapa2...awat aku lak, p le luahkan kat orang lain, siap nyayi lak, bising tol kan, cuba korang dengar...so aku perlu jawap pe ek...dah le sanggup tunggu sampai mati, parah tol mamat nie, korang bacalah sendiri apa yang dia luahkan kat bawah tu ek....sok2 aku dah bosan aku akan tukar baru lak...buat binggit telingga je dok nyayi camtu  kan huhuhu...




Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati

 korang dah baca habis ek...jiwangkan mamat nie, korang nak tau tak sape dia???
nie ler mamat yg korang dengar dan baca tu
Lirik Lagu Irwansyah – Tentang Perasaanku 
:p

JOM JOIN RAMAI  1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION  BERMULA 1/12/2010

malu perlu atau tidak..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian: 


Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
  

Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.   


JOM SERTAI 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION BERMULA 1/12/2010

cara meluaskan rezeki...

Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Riwayat al-bukhari




JOM SERTAI 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION BERMULA 1/12/2010

Kelebihan Dan Khasiat Herba Misai Kucing

Herba Misai Kucing





rumah aku ada pokok misai kucing nie, tapi aku tak tau fungsi dia untuk apa, so apa lagi google le untuk mendapatkan jawapannye...sangat  berguna rupanye pokok nie..
  
  Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
“Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan,” katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.

Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, tumpuan di dalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.

“Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,” ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.”Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis,” jelasnya.

Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok herba misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
“Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” ujarnya.

Sumber : gempurhpa


JOM SERTAI 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION BERMULA 1/12/2010

jerebu or kabus nie

pagi nie aku nak p keja, tengok persekitaran kabus tebal tol, jln pun tak nampak, setahu aku le kan kat cameron n kawasan tinggi je kabus tebal camni, nak kata jerebu, sekarang musin jerebu ka ek...berita dah le tak tengok, paper pun tak baca, ari2 baca blog je, kalau orang letak berita dalam blog baru aku baca, tapi tak dengar le lagi kes jerebu....rasenye kabus tebal le kot, sebabnye spack aku terus jadi berwap masa datang tadi, kena cuci ngan kain baru nampak clear...rase cam dok kat cameron lak huhuhhu... sekarang musim hujan, cuaca pun redup je, tiba2 air-cond aku rosak xleh nak slow, mau beku aku dok dalam bilik nie...arini aku dah tukar tempat yg tak dok betol2 air-cond...tapi still kaki aku lak yg mengigil,...bawa kain selimut pun ok gak nie kan huhuhu...bukan ada orang pun...

Monday, November 29, 2010

kalau korang rase begang tak..

pagi tadi mood aku happy gak lah kan, mai petang aku dah rase nak marah gak nie, pagi tadi laju je online, bila dah petang lembab tahap siput...waaaaaaaaa geramnye...mau berejam aku tunggu nak buka satu2 blog, nak komen lagi la seksa menungu..kenapa jadi camni, salah satunye sebab cuaca ke, ujan lebat di sini, tapi sebab utama bukan hujan le, beruk aku dah limit arr...kalau aku guna sorang xdak leh limit cepat sangat, tengah bulan nanti baru cukup sebulan aku punya bil. 

sejak adik aku balik cuti nie, malam2 mesti dia angkut lappy aku sekali berukband masuk bilik dia, aku xkisah pun dia nak guna, asal dia balik cuti je, comfim2 lappy dia rosak, sem lepas pun camtu gak. so lappy aku le jadi mangsa dia, masa zaman aku xdak lappy bukan main berkira tol aku nak guna fb guna lappy dia sat je pun....cisss suka berkira ngan aku lak tu...aku punya tak buka yutube n dowlond  apa2..rela tak tengok cite korea online. dia dengan suka atinye...dok tengok drama online n yutube...aku yang bayar bil tau, bukan le nak berkira, kalau nak fb je aku xkisah....benda yang leh buat beruk aku jadi limit cepat yang aku begang. dah le aku just guna time keja je, yang selebihnye dia banyak guna dari aku, sampai ke pagi dia boleh online....aku punya le jaga baik2 lappy aku xdak cap jari depan cover lappy aku, dia dengan senang atinye buat cap jari bersepah depan cover aku, bukanye nak cuci balik lak tu...cakap depan2 nanti kang bergaduh lak, biar tulis dalam blog dah le huhuhu...lagipun adik aku memang tak makan saman pun hehehe...nanti aku lak yag sakit ati.

AKU DAN RUMAH 4 TINGGKAT????


Sape tau ape kaitanye aku ngan R4T nie....untuk sape2 yang tak tau aku nak gitau nie...ada 1 review blog aku dalam R4T, KLIK SINI  UNTUK BAHAN BUKTI...hahahahah


ingat senang ke nak dapat publisity cam nie dari blog orang lain, aku ada langgan tapak iklan kat R4T dekat hampir sebulan dah kot rasenye...bila thah due date dia, tak ingat lak hehehe.. apa yang best beriklan kat R4T nie ek,? aku suka sebab harga dia murah, sewa tapak rm5 je sebulan, xkisah saiz apa still rm5 je murah kan. apa yang aku perasan sejak pasang iklan kat R4T trafik aku meningkat walaupun aku tak update blog secara kerap, kalau dulu tak update blog, sah2 le tak dak orang masuk, so dapat le kenal ngan blogger2 yg lain gak. yg aku sendiri xtau datang dr mana...kesan positif le kan...
untuk sape2 yang nak sewa tapak iklan,  sila rujuk  RUMAH 4 TINGKAT
bukan semua blog yg bagi sewa iklan akan buat review meluas pasal blog kita, ada yang setengah tu pacake yg mahal baru dapat review. 

Anyway terima kasih buat tuan blog R4T KIE-YU
\(*_*)/
 
*** JANGAN LUPA JOIN 1ST GIVE AWAY IZYANTY COLLECTION***
*** NANTIKAN KEMUNCULANNYE PADA 1/12/2010 ***

ada jugak orang suka blog aku...terharunye.. \( *_*)/

Assalammualaikum... dan selamat pagi... yeahhhh pagi isnin yang tak sibuk suka sangat, so ape lagi bw n leh buat en3..aku baru perasan pasal segment nie, nie pun sebab kat cbox aku ada note nie



then aku pun klik le, masuk blog RUMAH KECIL TIANG SERIBU 
SEE apasal lak header en ben ada lak nie?


oic ada segment saya suka blog awak, aku pun ada dalam senarai tu...wahhh teharunye ada gak orang suka blog aku. kat sini aku nak buat sedikit ucapan penghargaan buat akak  CT NoArIzAh ArIs  
TERIMA KASIH BANYAK2 COZ suka membaca kat blog saya. semoga persahabatan ini berkekalan.
aku dok perasan gak kat dasboard, banyak blog ada tajuk kat atas tu pas tu header en.ben, disebabkan sibuk aku tak klik tengok pe benda, dah tu ramai sangat dok buat, aku ingat depa nak gitau depa suka blog en.ben huhuhu...kat bawah nie bahan bukti yang blog aku disukai...hahahahah sengal kan aku, ye la dalam banyak2 blog yang join segment nie, ada gak 1 blog yg suka blog aku, hehehe so suka ati aku arr kan nak kecoh2 kat korang huhuhu...






jom p terjah blog  
tuan punya blog nie suka memasak, so beliau ada 1 blog khas untuk masakan, sape yg nak belajar2 masak or nak resepi leh terjah sini  


http://menuarizah.blogspot.com/