Pages

Saturday, October 9, 2010

AKU SUKA SANGAT TENGOK NIE...

Aku jumpa kat kedai barang2 kawen, cis nyibuk je aku n akak aku p melawat kedai  A TU Z yg baru, dia buka  gudang konsep ala2 cam kat nilai semua sekali kat c2.korang nak tengok benda alah ape lagi yang aku suka. sementara tunggu keta siap servise kami lepak kat A TU Z dulu, banyak tol gambar aku snap dgan hp rosak aku nie huhuhu...



cendawan yg kecik tu satu rm 1.90




bunga nie rm 50++ mahal arr bunga kecik camni je pun

 reben2...yg bersepah lagi, kedai dalam proses susun stok baru



tisu kenduri...kalau aku le kan sayang arr nak guna, nak buang lagi arr sayang..cantik sgt tisu nie, kalau aku beli, simpan buat koleksi je, xnak guna heheheh...



p/s : ada banyak lagi gambar aku snap, nanti aku tunjuk barang2 kawen lak ek.barang2 umah pun ada gak c2. best sangat lepak c2. nyibuk sekali ngan orang yg nak kawen lak kan. padahal p cuci2 mata je pun heheh..

alhamdulilah anak buah yg pertama aku dh selamat lahir....

aku baru dapat berita, akak ipar aku dah bersalin masa kat ofis tadi...hari sabtu ner keja tapi terpaksa p sat gak. date yg sama ngan akak aku...sama cam mak aku lahir anak sulong dulu...yeaah seronoknye...aku dah jadi mak teh yg reall sekarang heheh...camna rupa anak buah aku ek...abg aku lum uplod g, baby boy. boboy tungu kitaorang sampai johor nanti ek, mybe awal bulan depan p johor....errrkkk perut dah bunyi lapar arr  jom2 makan...

happy birtday to my sister...9/10/10

hari nie birthday akak aku, yang ke berapa ek...rahsia xnak gitau suruh korang teka yg ke berapa? sapa teror leh teka, aku bagi hadiah, kalau betol heheh...by the way aku ada sorang akak je, seorang abang n seorang adik. cukup kan  semua aku ada sebab aku anak ke- 3.

wife abang aku dah masuk bilik bersalin, kalau dh masuk bilik bersalin confim bersalin arini kan, anak buah aku sama birthday ngan akak aku arr kan. kalau sok 10/10 date cantik kan. semoga akak ipar aku mudah bersalin dan kedua2 selamat n sihat... amin, bertarung nyawa tu.

nie la akak aku  bersama mak aku korang teka arr  berapa umur akak aku?dapat hadiah kalau betol.


Friday, October 8, 2010

aku dapat ilham baru....nak cuba tak?

SESUAI DIBACA UNTUK ORANG PEREMPUAN JE EK.....YG TAK BERKAITAN XLEH BACA EK huhuhu....

malam nie tiba2 dapat ilham...malam2 aku dok menumbuk guna lesung batu, tradisional abih arr kan, mula2 aku blender, tapi nape thah asyik berterabur kuar je. last2 aku menumbuk je lah, semangat je mula2 menumbuk pas tu dah mula lenguh tangan dah rase feedup le pulak, tapi still nak cuba buat gak, dalam keadaan sedikit bebal aku menumbuk, bersepah dapur umah aku, benda alah tu berterabur, yg berterabur tu aku xambik tau, kena jaga kualiti heheh....korang tau tak benda alah ape nie. by the way aku buat lulur badan secara tradisional, guna bahan semulajadi. leh tak ek aku nak kuar kan produk sendiri untuk izyanty collection? tapi aku nak bagi korang cuba dula lah, bagi sampel free kepada yg berminat.


meh aku nak cite sikit kelebihannya...sebenarnye aku dapat idea dari sepupu aku, tapi aku modifite ikut citarasa aku. dekat kedai memang le jual macam2 lulur badan kan, tapi cam xbest je bila guna, aku memang spesis yg suka buat benda sendiri, kalau beli asyik xpuas ati je. satu lagi kalau gunting rambut kat kedai pun aku xpuas hati gak, then aku pun gunting rambut sendiri ikut fesyen yg aku suka, hasil tgok contoh, akak n adik aku pun akan cari aku untuk potong rambut depa.

opppss kuar tajuk lak kan..jom aku nak kongsi sikit apa yg aku alami setelah pakai lulur tu, mula2 sapu kat badan biar kering then gosok badan ngan tangan, leh nampak tau daki2 kuar, selama nie ingat dah bersih...sekali guna lulur nie, baru tau camna rupanye... selain tu lulur nie akan nampak kulit kita lebih gebu, lincin, dan halus + lembut. berbaloi gak ek aku menumbuk susah2 hik2.. korang nak cuba tak? xleh guna kat muka ek.untuk muka beli span ajaib ye...

nanti aku bagitau lain camna korang leh dapatkan sampel percuma dari aku.

aku xreti nak tranfer duit dr mybank2u...

macam mana ek nak buat, xfaham tol aku, aku nak bayar duit tempahan iklan kat satu blog nie...ingat nak guna maybank2u je lah, tapi aku confuse sikit yg pasal no fon tu camner thah. so bayaran xleh dibuat lagi kepada tuan punya blog tu. kena tunggu sepupu aku datang sok ajar sat hehehe..sejak aku buat bisnes online, sibuk tol arr..keja ofis lak tiba2 jadi banyak ...sampai aku xdak masa nak update blog..kepada customer yang nak berurusan dengan aku, aku galakan korang menghubungi aku kat fb lebih mudah untuk berintraksi, aku boleh bagi jawapan dengan cepat kalau kat fb. di samping tu lebih mesra pelanggan. kadang2 aku sibuk dok layan pertanyaan customer kat fb, macam2 soalan. ingat nak buat en3 pasal soalan2 yang pelanggan muskil pasal span tu, tapi belum ada masa, nanti aku akan buat gak bagi memudahkan semua. walaupun aku agak sibuk sekarang aktiviti blogwalking akan diteruskan jugak, just tinggalkan jejak aku akan melawat balik, terima kasih yang sudi datang melawat blog aku nie dan jugak blogshop aku. kepada yang telah membeli span dari aku harap korang berpuas ati, dan terima kasih sebab beli dari izyanty shop

sila rujuk SINI untuk lihat span ajaib

apasal pelik je?

korang nampak tak apa yg aku nampak kat dashboard, apasal gambar2 list publish semua jadi besar, sebelum nie tak kan,pelik2...

Thursday, October 7, 2010

kol 10 metro dh habis...

cite panas ape ek arini, pasal kak engku ke ek? sok mesti laris lagi kan, so aku pun mengambil anasitif dengan meminta bantuan p.cik surat khabar untuk meletak brouser bisnes aku kat dalam paper metro esok...

kena fikir strategi untuk buat pasaran lak nie...sape2 ada idea leh kongsi ngan aku ek.arini sibuk sikit, orang dok mai cari tanah lot, buat masa sekarang tanah lot habis dijual. coming soon baru my big bos nak buka tanah lot baru, sape2 nak tempah boleh sekarang, 8 lot je, tapi dah ada org tempah 2 lot. padahal tanah tu lum kuar plan lagi, org dah mula tempah. tanah yg baru aku jual nie pun, ada 2,3 orang dok rebut2 nak beli. terlambat sikit je p.cik tu,aku dah jual. so aku cadangkan dia beli tanah yg akan dibuka xlama lagi. by the way xrugi tau beli tanah, setiap tahun harga tanah naik, baik beli sekarang. kalau beli buat harta pun ok gak, bila harga naik baru jual. lagi untung.


IKLAN JAP EK:.... SPAN AJAIB (untuk masalah kulit )

Wednesday, October 6, 2010

ngantoknye...+ hujan

ngantok tahap melampau arr nie..semalam kol 2 baru aku tido...nak hujan lak nie, dok guruh2 lak, takut gak ....baik tutup lappy je kan. yang penting span yang customer order dah selamat dipos tadi sebelum kol 3ptg. yeahhh xyah risau lagi.
yg kemarin pos dah sampai lum ek, risau gak aku.
nak tengok barang yang customer order rujuk SINI

PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN




Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". 


Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, 


terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. 

Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.

p/s : renungan bersama......

JUAL-JUAL SPAN AJAIB...

cam kat pasar malam lak kan, p jual kat pasar malam pun ok gak kan, tapi aku kan spesis pemalu tahap gaban, nak dengar suara pun susah ada hati nak buat camtu....jual kat online berani arr....


jangan lupa masuk blogshop aku ye untuk tengok span ajaib untuk masalah kulit, leh guna satu badan. nanti aku share pengalaman aku sendiri. setelah memakai span tu.

TIPS SAMBAL BILIS ENAK DAN TAHAN LAMA



1-      Untuk sambal kering yang sentiasa rangup dan tahan lama, elakan menambah air ketika memasak. So kena tumbuk le cili kering tu.
2-      Ikan bilis juga perlu digoreng garing sebelum boleh digaul sebati bersama cili yang siap digoreng.
3-      Pastikan juga, sambal telah sejuk untuk memelihara ikan bilis sentiasa rangup dan tahan lama.
4-      Gula digunakan untuk mengurangkan pedas cili dan penganti bahan perasa.
5-      Tip yang sama boleh digunakan untuk menyediakan sambal seperti sambal tempe, kacang dan sebagainye.

SUMBER : MW

AYAM GORENG LEBIH WANGI DAN ENAK



Kisar beberapa ulas bawang putih, bawang merah, ketumbar dan jintan putih. Perapkan ayam dengan bahan telah dikisar tadi bersama serbuk perasa dan garam. Biarkan selama 30 minit. Kemudian goreng seperti biasa.

aku tak suka perkataan LER....

Pagi2 dah hangin kan. hahaha...bukan pagi nie...hal semalam dan masa lepas2 gak...perkataan ler yg aku xsuka dengar or baca, apabila aku dok bercerita secara serius or xpuas hati, dia leh cakap ' LER " begangnye aku.....rasa cam pe thah, sia2 je aku cakap, dia cakap cam2. korang selalu berselisih pendapat tak ngan pasangan korang ek? ke benda tu normal or tanda2 xserasi ek???

Tuesday, October 5, 2010

atas permintaan seseorang...?

 cuba dengar lagu nie, dulu aku dah pernah letak kan, xsilap masa bulan puasa ari2...pas2 ada someone request nak aku letak lagu nie balik...so aku letak le, harap leh kurangkan stress u ek...siapakah gerangannye...?..

 

Nota Cinta

Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

nie banner untuk izyanty collection shop


Photobucket  



secara rasminye aku dah ada satu blog shop. sebelum nie saje2 nak letak collection kat blog personel aku, padahal aku xjual apa pun kan dulu. tapi aku saje letak....mana tau 1 day ia akan jadi berguna kan. hari nie terbukti ia berguna untuk aku.
firstime aku buat bisnes online, harap2 dapat sambutan le ek..insyaallah..semoga aku mendapat rezeki yang halal dari usaha aku sendiri.

mesti orang xtau produk apa aku jual kan. meh2 nak cite SPAN AJAIB....( untuk masalah kulit ) tak percaye
ek??  jom p tengok kat IZYANTY COLLECTION SHOP 


sape2 nak tukar banner blogshop ngan aku tak. tukar suka sama suka ek.

 

PAGI YANG INDAH?

Assalammualaikum...dan selamat pagi. pagi nie masuk ofis happy rase ceria coz ditemani bauan AROMA TERAPI. rase lebih relax dan tenang.  aromaterapi aku dapat dari kedai sepupu aku. aku letak 3 ketol je dalam ofis, bau satu ofis. korang cuba le letak tengok.

nie le rupanye HOT PERFUME AROMATERAPI

ada 4 jenis kot, aku suka bau yg colour hitam nie, xingat le pula nama pe, dia ada rose,lavenda dan dll



bila dah lama2 nanti dia leh hilang bau kan, leh bakar cam ubat nyamuk tu, untuk bagi wangi balik. dalam rumah n bilik aku letak gak. rase cam dok kat spa lak heehehe...pas nie nak buh dalam toilet gak lak.


Monday, October 4, 2010

sakit pale yang melampau2

awat aku sakit pale sangat nie ek...hari nie satu hari sibuk....kuar panas2. 2pasal leh sakit pale...nak balik telan ubat arr nie, pening2. penjualan span ajaib ada pengkembangan positif kat FB,  alhamdulilah....risau gak mula2, firstime buat bisnes.

testimoni konjac sponge

nie adalah testimoni yang telah mencuba span konjac. masalah lain yang boleh digunakan adalah parut, gatal2, ruam di badan baby,boleh mencerahkan ketiak, siku., pendek kata leh guna satu badan span nie, xpayah guna sabun. untung apa beli satu leh guna untuk macam2.


INFO LANJUT DI       IZYANTY COLLECTION SHOP

Sunday, October 3, 2010

aku jual span AjAIB nak cuba tak- untuk masalah kulit

kepada sesiapa yang ada masalah kulit dan yang sengangkatan dengannye le le cuba span nie, boleh digunakan seluruh badan, harga pun murah dan penghantaran percuma, kalau nak tau maklumat lanjut KLIK KAT 


p/s : nanti aku tunjuk penggunaan sebelum dan selepas. hari nie xsempat. aku pun guna gak span nie. 2 pasal berani jual.

Newer Posts Older Posts Home