Tuesday, September 14, 2010

aku belum mula keja lagi?

minggu depan baru aku mula keja kot, bos xcall pun suruh p keja lagi, tadi p sat je ofis, sain cek pas2 balik umah balik. selagi aku tak mula keja, blog aku akan legang je, kat umah aku xleh bagi tumpuan kat blog. tahun nie raya sakan, best sangat....dah masuk keja nanti aku update pasal raya k. nak tido dah ngantok n letih. raya korang camna ek. nak melawat blog kawan2 pun lum berkesempatan. kena tunggu ari keja. selamat hari raya.

Sosilawati dikebumi di kampung



ERNI keluar dari pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam setelah mengambil beberapa dokumen.


BATU PAHAT - Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan di sini.
Adik iparnya, Misjan Jamikan, 48, berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.
"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.
"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
sumber kosmo online

akhirnye bertuNANG jugak....

Norman dan Memey bertunang


MEMEY dan Norman ceria pada majlis pertunangan mereka di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Spekulasi hubungan cinta pelakon Norman Hakim, 34, dengan Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey, 22, berakhir apabila mereka mengikat tali pertunangan pada satu majlis sederhana di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat sini semalam.
Rombongan meminang Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, diketuai bapa saudaranya, mejar (B) Ismail Kamat yang tiba bersama ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.