Pages

Saturday, August 21, 2010

masuk gudang cari...

petang tadi aku n my sister p terjah gudang....panas n berdebu tol...xsesuai tol pakai lawa2 masuk gudang heheh
ape yg kitaorang cari ek...cuba teka gudang yg berdebu ada pe...??? mesti korang xtau kan ...meh nak cite kitaorang p terjah...jubin yg last stok leh dapat harga murah...lagipun nak guna sikit je pun, nak letak atas para dapur...beli saiz 20x20 besar gak, mak aih beratnye nak bawa masuk dalam umah...semua kena buat sendiri ar ner ada orang laki umah aku. jom tgok harganye 1 = RM5 je murah kan harga asal rm25. stok yg tinggal sikit je ada 4 keping je pun colour yg sama. kalau nak guna banyak xdak arr...kena beli yg harga rm25 tu.

akak aku semangat nak buat sendiri dah tentu dibantu oleh aku hehehe....sok leh la tengok sape yg nak naik angin buat benda alah tu heehhe....tapi aku rasa memang nak kena upah orang gak lerr...xpe2 sok kita tengok sape yg buat.....

semagat je lebih tu .....sah2 nak kena upah org lain gak buat....

pau goreng

Bahan-bahan:

Inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya - untuk rebus kacang
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak

Kulit pau :
1) 500g tepung naik sendiri
2) 6 gram yis segera
3) 50 gram minyak sayur
4) ½ sudu teh garam
5) 100 gram gula halus
6) 250 gram air suam
7) ½ ­~ 1kg minyak masak - untuk menggoreng

Cara penyediaan :

Untuk inti :
Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air
rebusan.

Satukan kesemua bahan inti dan masak hingga pekat.Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga mesra.

Untuk pau :
Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan adunan ini ke dalam tepung untuk membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.

Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g. Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.

Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengahtengah,
tutup doh supaya tidak bocor dan bentukkan bulat semula.

Alaskan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi
selama 1 jam.

Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas. Goreng pau sehingga warna keemasan.



Mee Udang Indonesia

Bahan-bahan :
400 gram udang – saiz sederhana
¼ sudu teh garam
1.5 l air
200 gram mee telur kering

Kuah sup :
Air rebusan udang secukupnya
½ sudu teh minyak masak
1 ½ sudu teh garam
150 ml air

Sos :
8 sudu makan lada merah kisar
5 sudu makan sos tomato
2 sudu teh halia parut
4 ulas bawang putih parut
2 sudu makan daun bawang cincang
1 sudu makan minyak bijan
½ sudu teh cuka
300 ml air
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir

Pelengkap :
Telur rebus
Limau nipis
Daun bawang cincang

Cara penyediaan :

Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l.

Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.

Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.

Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.



siput masak lemak cili padi

Bahan-bahan

Bahan A:

1 kg siput sedut - potong belakangnya dan bersihkan
2 cawan santan cair
2 santan pekat
1 biji ubi keladi - potong kecil dan rebus
1 helai daun kunyit - disiat


Bahan Kisar:

20 tangkai cili api - tambah atau kurangkan ikut citarasa pedas
3 ulas bawang kecil
1 sudu garam kasar/ secukup rasa
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk. Panaskan atas api kecil sambil dikacau sekali sekala sehingga mendidih.
2. Masukkan santan pekat sambil dikacau sekali sekala sehingga mendidih.sekali lagi.




PIZZA Manggi

Bahan-bahan:

1 bungkus mee segera (pilihan anda)
2 biji telur – dipukul
½ sudu teh garam
2 sudu marjerin
1 sudu bawang besar dicincang
2 sudu sos pasta tomato
1 biji buah tomato – dicincang halus
1 sudu teh gula
100 gram daging ayam – dicincang
1 sudu lada benggala merah dipotong dadu
1 sudu lada benggala hijau dipotong dadu
75 gram keju mozzarella parut


Cara Penyediaan:

Rebus mee segera sehingga lembut dan toskan. Gaul mee dengan telur dan garam sehingga mesra. Ketepikan.

Panaskan marjerin. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan sos pasta, gula, ayam dan buah tomato. Gaul hingga rata. Masukkan perencah mee segera dan cili benggala. Gaul hingga mesra dan tutup api.

Sediakan loyang. Sapukan marjerin, letak adunan mee, kemudian atur ayam berperencah di atasnya. Taburkan keju mozzarella parut di atasnya.

Bakar dalam ketuhar sehingga keju cair anggaran selama 10 minit.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.


jom beli buku...??

Beli buku melalui Internet


PENGGUNA yang membeli buku Utusan Publications & Distributors secara talian perlu mendaftar terlebih dahulu bagi memudahkan transaksi pada masa hadapan.


PADA peringkat pengenalan zaman komputer dahulu, ia hanya digunakan untuk menyimpan maklumat, namun hari ini seseorang boleh menguruskan segala urusan harian secara maya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Perkembangan pantas dunia ICT membolehkan segala maklumat di Internet diakses dengan mudah tanpa mengira sempadan dan masa.
Lebih-lebih lagi dengan kemunculan beberapa media baru seperti laman web, blog, Facebook, Twitter dan Youtube menjadikan peranannya bukan sahaja sebagai agen sosial tetapi menjana keuntungan tanpa disedari.


utk baca lanjut baca  kosmo online


p/s : sekarang aku dah xbeli buku sejak ada personel netbook n berukband sendiri...baca online je...kalau xsebelum nie aku ulat bulu....ehh tersilap ulat buku hehehe...duit banyak habis kat majalah, setiap minggu beli hehe..

2 kawan baik yg suka...

Sheila On 7 masih hidup

DALAM pada banyak lambakan band baru muncul di Indonesia, band lama seperti Sheila On 7 atau sinonim dengan panggilan SO7 nampaknya tidak mahu mengalah.

Bulan November nanti, band asal Yogjakarta ini bakal muncul dengan album terbaru mereka. Album tersebut dinilai sebagai satu bukti kewujudan mereka serta penguasaan mereka dalam belantara muzik.

Masih enggan membocorkan judul album baru yang sudah mempunyai lapan buah lagu dengan sebuah single berjudul Hari Bersamanya yang sudah dibuat klip videonya, SO7 optimis, album tersebut akan kembali menjulang naik nama mereka.

"Kita optimis album ini akan sukses. Kita puas dengan beberapa materi yang kita buat. Buat kita yang memainkannya itu segar, ya mudah-mudahan yang mendengarkannya juga merasa segar," kata Duta.
Diakui Duta lagi, album yang telah dibikin sejak Mac lalu memang mahu dipasarkan pada November ini. Namun oleh kerana bulan Ramadan, setiap anggota SO7 memilih untuk menghabiskan waktu lebih banyak dengan keluarga.

Berbicara mengenai lagu Hari Bersamanya yang diciptakan oleh Eross, tak segan Eross memberitahu ia adalah hasil pengalaman peribadinya. Tapi bukan soal kisah cintanya dengan mantan kekasih, Leony, tapi lebih kepada kisah saat masih duduk di bangku sekolah.
Ia bercerita tentang seorang jejaka yang ingin bertemu dengan wanita idamannya, pelajar wanita sekolah itu.



sumber : kosmo

p/s : 2 kawan baik yg suka tu adik aku n kakak aku depa tu memang sekepala arr...minat giler kat mamat Duta tu...tapi kan aku minat atis mana ek masa dulu2...S on 7 nie zaman aku suka menengah lagi depa dah wujud. pelik tol aku xdak pun artis yg aku minat. p sekolah teknik tu jadi skema tol aku heehhe...

aku suka badminton...

Tiada yang mudah'


CHONG WEI (kiri) dan
Misbun ketika berada di Samsung Sports Lounge KLIA sebelum berlepas
ke Paris malam kelmarin.


"TIADA laluan mudah di Paris. Ia pasti sengit."
Demikian pengakuan pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjelang Kejohanan Dunia di Paris minggu depan.

Dia meramalkan saingan pasti sengit bermula pada pusingan pertama.
Begitupun, apa juga halangan yang bakal dihadapi tidak akan mematahkan semangatnya untuk mempamerkan aksi terbaik.

Dia ada misi untuk dilunaskan dan berharap agar perjuangan kali ini terus membawanya ke final.
Chong Wei belum pernah menggenggam gelaran dunia dan menyedari hakikat itu, dia mahu pastikan Paris berjaya ditawan.

"Sebagai pemain pilihan pertama, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjejak kaki ke final dan menebus semula kekalahan lalu.

"Rekod terbaik saya dalam kejohanan dunia adalah pada tahun 2005 selepas berjaya mara sehingga ke saingan separuh akhir. 

"Pada tahun 2006 pula saya hanya layak sehingga saingan suku akhir dan pada tahun lalu, saya tersingkir pada pusingan ketiga," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu.

Chong Wei berkata demikian ketika ditemui di Samsung Sports Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin sebelum berlepas ke Paris.

Turut bersama Chong Wei ke Paris ialah jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.
Chong Wei merupakan duta bagi Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd sejak Mei lalu.


sumber : kosmo online
p/s : ciss...cakap suka badminton tapi tgk time Piala Thomas je tgk heheh...tapi kan frust sgt tgok pemain m'sia masa tu, aku lak yg berdebar2 masa tu,
dulu anak2 sidek suka arr tgk siap beli buku dia lagi huhuhu..

awal lak aku pagi nie...

selamat pagi semua ...lepas sahur tadi xtido, dah selesai solat subuh n bagai....awal2 pagi basuh baju...ingat nak terus sidai...tapi kan gelap lagi kat luar 6.30 a.m semagat tol aku hehehe...bukan pe sepatutnye baju aku basuh siap2 malam lg tapi semalam malas nak membasuh....dh cerah cepat2 aku p sidai, apasal aku kalut2 sgt ek nak sidai baju awal...penting arr sebab nye aku segan arr, kat sebelah umah aku ramai org dok masak utk niaga. hahahah kera sumbang biasa arr.

ake memang xpernah mengadap lappy lepas subuh. ari nie je  tetiba rase nak online awal2 kebetulan ari cuti lak  kan. yg penting aku dah settle keja umah. xlah mak aku bising tgok aku ngadap lappy hehehe....kena  ada strategi menambat hati ibu tau. tapi lepas nie nak cuci tingkap siap2 untuk raya lak. sebelum tu nak autopublish siap2, aku nak menjahit manik lak.

Friday, August 20, 2010

saat kematian dan syaitan???


Ketika seseorang sedang dicabut nyawanya, maka datanglah setan, lalu duduk didekat kepala orang tsb. Seraya berkata '' Tinggalkan Agama ini, katakan bahwa Tuhan itu ada dua, sehingga kamu bebas dari kesakitan'' , dan sat-sat seperti ini adalah saat yang sangat kritis dan membahayakan keimanan seseorang.

Yang paling pedih saat orang menjelang ajalnya adalah rasa haus yang membakar hatinya, pada sat itu setan berkesempatan untuk menghilangkan Iman orang Mukmin, setan datang didekat kepala dengan membawa semangkuk air, kemudian setan menggerakkan mangkuk tersebut di hadapan orang Mukmin tadi. Orang Mukmin tsb berkata : "Berilah aku air''. Ia tidak tahu bahwa yang membawa air itu adalah setan. Kemudian setan berkata:'' Katakan, bahwa tidak ada yang menciptakan alam ini. Setelah itu akan aku berikan air inikepadamu''. Jika orang itu dalam keberuntungan dan kuat imannya maka tidak akan menjawab dan mengucapkan perintah setan itu. 

Kemudian setan datang lagi datang lagi dari arah kaki -gerakkan mangkuk berisi air dan orang Mukminpun berkata : ''Berilah aku air'', kemudian setan menjawab: ''katakan dulu, bahwa Rasul itu pembohong. Setelah itu aku berikan air ini kepadamu''. Dan barang siapa yang celaka, ia akan menjawab perintah sesat tersebut, karena tidak sabar menahan rasa hausnya, kemudian matilah orang yang tadinya Mukmin itu dalam keadaan kafir.

Sebaliknya orang yang beruntung ia tidak akan mengikuti perintah setan tersebut, karena dia tahu bahwa yang datang adalah setan yang mengajak dirinya kearah kekufuran dan kesesatan diakhir hayatnya itu.


Apabila telah dekat dengan kematian, maka diri seorang hamba dibagi menjadi lima bagian , yaitu :

1). Hartanya untuk Ahli Waris. 

2). Rohnya untuk Malaikan maut. 

3). Dagingnya untuk makanan ulat, tulangnya untuk tanah. 

4). Kebaikannya untuk Musuhnya. 

5). Setan untuk menangalkan Imannya. ( Manshur bin Ammar).

Kalau bagian yang ke 1 s/d 4 diatas boleh boleh saja, namun untuk bagian yang ke 5 yaitu ''setan menenangalkan Imannya'' jangan sampai terjadi, karana hilangnya iman bererti berpisah dari Agama Tauhid sedang pisahnya Roh dari Jasad tidak bererti ia berpisah dengan Tuhannya. Tidak ada yang tahu apa yang terjadi setelah ia berpisah dengan Rohnya, kecuali Allah. Maka celakalah jika imannya sampai lepas disaat rohnya berpisah dari jasadnya.

Serang terbukalah sudah pertanyaan kenapa pada saat menjelang ajal seseorang harus ditemani guna memberikan bimbingan untuk selalu mengingat dan melakukan Shahadat guna melawan ajakan setan yang sengaja merobek iman seorang Mukmin akar keluar dari agama Tauhid.

Semoga Bermanfaat

sumber :
disarikan dari Mamah dan Aa' indosiar


Lima perkara aneh - part 5 last ( bau busuk)


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. 

PENJELASAN

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."


RUMUSAN/ KESIMPULAN



Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. 

Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. 







Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar." 



P/S : panduan buat diri aku sendiri, jugak kamu, dan kamu semua...


xsampai 1 jam..dah

jom ada mood nak cite...ape ek yang xsampai 1 jam tu....traffik aku??? xlah tapi ada perkembangan positif pasal yg aku buat cara untuk menigkatkan traffik....setakat kol 3 tadi dah cukup 100 lebih...sebelum tu xkan.


sebenarnye nak cite xsampai 1 jam kepala aku dah pening anak2 big bos aku datang....terus aku sakit pale layan kerenah depa....tunggang langang ofis depa dok main heheh....dulu orang selalu ingat anak aku, umur 4th n 7. comel2 budak2 tu suka sangat...tapi letih arr melayan budak bulan2 puasa ni. yg 4th tu pandai guna komputer dah tau, dia cepat belajar dari permerhatian...xp sekolah lg pun, tapi dah cerdik n cepat boleh. 

Lima perkara aneh - part 4 ( daging )

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.


PENJELASAN




Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 

p/s : en3 nie berkaitan ngan part 3, sila rujuk kembali jika tidak faham.

MC DONALDS - HALAL

 kemarin kecoh banyak blog lapor pasal isu mD kan. so arini aku terbaca kat satu blog nie yg mengesahkan md halal korang leh klik kat link nie k

 http://icaziesyira.blogspot.com/2010/08/mc-donalds-halal-confirm.html



p/s : aku xsuka MD....so aku xrisau masa isu nie diperkatakan....

TIPS mudah cara SEO..?


tengok tajuk tips mudah cara Seo untuk tingkat traffik, eh tapi nie bukan tip SEO k..sebenar aku xfaham langsung pasal seo nie. korang faham x. korang masuk blog sharing is power 
kalau korang dah faham nanti cite kat aku lak ek heheh
kat bawah nie sambung dari en3 sebelumnye pasal traffik aku jatuh


cara mengatasi traffik jatuh..untuk blog yang follower yg xsampai 100 cam aku le heheh...yg dah ramai confim2 diaorang xheran pasal traffik. buat 1 en3 dah confim ramai masuk baca, xyah buat banyak2 pun. tapi en ben buat banyak kan setiap 1 jam. tu baru kata bersungguh2 kan dalam buat blog heheh...

1.buat autopublish setiap 1 jam dalam sehari, kena prepair awal le kan kalau buat autopublish sehari awal. dengan cara nie kita ada masa untuk blogwalking.

2. follow blog baru n tinggalkan komen. blog yg ramai follower diorang xperasan sangat yg kita nie wujud, kalau kita komen pun, dia xlarat nak baca n singgah blog kita pun coz ramai sangat.

3.sekarang nie kan bulan puasa, mesti ramai yg tengah cari resepi masakan n resepi kuih raya kan. leh cuba tulis resepi...yg nie aku xbuat lagi pun. coming soon heheh...blog masakan tengah meletop sekarang nie.

4. kalau nak orang masuk selalu buat la cite yg tengah hot sekarang nie kan...apa ek...gosip artis aku xsuka, masalah sosial, kes panas roslin, ada tulis tapi rase xnak post dah yg ada pun dah delete. rase bersalah gak post pasal tu kemarin sebab aku ada gak komen. masalah cam2 xleh sebarkan, perkara yg mengaibkan orang.

5. join contest, segmen kat mana2 blog. blog en ben banyak segmen, tapi aku xdak  idea nak tulis lak hehehe...buat masa sekarang baru 2 contest aku join. yg terbaru PUISI KANTOI THE CONTEST. ada idea lak nak join ari2, banyak pesaing, sekadar mencuba. keputusan 5/10/2010 baru tau. sape nak join pun leh lagi sampai raya ke-7. klik kt bannar contest tu k utk msuk blog akumencaricinta . yg pertama aku join tu menang, banyak membantu traffik naik bila kita menang heheh...yg tu contest kt blog SINAR RAUDAH

6 . buat contest kat blog....yg nie aku lum buat. xtau nak buat contest pe. insyaallah masa akan datang.

p/s : tapi yg lebih penting dapat kenal lebih ramai kawan kan. kat blog memang aku xkenal sape2 pun. bermula dari 0 pasal blog n xtau apa2 pun. n kawan2 aku pun xdak blog. semuanye kawan baru le kat blog....thank's sudi jadi kawan aku.

Lima perkara aneh - part 3 ( burung helang )

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."


PENJELESAN



Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Lima perkara aneh - part 2 ( mangkuk emas )

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.


PENJELASAN



Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Lima perkara aneh - part 1 (bukit besar )

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. 

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."




Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.  
PENJELASAN  
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

semua orang perlu baca nie....??

lagi beberapa minit ada sesuatu yang korang semua perlu baca, just untuk kongsi2 ngan semua je...xdak paksaan k. kalau baca lagi bagus satu ilmu buat panduan bersama n renug-renugkan lah...



bermula kol 12 tghari - 5ptg nie nanti kat blog aku ada post tentang 5 perkara aneh utk dikongsi bersama. harap dapat berkongsi ngan semua pembaca. TQ

apasal traffik blog aku jatuh ek..??

Assalamualaikum semua...selamat pagi n selamat berpuasa...baru ada idea nak menulis arr heheh..setelah siap blogwalking pagi2...3jam gak lah aku blogwalking...baru ada idea nak menulis...tapi en3 setiap jam dari kol 9 lagi dah kuar kan...so xyah risau nak blogwalking dah prepair awal2 sehari sebelum hehehe...

tujuan asal nak tulis pasal traffik le...membebal pasal lain lak kan. nape traffik aku jatuh bulan puasa ek. korang lak camna ek.???.aku dah tau jawapan nye...korang nak tau nape....padahal kalau xbulan puasa pun, xlah banyak cam blog korang, aku xramai org follow pun, xsampai 100 pun lagi....sedih gak lah...tapi ner leh paksa orang follow kita kan. blog aku bukan best pun. so xkisah lah...

aku nak ucapkan  RIBUAN TERIMA KASIH BUAT KAWAN2 YG SUDI FOLLOW. yang ramai follow tu kebanyakan adik2 le kan...aku dah tua arrr hehehe..dan xlupa buat yg rajin  masuk blog aku n komen. komen2 korang membuat aku tersenyum coz aku tau ada orang sudi baca...thank's ye.

so sekarang aku telah membuat strategi baru untuk menaikan traffik blog..tapi traffik xlah tinggi mana pun.sekurang2 nya dpt 100 pun dah ok kan dalam sehari, untuk blog aku nie....blog korang mestilah lebih lg kan...dlm bulan puasa nie aku cek xsampai 100 pun. dan kemarin aku dah cuba strategi baru nie n berhasil naik heheh....sebelum nie smpai aku dh rase xnak cek kt traffik nuffnang le, aku xkisah sgt pasal uv bukan aku berblog pasal duit. aku risau tgok PV...kalau tinggi tu satu motivasi untuk aku. bukan nak kejar traffik, tapi kalau kita  buat  sesuatu biarlah nampak hasil kan. setiap hari n setiap jam buat en3.



kat cini aku nak tekankan waktu siang je lah nape traffik aku jatuh, malam aku pun xonline.

1. Follower aku tak ramai

2. kat Facebook xramai orang pun....kawan2 aku xonline pun, nape ek...semua orang sibuk buat keja, kan masa singkat, pas2 bulan puasa diorang leh balik awal lak.

3. Pelajar2 IPT lak sibuk ngan kelas, ada kelas ganti le  coz nanti leh cuti awal kalau ganti siap2 masa bulan puasa.

4. kadang2 berukband aku lembab tahap siput, xleh nak blogwalking.


sekarang aku dah tau punca kan....meh tengok cara mengatasi lak....sila tekan bawah k

~
~
~
~
~
~
Eh silap bukan sekarang
sila tunggu en3 sambungan selepas solat jumaat. \(*.*)/

siapakah anda hari ini?


Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. 
Semalam kanak-kanak. 
Hari ini remaja.
Dan esok, hari tua. 
Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…



p/s: renung-renungkan lah....ada orang tua nak jadi remaja, masalah tol kan...sok nak jadi apa lak ek...kita yang tentukan diri kita kan...jadilah diri anda yang sebenar...heheh

Newer Posts Older Posts Home