Pages

Saturday, August 14, 2010

buat aku terkenang sesuatu le..

tadi berbuka makan masak lemak siput sedut tadi teringat arr ar masa p berkelah ramai2 ngan sepupu sepapat kat sedim...air terjun sedim tu dekat ngan umah tok aku je.  yang best nye masa kami p tu cuaca elok je...tiba2 ujan masa tengah makan nasi panas2...kan makan kalut2 time ujan tu takut air masuk pingan, camca xdan nak cari...apa lagi pakat ambik ngan tangan...tapi best le pulak bekelah dalam hujan heheh...kuah extra...perut pun tengah lapar...sejuk giler dok dalam air...best sangat...tapi dah lama xp air terjun...takut arr tikus suka kencing merata kan, leh dapat penyakit...so jangan p air terjun k....bulan puasa lagi le orang xp kan. 

juadah berbuka arini....

Aku baru balik dari pasar ramadan, selamat p awal 5.15ptg..xramai sangat...tapi ramai gak le...hehehe...beli je lauk malas masak..nie semua sebab akak aku nak makan. dia kan dok kat batu feringgi ner best  pasar ramadan kat sana, xramai orang niaga n jual pun sikit je x meriah arr ngan makanan kat sana hehe...tempat pelancongan memang arr cam2...hari nie dia leh makan macam2 yang sedap....aku buat sup daging je...lain2 beli..masak lemak siput sedut, ikan bakar, kerabu mangga n cucur udang paling sedap....nanti aku post gambar cucur udang paling sedap kat kawasan aku...next en3 lorrr....ari cuti je aku nak p pasar ramadan sebab akak aku balik...selalu 2 orang ngan mak je..xkisah sangat bab makan.

OKU penglihatan pun berfacebook

SUATU ketika dahulu buku-buku dalam bentuk Braille menjadi ‘jendela’ kepada golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan mendekati dunia luar.

Medium Braille boleh diibaratkan sebagai teman setia kepada golongan itu untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.
Bahkan, golongan itu tidak pernah mengenal erti jemu memikul buku-buku Braille yang tebal semata-mata untuk menambah ilmu di dada sama seperti orang normal lain.

Bagaimanapun, keterbatasan mencari bahan bacaan dalam bentuk Braille kadangkala menyukarkan OKU penglihatan menggunakan imaginasi mereka mengenali dunia luar dengan lebih mudah dan berkesan.
Kini golongan OKU penglihatan mempunyai alternatif dengan hanya menggunakan hujung jari mereka untuk memperoleh segala maklumat iaitu dengan melayari laman web.

Mungkin kedengaran agak pelik tetapi kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini membolehkan golongan OKU penglihatan menikmati kemudahan tersebut seperti orang lain.
Ini dibuktikan apabila lebih 700 OKU penglihatan dilatih Jabatan ICT Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur dalam memahirkan diri menggunakan kemudahan capaian tanpa sempadan itu.

Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi MAB, Silatul Rahim Dahman berkata, program melatih golongan OKU penglihatan di MAB telah bermula sejak tahun 2005 lagi.
 baca lebih lanjut di : kosmo online


JAGA 7 SUNNAH NABI

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama, Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga shalat Dhuha
karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.


Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lainnya dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sumber :
http://alhakim-bsd.com/islam/?p=27

aku dah leh tersenyum...

nie sambungan cite kemarin pasal berukband aku...kemarin p bayar bil...hari nie dah ok sikit xlah lembab n blur lagi...tapi kemarin pagi sebelum p bayar dah ok...memang dasar tol aku cakap nak bayar ko terus ok....kalau aku dah bayar bil ko still sengal...memang nak cari pasal le kan..hari seronok le dapat blogwalking...sebelum nie lembab giler nak loading...kadang2 blur...terus aku off je...sakit ati...leh tersenyum ngan gembira...alhamdulilah...

Bazar Ramadan dilanda ribut, dua peniaga maut




JASIN – Dua peniaga bazar Ramadan di Stadium Jasin di sini maut akibat ditimpa payung gerai yang berterbangan setinggi tiang lampu 40 meter dalam kejadian ribut semalam.
Mereka yang terkorban dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan Mahadi Mohamad, pembantu kedai martabak. 

Mereka terkorban akibat hentakan batang besi payung gerai yang berterbangan.
Selain dua mangsa yang terkorban, seorang lagi peniaga parah dan 18 lagi cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, ribut selama kira-kira tiga minit itu melanda pada pukul 4.45 petang semasa 23 peniaga di bazar itu sedang menyiapkan juadah masing-masing untuk dijual.

“Ribut tanpa hujan itu terlalu kencang sehingga semua barang berterbangan dan ramai peniaga rebah,” katanya.
Jurucakap polis itu memberitahu, kejadian ribut kencang itu adalah yang pertama kali berlaku dan terburuk di daerah ini.

Sementara itu, seorang peniaga, Norhafizah Shiraj, 24, berkata, ribut itu datang secara tiba-tiba tanpa hujan.
“Saya yang sedang menjual char kuey teow tidak dapat berpaut pada apa-apa menyebabkan saya terjatuh ditolak angin,” kata Norhafizah

Jelasnya, kejadian itu sangat menakutkan kerana ramai yang menjerit-jerit apabila semua barang berterbangan.


sumber : kosmo

makan kat hotel ada class ek..?

Selera tradisi Melayu


 MENIKMATI hidangan warisan di dalam sebuah bangunan warisan pastinya membangkitkan nostalgia tersendiri. Terletak di tengah-tengah ibu kota, Restoran Warisan Kuala Lumpur menjadi jawapan kepada penduduk ibu kota yang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa.

Dibuka sejak 15 Jun lalu, restoran yang diusahakan atas idea Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu memperkenalkan menu-menu hidangan tradisional Melayu bukan sahaja sepanjang Ramadan tetapi sepanjang masa.

Bufet berbuka puasa yang menawarkan harga RM45++ bagi dewasa dan RM25++ untuk kanak-kanak menyediakan hidangan seperti ayam goreng rempah, daging salai, pecal, sambal Jawa dan ulam-ulaman.

Menurut Pengurus Restoran Warisan, Wan Ahmad Jasri Wan Kamarudzaman, dengan identiti restoran itu, pihaknya ingin mengekalkan tradisi masyarakat Melayu dengan memperkenalkan pelbagai hidangan yang jarang ditemui.

"Selain kuih-muih kami juga ingin masyarakat bandar mengenali hidangan tradisi dari serata Malaysia seperti sambal hitam Pahang dan jantung pisang tumis," katanya.

Terletak di tengah-tengah ibu kota dan bersebelahan Dataran Merdeka, restoran itu boleh dipilih menjadi destinasi wajib tatkala ingin berbuka puasa kerana menyediakan surau untuk kemudahan solat tarawih dan tempat letak kereta yang luas. 

RESTORAN WARISAN
KUALA LUMPUR
Alamat: Dataran Merdeka, 29 Jalan Raja, 50566 Kuala Lumpur.
Tel:03-3342 9094
Tarikh: Sepanjang Ramadan
- SYALMIZI HAMID



 sumber : kosmo

p/s : kalau aku xp arr makan bufet camni...mahal le sorang makan rm45++++
          lagipun buat rugi je bukan larat nak makan banyak2 pun. orang kaya yang  xtau nak buat pe duit leh arr p makan c2 kan...

Penjenayah terkenal Australia ditembak mati

 terkenal ek...aku xtau pun...huhuuhu


MELBOURNE - Dua lelaki ditembak mati di kawasan sebuah bar di bandar raya ini selepas seorang penjenayah terkenal, Macchour Chaouk ditembak mati, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa perang terbaru antara kumpulan penjenayah di sini mungkin berlaku.

Kedua-dua lelaki itu dibunuh enam jam selepas Chaouk, 65, yang mengetuai sebuah keluarga penjenayah berketurunan Lebanon ditembak di dada di belakang rumahnya sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan semalam.

Polis setakat ini tidak pasti sama ada kedua-dua insiden itu saling berkaitan.
Seorang suspek kemudian ditahan dan sepucuk senjata api turut dirampas manakala lelaki bersenjata yang membunuh Chaouk pula masih bebas.

"Buat masa ini, kami tidak mempunyai bukti," kata seorang jurucakap polis.
Terdahulu, polis menyatakan, mereka akan menyiasat sama ada keluarga penjenayah Haddara yang terbabit dalam permusuhan dengan keluarga Chaouks terbabit dalam pembunuhan pertama.
Pada 2005, seorang daripada lima anak lelaki Chaouk ditembak mati dalam satu serbuan polis di rumah keluarga tersebut di sini. - AFP 


SUMBER : KOSMO online

comel je kan pakai tudung


 BUKAN KERANA MAHU KAWEN..

PADA asalnya, niat mahu bertudung sudah lama disimpan dan dia merancang untuk berubah ke imej bertudung selepas berkahwin dan memiliki anak pertama.
Namun tidak sangka pula, pintu hatinya kini sudah terbuka luas untuk bertudung, lebih awal daripada jangkaan, malah sebelum dia berkahwin lagi. 

Itulah takdir yang dialami Farah Diana Anuar yang lahir daripada program realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kedua (AF2). 

Terkenal dengan kelincahannya ketika menyanyi di pentas, Farah ternyata begitu yakin dengan perubahan imejnya untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan doanya, agar perubahan yang dilakukan ini diperkenankan Allah. 

Malah bagi gadis berusia 25 tahun itu, perubahan imejnya hari ini bertepatan dengan hasrat sucinya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.
Berkongsi cerita detik permulaannya mengenakan tudung, niatnya itu terbuka selepas menjalani penggambaran di Kemboja bagi program Rasa Halal Orient, menerusi saluran Astro Oasis.
Sekembalinya ke Kuala Lumpur, Farah berubah imej sepenuhnya menjelang 11 Julai lalu.
“Ketika berada di Kemboja, saya bersama krew Rasa Halal Orient telah berkunjung ke sekolah tahfiz di Pusat Islam Kemboja. “Di sana, budak-budak remaja menghafal al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka juga mempelajari ilmu dunia dan agama.

“Tapi apa yang menyedihkan saya ialah apabila melihat hidup mereka yang serba kekurangan. Mereka ada kipas angin, tapi tidak berfungsi. Baju tidak bergosok dan lampu pun tak ada kerana tiada bekalan elektrik.
“Paling menyayat hati, mereka hanya makan nasi berlaukkan sup sayur dalam talam dan makan beramai-ramai. Air mata saya hampir menitis, tetapi memandangkan saya sedang bekerja, saya tahankan sahaja. Bimbang pula tidak fokus untuk mengacara,” tambahnya.

Akui Farah, selepas itu apabila dia pulang ke Phnom Penh, barulah dia menangis dan ketika itulah timbul pertanyaan dalam benak fikirannya tentang pelajar-pelajar di sekolah tahfiz di Kemboja itu.
“Walaupun serba kekurangan, insya-Allah mereka mendapat tempat di dunia dan akhirat. Tapi diri saya pula macam mana? Kalau boleh, kita pun nak juga mendapat dunia dan akhirat juga. 

“Tapi waktu itu saya belum pakai tudung lagi. Saya dalami dahulu ilmu-ilmu agama dan fahami yang mana patut dan tidak patut kita lakukan. Kemudian, saya mula beli tudung sedikit demi sedikit,” jelasnya.
Farah memberitahu lagi: “Kebetulan pula, pada suatu malam itu adalah malam Israk Mikraj, saya buat sembahyang sunat. Kemudian saya terus memberitahu ayah tentang niat saya itu dan dia turut gembira dengan perubahan yang ingin saya lakukan.
“Esoknya pula saya ada penggambaran Nasi Lemak Kopi O bersama Farah Adeeba. Dia ada tanya, dan saya kata hari ini baru nak mula (memakai tudung).
“Dia gembira sangat dan terus menghadiahkan beberapa tudung kepada saya. Siap buat pengumuman lagi dalam program itu,” ungkapnya yang kini lebih selesa dengan kerja-kerja pengacaraan.
Menurut Farah sejak dia bertudung, rezekinya semakin bertambah dengan kehadiran tawaran-tawaran iklan serta duta produk.

Jadi diri sendiri 

Biasanya, bagi wanita yang telah berubah imej kepada bertudung, perwatakan mereka turut berubah menjadi lebih sopan. Namun Farah pula, dia enggan hipokrit terhadap diri dan masyarakat, kerana perubahan dirinya itu dibuat secara berperingkat.
“Bagi saya, jangan sampai ke satu tahap kita jadi hipokrit. Saya masih lagi menjadi diri sendiri. Cuma dari segi pemakaian, saya akan jaga. Tapi, bab ketawa terbahak-bahak, itu masih kekal,” tegasnya sambil meledakkan ketawa.

Tidak malu mengakui hakikat itu, ujarnya lagi: “Sekali sekala perangai ‘gila-gila’ juga ada.Tapi bila umur semakin meningkat, ketawa saya yang besar itu macam dah berkurangan rasanya.
Sengaja mengusik Farah, adakah perubahan imejnya berkemungkinan kerana dia mahu mendirikan rumah tangga.

Tenang nada tuturnya, Farah menjelaskan ringkas: “Saya menafikan perkara itu.”
Masih mahu bergiat aktif dalam bidang nyanyian, bagi Farah, selagi diterima peminat, dia tetap akan setia bergelar penyanyi. “Cuma kini, lagu-lagu saya akan lebih ke arah pengajaran, biarpun masih kekal dengan konsep lagu pop,” tuturnya.


sumber : kosmo online

aku dok dalam gua nie...


Rase cam awal lagi, padahal dah kol 11 lebih… nak tau nape aku rase cam awal lagi…sebabnye aku mengusung lappy aku dok dalam bilik…xnak ganguan…ye ke…memang xdak sape pun nak gangu kat umah aku..…TAPI ada ganguan arr bila dok kat luar bilik bau makanan jiran sebelah masak untuk niaga...dugaan tol tangahari camni nie...dok senyap2 dalam bilik lagi bagus...


…bilik nie lak gelap…kalau xbuka  tingkap memang xperasan kat  luar tu punya la cerah…tapi aku memang mendadap kat tingkap pun…leh tengok kat luar cerah…sebelah kiri aku je yang gelap huhuhu…pastu mengadap lappy cam dok duduk dalam dunia lain lak heheh…siap pasang kipas angin untuk lappy aku lagi takut dia panas…cissss aku xkena pun,…aku pun xnak share ngan ko le lappy…ko je lah pakai kipas nie…aku sejuk…semalam hujan lebat sangat, sekarang pun cuaca panas redup….

kononye pagi nie...


Assalamualaikum semua….pagi2 tadi niat dihati nak p cabut rumput2 kat kawasan belakang umah, tapi xjadi  sebabnye aku segan (malu ) kat umah jiran aku ramai orang, setiap pagi camtu pun depa niaga makanan, so masak dari awal pagi le kan. Segan le pulak ramai orang…so aku menyapu dalam umah je lah… pas dah basuh baju n lipat baru aku mengadap benda alah nie…nak cari resepi…buat sup daging yang sedap untuk  masak petang nanti…bau makanan  jiran sebelah, bukan main lagi…sabar2 heheh..

Rahsia Nama Bermula Dengan Huruf


A - Menggambarkan seseorang itu bijak
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan
D - Kamu seorang yang gugup
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup
H - Mengutamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup
I - Setiasa perlukan perhatian orang lain
J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi
K - Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita
O - Suka menyendiri
Q - Tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri
R - Kamu seorang yang kuat bekerja
S - Berpendirian kukuh dan bersemagat
T - Romantis orangnya
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap
W - Agak lambt bertindak tapi tetap akan lakukannya
X - Sabar teliti dan tekun
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

p/s : nie aku copy je, xtau tol ke tak...just suka2 je

Friday, August 13, 2010

sebaik-baiknye apa....

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" 
(Hadis Riwayat Al-Khatib)

korang faham x maksudnye...tingkatkan amal ibadah untuk bekalan akhirat nanti. masa kat dunia nie la kita kena buat persedian untuk menuju akhirat...dunia nia hanya tumpangan je...akhirat tu tempat yang kita semua akan tuju.

selain itu kita kena seimbangkan dunia dan akhirat, xleh tumpu satu je...dua2 kena seimbang kan..

KESABARAN AKU ADA BATAS TAU!


Sabar tu separuh daripada iman kan, ok2 aku kena bersabar…tapi letih arr asyik2 kena bersabar je ngan ko nie, ingat aku xdak hati ka….cuba ko baca hati aku lak…sakit tau..pas2 selalu je buat blur dekat aku.. terus terang aku cakap cam nak buang ko dalam hidup aku…xheran arr ngan ko…banyak g kat luar aku leh dapat….tapi biar aku fikir lebih mendalam dulu sebelum buat keputusan kan…


Berfikir dan terus berfikir sambil tulis en3…menunggu ko yang lembab untuk …..hahahah sape tau ek


Xdak pe le…luahan hati je buat ko… yang bernama…
~
~


Berukband maxis


Aku kan selalu menyeluh pasal berukband aku nie, sikit2 nak cite kat blog kan, bosan tol kan korang baca…dah tau lembab apasal xtukar je kan…hahah pastu dok membebel2 dalam blog lak kan…nie je satu2 cara nak mengadu, hanya leh membebel dalam blog. Aku nak cakap ngan sape lagi…so cakap le sorang2 dalam blong heheh…cakap dalam hati buat sakit ati je kan. Banyak lak aku membebel…kat blog je aku leh cakap banyak2. Kat luar hampeh tol korang nak dengar aku cakap …dengan setengah2 orang je aku leh jadi ramah. Mesti bosan cakap ngan aku kan…
ehh…apasal korang bace pe aku membebel dalam ati nie arr….stop2 xleh bace huhuhu…

Layan lagu sudah arrr….cepat2 kuar hehehe….aku baru nak bayar bil arinie…kalau beruk nie lembab lagi memang nak cari pasal tol….nak p cari manik sekali…pe lagi jahit baju raya arr sok cuti….



meh order kerepek...


Baru puasa je macam2 orang dah menjual kan, termasuk le mak aku…mak aku jual ape ek…macam2 ada kedai bergerak heheheh…masa aku balik rehat aku pun melihat le barang jualan mak aku…ada maruku….bla..blaa…xlarat xtulis arrr benda ape…nanti korang tengok kat bawah nie…sebenarnye aku xtau kuih tu nama pe heheh…pastu mak aku pun suruh aku jual kat ofis….apa jual kat ofis…camna nak jawap nie arrr ofis aku xdak orang le nak jual kat sape….untuk xmenghampakan mak aku, so aku pun cakap ok…’cek” jual dalam FB le senang…ada ke orang nak beli kalau jual kat FB….makanan camni, orang suka tengok sampel depan mata kan….tapi xpe just letak buat cuci mata korang dah le….





Kalau aku dah letak dalam blog aku dah tentu sedap k. hahahah aku kan cerewet sikit bab makan, makan yang sedap je heheh…last year tuan jual yang xdapt beli arr. Aku le yang kempunan mak aku utamakan customer dia dulu, xaci tol, last2 kitaorang yang xdapat…tahun nie sape order lambat xdapat arrr…orang tu xnak buat dah, xmenang tangan kalau order lambat.


 nie kerepek gunting harga RM 12
RASENYE SEDAP

 NIE LAK MuRUKU
RM 6 SEDAP
 KEREPEK BAWANG
RM 6 SEDAP
 KEREPEK BAWANG KECIK
RM 12
PALING SEDAP

KUIH SIPUT PANJANG
RM 12
XSEDAP XYAH ORDER...hehe adalak buat bisnes tulis camni kan
2pasal le jujur cakap arr...dia keras sikit 2 pasal aku xsuka. sape yang suka leh order je..


sape2 yang dekat ngan aku je leh order...order kat inbox FACEBOOK JE...call pun leh tengok kat blog.

baru kol 3 dah ramai...

tadi masa aku balik dari bank kena lalu kat pasar ramadan...dalam cuaca yang renyai2 aku tengok peniaga dok atur2 barang niaga depa...kol 3 dah leh start niaga ek...aku pun lalu ar kat satu khemah nie tengok mak ai'h ramai nye orang baru kol 3 tu....buat pe tu ramai2 kat pasar ramadan awal lagi arrr...korang nak tau benda apa yang depa dok kerumun.
..hahahah murtabak...
kat c2 kena p awal kalau nak beli murtabak..kira paling famous arr murtabak depa tu..khemah paling besar...dari kol 3 orang dok siap tunggu sampai petang...sape p lambat memang xdapat arr....sedap sangat ke murtabak tu...aku dah rase hasil abang aku mununggu hampir sejam baru dapat last year...xlah sedap sangat maybe sebab tebal n isi banyak tu pasal orang suka kot kan..
ingat nak singgah beli gak tapi disebab cuaca nak hujan n ner ada orang jual air g time tu...kuih banyak arr...so  aku xsinggah arr....tapi segan gak kalau singgah awal2 heheh...aku malas nak p petang2 orang ramai sangat...

nak tukar ....leh x?

kemarin kan aku baru p pasar malam merangkap pasar ramadan...aku sampai dalam kol 5.40ptg cam2 le.. ..parking penuh...ramai tol orang time tu,  aku xnak p pasar ramadan arrr. orang ramai sangat nak jalan pun susah...nak beli pun kena beratur...yang frust bihun sup perut yang aku selalu beli tu xniaga tempat aku bulan puasa...so beli la tempat lain bihun sup ayam... xsedap n kurang pedas...xbest arr...benda pe yang aku nak tukar tadi ek....hahaha kemarin cakap kat mak xpayah masak...so ari nie tukar steatmen mak masak le heheh....kalau terpaksa beli gak kena p awl...eh nak p kol berapa ek kol 5 kot xramai orang lagi....suka2 ati aku je nak kuar time keja kan huhuhu..

FADHILAT BERSEDEKAH

Hadis daripada Abu Hurairah, katanya

Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun kafir.
kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?
jawab nabi : bahawa mereka adalah makluk Allah. Sebenarnye sedekah itu jatuh pada tangan kudrat tuhan yang rahman.


Malaikat berseru : hai tuhanku segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanye.- Al -Hadis

Besarkan cucu dengan RM3

KETIKA kebanyakan orang lain mungkin masih dibuai mimpi, dia sudah mengatur langkah keluar rumah. Destinasinya adalah warung lama yang menjual sarapan yang terletak berhampiran rumah di Kampung Sungai Jai, Beranang. Itulah rutin hidup Syarifah Manap saban hari.

Kunjungan nenek tua itu ke warung tersebut bukanlah sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sarapan, tetapi dia ke situ untuk mencuci pinggan mangkuk dan cawan-cawan kotor.
Pada usia 77 tahun dengan susuk tubuhnya uzur dan lemah, walaupun hanya diberi upah RM3, Syarifah reda menerimanya kerana hanya itulah sumber rezeki demi sesuap nasi.
Apatah lagi, di atas bahu Syarifah atau lebih mesra dengan panggilan Nenek Inchot ada lima perut lagi yang perlu difikirkannya di rumah.

Menceritakan pengorbanannya demi kasih sayang kepada lima orang cucunya, Nenek Inchot memberitahu selepas anak keduanya Mohd. Nor Hamzah, 43, bercerai lima tahun lalu, dia terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga Mohd. Rafie Mohd. Nor, 14. Nor Hafizah, 14, Nor Shafiqah, 12, Mohd. Hafiz, 10 dan Nor Shahidah, 8.
Ketika itu katanya, Mohd, Nor tiada pekerjaan dan sering kurang sihat menyebabkan semua cucunya itu berpindah untuk tinggal bersamanya di sebuah rumah kayu setingkat di kampung itu.

cerita selanjutnye : kosmo online


NENEK INCHOT gembira a

CITE ZAMAN DULU2 LE....LAYAN...


Aku xbenda nak menulis arr nak cite pe ek…dulu tahun bila tah ada drama diari Ramadan rafik kan, aku suka le tengok cite tu dulu, tahun nie xdak lak kan…suka tengok gelagat budak2…terkenang zaman kanak2…zaman kanak2 korang pause camna ek…aku xberapa nak ingat arr…yang aku ingat masa kecik2 dulu aku dok umah tok aku. Sape xpuase jangan harap leh dok makan sekali ngan orang yang pause..kitaorang kena hambat dok atas umah heheh…xpe xleh makan sekali kitaorang tengok cite doremon, pas2 pasang kuat2….hahahah memang nak cari pasal tol kan, orang dok berbuka pause kat bawah kami kat atas buat bising….ada geng memang menjadi sepupu sepapat join sekali…ketua dia sape ek…kah…kahh abang aku arrar tu…uikss…ye ke…bukan aku tau, kami asyik kena buli ngan abang aku je dulu kecik2..

Penilik nasib popular dirawat di hospital

BALI - Seorang penilik nasib terkenal di Bali yang dipopularkan menerusi buku memoir terlaris yang dihasilkan penulis Elizabeth Gilbert berjudul Eat Pray Love, dimasukkan ke sebuah hospital kerana sakit jantung.

Penilik nasib tersebut, Ketut Liyer dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum sebuah filem yang diadaptasi dari memoir berkenaan dan dibintangi aktres, Julia Roberts memulakan tayangan di Amerika Syarikat (AS).

Julia berlakon sebagai Gilbert dalam filem tersebut yang mengisahkan tentang seorang janda yang kecewa mengembara selama setahun ke Itali, India dan Bali untuk mencari ketenangan.
Julia bertemu dengan Liyer semasa penggambaran dan beberapa adegan filem itu dirakamkan di rumah penilik nasib tersebut.

Ketut Liyer dianggap sebagai seorang selebriti di kampungnya, Ubud sejak buku tersebut berada di pasaran pada 2006.

Ramai pelancong dan penduduk tempatan telah berkunjung ke rumah lelaki itu di Pulau Bali untuk menilik nasib.

Cucu perempuannya, Wayan Puspita Sari, berkata, datuknya yang berusia 96 tahun itu pernah ditawarkan untuk muncul dalam beberapa iklan televisyen dan media cetak. - AP 



sumber : kosmo

JOM BERSEDEKAH....

Bersedekah setiap hari pada bulan ramadan, tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemulian bulan ramadan

Bersedekah pada bulan puasa menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa, berlipatganda yang paling banyak pahalanya.


Dicurahkan rahmat Allah, dijauhi dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.


P/S:  buat kaum lelaki jap lagi nak p solat jumaat kan jangan lupa sedekah duit kat tabung masjid.
kalau korang xtau nak sedekah dekat mana leh sedekah kat tabung masjid  senang  kan.
semoga dari sedekah itu dapat memberi pahala kepada kita, yang penting jangan riak n menunjuk2 lak bila bersedekah, sebab dia akan jadi sia2 je.

jangan makan ayam.....yang siap masak

 Apasal lak aku cakap camtu ek...ye la harga ayam naik...ayam yang siap masak tu arr yang lagi mahal peniaga jual...kalau nak makan gak beli ayam, masak sendiri heheheh...



ALOR SETAR - Tiga persatuan pengguna bukan sahaja bercanggah pendapat mengenai punca kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM7.50 sekilogram ketika ini malah memberikan cadangan berbeza bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi Persatuan Pengguna Kedah (Cake), kerajaan perlu memberi insentif makanan ayam kepada penternak bagi mengelak harga ayam di pasaran melonjak pada bulan Ramadan.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat di Pasar Besar Alor Setar di sini, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam apabila pemborong dan penternak menaikkan harga bekalan dari RM4.30 sekilogram kepada RM5 sekilogram.
Beliau difahamkan, kenaikan harga ayam itu berpunca daripada harga makanan ayam yang mahal dan harga anak ayam yang juga tinggi sekaligus membebankan penternak.

"Sebab itulah saya cadangkan agar kerajaan dapat memberi insentif kepada penternak ayam," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Besar di sini semalam.
Kosmo! semalam mendedahkan kenaikan harga ayam pada minggu pertama Ramadan berlaku lagi dengan pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap sekilogram ayam.

sumber kosmo 

apa dah jadi ngan aku nie ek



kenapa ek...tiba2 sesuatu telah terjadi n merubah kegiatan hari2 aku....
apasal aku jadi cam2 ek sape2 leh tolong jawap x....
apa sebenarnye yang telah berlaku nie
aku bingung seketika.....
sunyi sepi je aku rase
tu je yang aku perlukan sekarang...
ye ke
nak tau kenapa???
pasal u la buat i camni
nape ko diam membisu
aku sunyi tau
nie le sebabnye

Sejak masuk bulan puasa nie…aku xleh nak dengar lagu kat radio, aku rase binggit telinga sangat n buat aku rase serabut….aku leh dengar lagu kat blog aku je rase lebih tenteram…kenapa ek jadi cam2 ek.. uikss jangan salah faham lak ek…bukan nak suruh korang masuk dengar lagu kat blog aku hehehe…Nak masuk dengar pun leh gak…sila la masuk sambil baca en3…heheh have fun.

aku dah bosan...

Ape yang buat korang bosan ek....sekarang yang buat aku bosan adalah pasal cinta....cinta pada manusia memang ada kalanye menyakit hati kan. ada pasang surut....aku bosan dah nak fikir pasal cinta...cinta pada Allah gak yang kekal kan....baik aku tulis nota cinta pada ALLAH je kan...leh ka??? cuba menghayati lagu nie mesti korang dapat jawapan. nak dok senyap2 malas nak fikir banyak2...tawakal pada ALLAH banyak2 dan...aku berserah kepadanya. YA ALLAH permudahkan segala urusan ku, dan lapangkan lah hatiku...amin

mak aik's lamanye cuti....


Uiksss..lama nye adik aku cuti 3/9- 19/9 cuti raya sakan Nampak…selamat ko balik awal sebelum raya, leh aku bagi tugas untuk ko heheheh…..budak uitm shah alam lain cuti sama tak??...apasal leh cuti awal lak ek…sebelum nie dia cakap sehari sebelum raya baru balik cam last year…korang nak tau nape leh cuti awal lecture dia dah buat kelas ganti awal2 so boleh balik kampung awal. Konon2 nye dok di perantauan arr tu hahha…tahun nie abang n akak ipar aku yang dok kat johor pun balik raya cini gak…bestnye leh berkumpul ramai2. Tapi kan cuti abang aku xcomfim lagi…apa kes arr cam2…

wanita engkaulah....

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)


Thursday, August 12, 2010

3 khazanah membentuk ketaatan kpd allah s.w.t



  • Menyembunyikan sedekah yang disedekahkan.
  • Menyembunyikan penyakit yang Allah SWT  berikan kepadanya.
  • Menyembunyikan bala musibah yang  Allah SWT uji kepadanya.

tempat biasa...


Selamat petang semua, camna puasa korang arini…baru dua hari puasa, cuaca panas sangat petang nie…aku xp lagi pasar Ramadan, tapi jap lagi aku nak pasar malam je…tempat yang sama gak…ari khamis pasar malam  aku memang muka pasar malam heheh tiap2 minggu p. xdak benda yang aku nak beli kat pasar Ramadan kemarin mak aku masak kat umah tu pasal xp.  Aku stail simple je makan ada nasi n ulam dah cukup, ada lauk pun aku makan skit je…ulam tu lak cam lauk aku makan,,…spesis kambing ke aku nie suka makan ulam hehehe…beza2 kambing makan rumput je ek…  mak aku buat mee goreng n masak daging pun xabih2 g sampai arini…kan membazir je kan masak . So arini aku cakap kat mak aku xpayah masak, beli kat pasar malam je.

apa yang perlu kita ingat ek?




 
"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup,iaitu MATI" 
(Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua

-->

Tanggungjawab menantu terhadap mentua jarang dibincangkan secara terbuka. 
Bahan-bahan berkaitan isu ini juga agak terhad. Bagi sesetengah pihak, mungkin dianggap tidak penting. Apatah lagi perkara ini tidak disentuh secara spesifik dalam Al-Quran, Hadis dan perbincangan secara terbuka, atau mungkin perkara ini ada dibincangkan, tetapi penulis masih belum menjumpai atau menerokai ilmu tersebut.



Setelah meneliti perkara ini secara mendalam, penulis dapat katakan bahawa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kita sendiri. Antara ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua yang sempat dipetik dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut:



Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS Al-Israa’: 23-24)


Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat....(QS An-Nisa’:36)


Nabi Muhammad SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Ayat lain berkaitan Q.S Luqman: 14, Q.S Al-Ankabut: 8 dan sebagainya.

-->
Sumber :
http://www.srikasih.

Newer Posts Older Posts Home