Saturday, August 7, 2010

MUSIM BUAH KAYU....

korang tau x buah kayu tu ape, buah kayu tu buah yang berasal dari kayu le, xpercaye ek....memang xpayah percaye pun. buah kayu nie buah-buahan tempatan le...cam durian, rambutan , cempedak...dan lain...aku suka makan rambutan, buah rambutan kuning nampak best kan,tapi isi dia xsedap sangat, aku memang teringin nak ada pokok rambutan kuning nie. sebab suka tengok kulit dia menarik colour kuning...pernah gak tanam, tapi hampeh tak dan nak besar lembu dah makan, memang xleh tanam pokok ape pun kat umah, lembu orang suka datang umah aku....sekarang memang musim buah kayu kan, tapi umah tok aku, xberbuah pulak aku tengok. kenape ek???pokok tu merajuk kot heheh..pokok tinggi2 naik kait pun susah, lagi senang beli je huhuhhu...


feri penang...


Kalau datang penang mesti kena naik feri kan, baru best heheeh…trademark penang…kalau naik jabatan pun leh gak. Tapi best naik feri lagi. Aku paling takut naik time hujan, ada angin feri bergoyang, ombak lak kuat
setiap feri nie ada nama, macam2 pulau dia tulis, semua feri tu leh naik je, saje tulis nama pulau je, jangan lak korang betol bendol lak ek tunggu tulis pulau pinang baru nak naik....ada kes cam2 tau heheh kelakar tol..selalunye jadi kat orang luar arr yang datang berjalan2 kat penang...dia leh tunggu feri tulis pulau pinang baru nak naik. semua feri nie p satu tempat je. naik je
feri nie terbahagi kepada dua, yang atas tu untuk penumpang yang berjalan kaki, naik dari seberang perai kena RM 1.20. SEKALI je kena bayar..naik dari pulau xkena bayar dah.
bahagian bawah feri untuk kenderaan,untuk keta n motosikal. motosikal dok kawasan belakang sekali.kalau naik feri kena bayar RM 7.50 Kot, kalau xsilap. n kalau naik jabatan RM 7.
MAI arr jalan2 penang hehehe...


MISI MENGEMAS UMAH SEBELUM PUASA


Jom mengemas umah sebelum puase, nanti bulan puasa letih arr nak mengemas, nak cuci tingkap siap2 le, adik aku sehari sebelum raya baru balik, xcukup kaki tangan arr nanti…tahun nie raya sekali ngan kakak ipar baru heheh…yeahh bulan 10 nanti dapat anak buah yang pertama, bertambah sorang lagi ahli keluaga….mak aku le paling happy kan dapat cucu sulong…akak ipar aku mesti le dah sarat time raya nie. Akak ipar muda dari aku le heeheh…tapi kena pangil kakak gak sebab kawen ngan abang aku kan, so kena ikut pangkat, seriously abang aku memang nak aku pgil wife dia kakak…mula2 rase kekok gak lak, akak ipar aku pangil aku kakak gak sebab dia hormat aku tua dari dia, masa sebelum kawen lg dia pgil aku kakak, pas dah kawen aku lak kena tukar pgil dia kakak  lak. Susah giler mula2 nak pangil tambah2 depan family heeheh. Nanti ada yang kecik ati dengar aku pangil nama je kat k.ipar aku, so panggil le jugak kakak hehehe.

makan petang2- cucur udang


My mum suruh buat cucur udang…best gak kan makan cucur udang petang2 nie. Kalau dah namanye cucur udang mesti la kena ada udang kan….tapi kan aku kalau buat cucur udang xsuka letak udang pun, aku hantu sayur hehehe….letak tauge n kucai je, tapi arinie kena letak udang gak sebab mak aku dah beli udang kecik2 tu untuk buat cucur udang. Yeaah jom buat cucur udang ngan aku…rajin tol aku petang nie kan huhuhu..siap buat sendiri, selalu beli je. Cucur udang cicah ngan kuah kacang kan, tapi aku suka cicah ngan sos cili, suka pedas baru best. Memang tengah lapar nie…

tips nasi lembek>>>


Bila korang masak nasi pastu Nasi tu lembek sebab terlebih air korang buat camna ek? Aku selalu jadi cam2 kalau masak nasi guna rice cooker xreti nak agak air. Periuk besar aku masak sikit je. Kalau guna dapur gas senang sukat air n nak agak.


Jom aku nak bagi petua sikit nak buat camna kalau nasi jadi lembek bila dah masak. Ambik surat khabar tutup permukaan periuk tu, biar dalam 5 minit camtu. Nasi tu dah xlembek lagi. So dah leh makan.

Tok wan aku bomoh tau


Tadi anak buah aku dok cite kat mak aku, adik takut le tadi bergaduh ngan syifa..lepas tu dia cakap tok wan dia bomoh….nanti dia buat apa2 kat adik camna…. Tengok budak2 sekarang terpengaruhi cite kat tv….gaduh budak2 ner ada sampai kena bomoh kan heheheh….kelakar tol anak buah aku tu.

Tanda2 kiamat besar


  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


semua orang p mana ek?

malam nie xramai orang online kan...mana semua orang p ek....aku pun nak masuk tido arr....ngantok dah...tido ngan ati2 berbunga2....kena simpan dalam almari hadiah nie.....

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis


1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.



“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” 10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim


12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim




Friday, August 6, 2010

juara akademi al-quran

 JUARA : Ahmad Tirmizi bin Haji Ali 25 tahun Terengganu
NAIK JUARA : Mohd bin Ahmad Zahid 15 tahun Kuala Lumpur
KETIGA :Yahya bin Haji Ali 23 tahun Terengganu
KEEMPAT : Husni bin Ali Hassan 25 tahun Melaka

cucu jadi mangsa...??


datok nenek…tempat yang paling selamat kita rase kan.tapi disebabkan nila setitik  rosak susu sebelanga..dunia akhir zaman memang macam 2. Salah satu Tanda2 kiamat kecil ialah

Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
  
kenapa kerajaan xnak buat undang2 hudud?


Di dalam feqah tidak ada perbincangan khusus mengenai hukum rogol. Maka ia 
tidak termasuk dalam hukuman hudud. Sebaliknya ia termasuk dalam takzir - ie 
ditentukan oleh pemerintah.
 
Dalam Islam, mangsa rogol tidak perlu membawa 4 saksi. Ini berdasarkan satu 
hadis:

Pada suatu hari seorang wanita telah meninggalkan rumahnya dan pergi sembahyang 
di masjid. Dalam perjalanan dia telah di rogol oleh seorang lelaki. Wanita itu 
menjerit sewaktu dia sedang dirogol. Setelah itu lelaki itu melarikan diri. 
Sekumpulan lelaki (muhajirin) terjumpa wanita tersebut dan menunjuk ke arah 
lelaki progol itu berlari dan menyatakan "saya telah dirogol". Mereka kemudian 
berlari ke arah itu dan berjaya menangkapnya dan bila di tunjukkan kepada 
wanita itu, wanita itu berkata "ya, dia lah orangnya.". Mereka berjumpa dengan 
nabi saw dan lelaki itu mengaku " ya nabi sayalah yang telah merogolnya."

Nabi saw berkata kepada wanita tersebut: " Pergi sekarang Tuhan telah 
mengampunkan kamu". Nabi saw berkata kepada lelaki tersebut: "Rejam dia". 
 
Baginda bersabda: "Dia sebenarnya telah menyesali kesalahannya dan sekiranya 
seseorang itu telah mempelajari kesalahannya, seluruh penduduk madinah juga 
akan memahaminya."  HR At Tarmizi dan Abu Daud.(Ibn al-Atsir, Jami al-Ushul, 
IV/270, no 1823). 

begitu juga dalam athar yang lain: Dari Nafi mawla Ibn Umar berkata: "Bahawa 
Shafiyyah bin Abi Ubaid melaporkan: "seorang hamba lelaki berjumpa seorang 
hamba wanita dan merogolnya. jadi khalifah umar menyatakan hukum dia dengan 
rotan tetapi lepaskan wanita itu. HR Bukhari dan Malik (Ibn al-Atsir, Jami 
al-Ushul, IV/269 no 1822). 


penyelidikan telah dijalankan di Unit halaqah Penjara Kajang,Selangor hasil secara temubual mendapati hamper 90% jenayah rogol berlaku akibat kurangnya penekanan aspek agama terutamanya solat lima waktu yang menjadi asas kepada agama Islam. Apabila melihat aspek agama ini ianya berkait rapat dengan intitusi kekeluargaan yang menjadi asas bermula disini.

 p/s : punca dari solat...dah macam2 cara kerajaan buat langkah  mengatasikan still xberjaya. yang terbaru masih belajar leh kawen age 16th. rasenye takan berjaya gak sebab masa tu sepatutnye kena belajar n bila dah behenti sekolah xdak sape nak peduli tambah2 lak soal agama. pasangan diaorang dapat membimbing ka, kalau kawen pun yang sebaya, pas2 xberjenis lak.camna ek...?? solat yang kena..semua tu bermula dari umah n sekolah.

CELCOM OR MAXIS


kat sini ada sape2 yang pakai berukband celcom x? yang baru kuar iklan kat paper sebulan rm48.


Camna ek ok x, berapa G.B masa mula2 beli kena bayar berapa?


Kata paper nie xdak tulis detail pun.

then aku pun mencari maklumat dan ini hasilnye:



 p/s : aku memang le nak sokong celcom nie sebab nie satu2 syarikat orang islam kan. masa aku beli berukband maxis celcom xkuarkan lagi berukband nie. so sekarang baru kuar harga sama cam aku pakai maxis gak rm48 sebulan tapi 1GB je. maxis aku 1.5 GB. so terus pakai maxis sebab aku perlu berjimat.
CELCOM selalu je problem aku dengar.

kenapa kena tukar??


Pagar ofis tukar ke belakang…indon tu dok buat tempat baru utk grill…apasal nak tukar ke belakang ek…sape tau kenape??? Mesti korang xtau kan…pagar ni asalnye  betol2 tepi  jalan kat selekoh, dalam bulan nie saja dah 3 kemalangan berlaku kat c2…tapi kat selekoh depan ofis aku memang selalu kemalangan…., setiap kemalangan yang berlaku tu betol2 pintu pagar ofis aku lak tu…memang bahaya selekoh nie…kalau ada keta yang kuar dari lorong yang bertentang ngan ofis aku lagi bahaya…diorang xnampak keta datang bila dari selekoh pas2 ada lak pagar kubur memang xnampak ada kenderaan. Ari2 masa sabtu lepas ada kemalangan gak.


Nak buat camna ek nak atasi kemalangan…kena letak cermin kat jalan selekoh kan…aku tengok ada je cermin tu. Kat selekoh xleh bawa laju kan…


Aku pun takut gak nak guna jalan nie, banyak lory besar lalu, pas tu suka bawa laju dah tau selekoh bawa le slow kan. Tapi yang selalu kemalangan tu penungang motosikal diorang bawa laju bila kat selekoh.


Aku memang xpayah lintas jalan pun nak datang keja…tapi kena gak kuar, atas urusan keja.


p/s : bukanye nak tukar pagar ke belakang rupanye...indon tu buat tempat untuk letak mesin. tapi kalau pagar ubah ke belakang sikit pun ok gak kan.

PC FAIR memang best....jom terjah

ada PC FAIR ek sekarang....haaaha tu la lama xbeli paper sampai xtau...kat tempat aku dah lepas. lagipun aku xdak nak beli apa pun.

jom tengok minggu nie kat ner

6-8 ogos 2010

KL ( KL CONVENTION CENTRE )
SUNGAI PETANI  ( VILLAGE MALL )
KOTA KINABALU ( 1 BORNEO LG EXHIBITION HALL )
MUAR ( DEWAN JUBLI INTAN )



27 - 29 OGOS 2010

IPOH ( STADIUM INDERA MULIA )


P/S : kalau nak beli laptop time PC FAIR memang bagus, banyak pilihan n leh dapat harga lebih murah dari biasa. yang paling best dapat banyak free gift. kalau beli kat kedai memang dapat xsama cam pc fair...tol aku cakap...sebabnye lappy kesayangan aku beli kat pc fair le heheh...

nak minta hadiah nie boleh??


Kol 12 a.m ke atas banyak lak iklan nuffnag kat blog aku kan, tiga2 tempat ada iklan , yang menarik minat aku iklan nie







P seoul naik air asia dari rm99….dah lama teringgin nak p korea nie…tiket je murah…duit nak belanja kat sana xdak….hahhah pas2 ada hati nak p lak kan. Pendamkan perasaan dulu maybe one day leh p.


Book from 4 ogos- 8 ogos 2010.


Travel from 1 nov 2010 -11 ogos 2011


Minta hadiah p korea leh x, mesti la boleh minta kan… tapi comfim xdapat last day book tu my birthday tau….waaa aku xdapat hadiah p korea….

zaman kanak2

sate ikan zaman kanak2 dulu aku rajin makan, orang tu jual naik basikal je, dia bakar satay tu atas basikal  ada le tempat dia, cam tong tu....sekarang ada lagi orang jual satay tu, naik moto le kan zaman sekarang, murah je dulu 1 cucuk baru 10 sen... sekarang 20 sen kot kalau xsalah le ari2 beli.....makan satay nie teringat arr zaman kanak2 dulu...


surat colour2

Arini banyak  dapat surat bercolour2 lak...aku lak yang nervous kan heheh...padahal surat ofis....mesti le aku nervous coz aku yang kena g uruskan....xsuka tol...tapi selamat yang surat dr SSM yang colour merah tu suruh p renew lesan syarikat. bos aku xnak renew dah lesen tu...so selamat aku heheh...dari incometax nie surat mahkamah, apahal pulak ni sebab xantar borang P. borang  P tu pe benda lak ni....atas nama syarikat tu memang dah xwujud, masa aku keja dulu, memang dah xdak....tapi atas nama bos aku...memang aku kena p jumpa pegawai lhdn gak nie....kena p berurusan ngan pegawai kerajaan sedikit leceh,....

agar2 laici

Bahan-Bahan: 
1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis)
1 ½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air 

Cara:  

Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi.

Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.




 

manje


dulu sepupu aku dok cite pasal manje nie kat kitaorang…dalam kepala otak aku mesti le budak pempuan kan…budak pempuan memang senonim ngan manja kan. Dulu asyik dengar cite je kan…kebetulan lak bapak dia buat umah sebelah umah aku…dah siap diaorang pindah le dok c2….aku bukan kenal sangat n xdak le p sembang ke pa kat umah dia kan…just dok dengar2 je diorang dok pangil manje….aisk setahu aku xdak pun budak pempuan kat umah tu…satu ari2 budak tu datang umah aku…Tanya le nama pe…dia cakap manje….meleset tol apa yang aku fikir, budak laki la, suara besar lak tu, ner manja pun…so cute, debab skit baru 5 tahun. Suara dia paling kuat kat c2. Dok rajin menyayi sangat kat umah, dok umah kampong memang leh dengar tau.

xbest pun...


Aku xsuka la tengok jalan cite epilog syurga cinta tu, reality hidup zaman sekarang kan, semuanye kebetulan betol kan……layan pun sebab ada adik mia tu je….cite xmenarik pelakon pun xreti belakon xleh lawan cite adamaya….aku suka adam je…eh bukan watak adam dalam adamaya heheh….dah le cite tu copy cite kiamat sudah dekat cite Indonesia kan. Pendek kata xbest pun epilog syurga cinta….semua part yang aku tengok semua xmenarik  minat ditambahlah pelakon cam xkena gaya je….bila nak ada part yang menarik ek…


rezeki....


Kemarin pasar malam, cam biasa aku beli bihun sup ngan ayam goreng je. Balik petang tu ada jiran bagi nasi merah dia buat kenduri alhamdulilah rezeki, arini baru nak makan nasi tu, semalam kenyang makan bihun sup. Selamat dia bungkus lauk asing, leh simpan n perangat makan arini.

DATO’ LEE CHONG WEI- JADI DUTA???



Sejak bila lak jadi duta ek…siap pakai baju melayu lagi…so sweet heheh…. Sape tau dia jadi duta apa??


Jom tengok


Sehari satu SAMSUNG…Jadi duta Samsung le kan. Promosi Samsung 1 ogos – 30 september 2010…..


Thursday, August 5, 2010

ape yang perlu kita buat apabila nak beli tanah ek??


Tip beli tanah
1-      Pastikan lokasi…p tengok sendiri tanah tersebut sebelum buat keputusan untuk beli.



2-      Bila dah puas ati leh le jumpa aku heheh…bincang harga…harga memang dah tetap xleh ubah apa2 pun. Tapi sila berhati2 bila beli dari broker harga diorang dah up k. senang cite cari aku harga terbaik. Seriously memang harga berpatutan…kat orang lain lagi tinggi diaorang jual.



3-      Ada RM10 000 layan arrr heheh bukan duit hantaran kawen ye…deposit tanah.



4-      Bawa fotostat i/c…aku akan buat satu aggrement sementara sebelum dapat 
          aggrement dari lawyer. 



5-      Masa nak p sain surat jual beli tanah dekat pejabat lawyer kena bayar duit guaman RM 460 kepada lawyer.



6-      Apabila tuan tanah pun siap sain….n semua urusan selesai korang akan dapat aggrement dari pejabat lawyer.



7-      Selepas 1 bulan sain anggrement…bayaran bulanan bermula, sila bayar di pejabat bos aku.





p/s : sebelum sain aggrement sila baca dengan teliti dahulu. Rumah boleh dibuat apabila bayaran penuh telah dibuat. Selagi xbayar habis memang xleh buat apa2 kat tanah tu.

sila rujuk sini untuk harga tanah :  TANAH LOT

muka depan lagi....


Kalau isteri sedap gak le dengar kan…muka depan lak tu….aku rase baru2 aku ada sebut dalam satu en3 aku jangan pergi or berada dalam situasi yang leh mendatangkan fitnah dan syakwasangka kan….tiba2 ada lak kes nie…sungguh kebetulan…
Macam2 tol spekulasi orang dok cite kan…..silap besar le mati dalam keadaan cam2 kan…mengaibkan dan jadi bahan fitnah….sape pun xleh menegakan benang yang basah kan n membela diri….takan jalan terbaik bunuh orang n bunuh diri kan. Apa hukumnye bunuh diri n bunuh orang…

Hukum Orang Bunuh Diri 

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)

Hukum membunuh orang.
disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
Hukum membunuh terdiri terdiri daripada berikut:

1. Hukum wajib membunuh iaitu seperti musuh-musuh dalam peperangan dengan menjaga maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Sekiranya terkorban bagi orang yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara adalah dikira mati syahid.


2. Hukum haram = sekiranya membunuh tanpa sebab yang dizinkan syarak seperti membunuh orang yang tidak berdosa.

p/s : apa yang aku nak sampaikan kat sini just untuk ambik iktibar dengan apa yang berlaku, n orang lain xmengulangi perkara tersebut. apa yang penting kita kena fikir pasal agama & keluarga kita dulu sebelum nak ambik sebarang keputusan. dalam kes camni aku tengok keluarga yang kena tanggung n menjawab apa yang berlaku, dan macam2 cerita akan keluar. aman kah kita kat dalam sana tu. kat dunia maybe leh terlepas depan Allah xboleh kan. renung2 kan...