Pages

Saturday, July 17, 2010

gosip adik beradik ????

gosip panas nie...... nak tau ek......meh aku nak cite.......ada le dua beradik nie dok rebut2 mamat mana thah, poyo tol......cam le leh dapat kan. aku comfim depa takan dapat....mamat tu pandang pun x. walaupun mamat tu xpandang diorang tapi still minat giler beb. apa yang hebat sangat ek ngan mamat nie, sebab suara dia sedap sangat ke. tapi xfaham tol apa dia cakap n nyayi. tu pun angau semacam, dok rebut2 sangat......jom aku tunjuk gambar mamat yang depa dok rebut2 sangat tu......ensem sangat ka ek...


~
~
~
~
~
~


nie la mamat taiwan tu  jay chou........yang akak aku n adik aku dok rebut2 dok letak gambar kat FB depa, dua2 orang letak gambar yang sama heheheheh.....
depa memang minat giler kat mamat nie. th nie ada konsert mesti diorang p punye. ari2 pun depa p gak dah lama dah ms dia dtg m'sia dulu.


jom makan cupcake.....

Jom aku nak kongsi kata2 pengusaha cupcake n cake yang berkerja kat umah yang berjaya ( pada asalnye buat kat dapur umah je, sekarang dah buka kedai n pekerja pun ramai dah ) .  pengacara tu tanya apa halangan or cabaran dalam bidang nie......dia cakap xdak halangan n cabaran langsung coz 
BILA KITA SUKA & MINAT  NGAN APA YANG KITA BUAT, SEMUANYA JADI MUDAH & SENANG.

Dulu dia kata masa keja makan gaji balik keja rasa letih. sekarang bila buat apa yang dia minat sampai xtido pun still rasa xletih,  rasa lagi seronok, xberehat pun xpa. dia cakap nyesal xbehenti keja awal. dan yang paling best katanye dia sentiasa dekat ngan anak2 dia.

cayalah...... usahawan wanita sekarang......

kalau sape2 yang berminat leh masuk blog akak nie untuk maklumat lanjut, dia ada sediakan kelas buat cake sekali. kedai kek dia kat petaling jaya


http://norrizanbakers.blogspot.com


p/s : aku tengok segmen apa kata wanita tadi kat tv 1.









apa kata wanita...????

 tadi masa kol 12 camner thah aku leh terbuka tv 1, selalunye tv 1 mana layan pun, siaran lak xelok lagi le malas nak tengok kan. tiba2 lak ok lak gambar tak merenek cam selalu. masa tu ada segmen buat cupcake, aku memang suka tengok cupcake yang comel2 nie, terus melekat depan tv.

lepas tu ada

Segmen Personaliti
RMK10 : Rancangan Memperkasa Wanita (1)

Topik minggu ini akan membincangkan isu RMK10 dalam rancangan memperkasa wanita di Malaysia bersama tetamu khas iaitu Y.B Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.


yang pasti rancangan nie memang bagus untuk wanita k

untuk sape2 yang buat bisnes kat umah le join :


Promosi produk anda melalui AKW
Produk terpilih akan dihubungi untuk ditampilkan live dalam AKW bersama Zamzarina. Sila email profil produk berserta gambar produk ke email: zamzarina@apakatawanita.com

korang buka la web nie k.

http://apakatawanita.com





lappy aku demam????

korang tau tak  anak buah aku tanya pe...... teh labtop panas, deman ka....hahhaha kelakar tol budak nie.....panas le pasang lama. ada lak demam huhuhu.....dok meyemak dalam bilik aku lak, sambil tu dok ajak aku mewarna sekali, malas tol nak layan huhuhu....nak layan blog arrr. dah le semalam  ujan lebat ngan kilat aku xleh buka lappy. petang nie baru leh buka setelah siap semua kerja umah.

Friday, July 16, 2010

perlu ke takut ek....???


Kalau takut dilambung ombak, jangan berubah di tepi pantai.

Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat. Itu adalah perangai nafsu yang hina.

Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.

Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup. Apabila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.

Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya. Dukacita timbul kerana mengenangkan sesuatu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang paling ditakuti ialah maut.

Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya, menyerah sebelum berjuang.

Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.

Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.

Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.

Si penakut akan terbunuh dengan ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.  

Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.
Pertama, sakit ketika mengembara, miskin ketika tua, maut pada usia muda, buta setelah melihat, dilupakan orang yang disanjungi.
 

PERHATIAN SEMUA - KEPADA PENIAGA2

Tajuk cam nak bagi warning je kan heheh....bukan nak bagi warning le. thah tiba2 ari aku terfikir masa balik umah tadi nak promote 1 kedai komputer kat tempat aku, sebab kedai tu jual barang murah n servise dia pun murah gak. memang xleh dapat kat kedai lainye harga tu. aku dah compare semua kedai kat kawasan aku le. tempat korang xtau le pulak camna. tapi lum minta izin tuan punya kedai lagi nak buat preview pasal kedai tu. aku selalu le p c2, bila ada masalah le. yang aku suka sangat pasal kedai tu sebab, diorang nie antara usahawan muda, yg sedang meningkat naik. aku sokong usahawan bumiputra...yeaahhhh. cayelah...hehhe...

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK AKU PROMOTE PASAL BISNES KORANG XKIRA

BISNES ONLINE OR OFFLINE  LEH  LINK KAT BLOG AKU NIE.

BAGI  YANG  XDAK  BLOG  LEH  MSG  KAT  INBOX  AKU  KAT  FACEBOOK.

AKU  AKAN  BUAT  PREVIEW  PASAL  BISNES  KORANG  KAT  BLOG  AKU.



TAK DIKENAKAN BAYARAN PE PUN,  JUST  SUKA2  JE  NAK   TOLONG  BISNES  KORANG JE.
AKU  XTAU  NAK BUAT  PE,  MAYBE  NIE  LEH  ISI MASA  LAPANG  AKU.
yang pasti aku sokong usahawan bumiputra, kecil ke besar ke xkisah.


Tapi rasa cam xlayak je sebabnye baru 2 bulan lebih je aku dalam bidang berblog nie. flower pun xramai lagi.

makan megi je....

tengah ari nie aku nak balik masak megi je, mak aku dah xmasak, dah  p keja lak coz boring dok umah. nak p beli kat luar aku malas lak. so makan megi jelah....sedap pe kan. huhuhua aku suka makan megi  RUSKI perasa tomyam letak udang lagi sedap, yang penting bagi aku kena letak sayur.

DEEJAY DADAH DICEKUP???

Deejay radio mana lak nie....baru baca tajuk je kat depan....xbaca isi penuh g. tapi xsabar2 nak tau gak hehehe....kepoh tol.... cepat2 selak metro m/s 36.....cis deejay pusat hiburan....baca sekerat je lah  huhuhu....ingatkan deejay yg famous td heheh..... tapi pakcik le age 46  le.

BERKUAT KUASA HARI INI

GULA NAIK 25 SEN ( RM 1.90/kg )

DIESEL NAIK 5 SEN ( RM 1.75 sen )

LPG NAIK 10 SEN    ( RM 1.85/kg)

PETROL RON 95 NAIK 5 SEN ( RM 1.85 seliter )

PETROL RON 97 diapungkan mengikut pasaran terkawal


gula paling tinngi naik 25 sen. xkisah umah aku jarang guna gula. tapi bagi orang lain camna lak, kuih raya tahun ni mesti naik harga kan, kuih2 bulan puasa pun sama. peniaga makanan n minuman ambik kesempatan naik harga lak,

jom senyum ramai2....


Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyum, kemanapun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.

Senyumlah, supaya alam turut tersenyum kepada anda.

Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak, ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melihat orang jatuh, kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya, dirasakan hari hujan.  Dibawanya gelak pipinya,dirasakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan, jangan berjalan tanpa mempunyai maksud, jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu, jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal, dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.


Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis? Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
 

BAJU MURAH VS BAJU MAHAL?????


nie baju murah yang aku beli kat bundle RM 15
Kat bundle bukan semua baju terpakai ye, aku kalau pilih baju kemeja kat budle mesti cari yang baru. korang ingat baju kat bundle tu semua baju terpakai ke. xlah kat bundle ada baju yg reject sikit2. kilang kan perlukan kualiti, padahal rosak sikit je padahal xnampak sangat pun, dah termasuk dalam reject ye. so jadi le baju bundle hehehe. sepupu aku buka kedai bundle, so kitaorang akan p cari kat kedai dia le. harga murah je dr rm 5 je untuk t-shirt tangan pendek, tangan panjag rm10, kemeja rm 15. macam2 le ada. nanti aku buat priview pasal kedai bundle nie ye. sekarang nie tuan punya kedai sibuk buat persiapan pernikah untuk awal bulan 8. nie antara usahawan muda yang berjaya tau, aku respect kat diaorang. muda2 lagi dah berjaya.

 
 kalau korang nak beli secara online pun leh gak. masuk dalam facebook Mimik cole ye atas tu cover depan dia nye fb. aku suka p kedai dia terus banyak pilihan. ada baju lelaki gak.









 nie pulak baju yang mahal aku beli brand pe thah nicole, aku dah le xkisah sangat pasal brand, tah camna lak terbeli harga dia RM 79.90 mahal kan. ciss kalau xdak sale aku takan beli untuk baju camni dah le biasa je dia punya desing camna ler leh tersuka lak masa dok kat butik tu. maybe sebab dia tulis sale 70% buat aku nak beli. lepas sale pun mahal gak rm 24. bila dah balik umah tengok baju nie balik rasa cam nyesal lak. padahal baju camni  aku dapat 2 pasang kalau beli kat pasar malam or kedai lain. apa ada pada brand kan. orang xdaknye tanya ko pakai brand pe, xnampak pun brand pe coz dok kat belakang leher kan.



p/s: yang pasti aku memang sesuai ngan baju murah n xdak brand coz lebih selesa. baju branded nie kan kain dia tebal, ner sesuai ngan cuaca m'sia yang panas kan.

bersederhana.....cukup ka ????


Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.

Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.

Jangan terlalau boros mengelurakan pendapat, sederhana memulai atau menjawab.

Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.

pagi jumaat....i like...

esok akan bercuti, cuti2 malaysia....ye le 2.....mak aku cakap nak g perak umah pak menakan aku, leh  request makanan sedap2 nie huhuh dah lama dia ajak p. tapi xtau le akak aku nak p ke tak.....

Thursday, July 15, 2010

mari berpantun....

AYAM BERKOKOK DI ATAS BATANG,
AMBIK GALAH TOLONG JOLOKKAN.

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA KENA MAKI.

PECAH GELAS PECAH KACA
TAK NAK BALAS JANGAN BACA.

KURA-KURA DALAM PERAHU,
PURA-PURA JE ADA PERAHU

SUDAH GAHARU CENDANA PULA,
SEMAKIN GARU SEMAKIN GATAL PULA.

TAN TAN TUT,KELADI WE WE
KAK ESAH, KAU KENTUT SAMBIL SENDAWA?

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN
KAK ESAH TAK HENDAK, PAK CIK LAGI X HINGGIN.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
SAMA2 JAWAP BATANG KELADI.

KATA DULANG PAKU SERPIH,
JAWAP PAKU DULANG TU HAMPEH.



P/S : sumber majalah ujang 2002

tengok aku jumpa pe....

majalah ujang lama nie bulan April 2002. mak menakan aku dok simpan2 umah dia jumpa buku2 lama. aku dok belek2 dalam majalah nie ada pe yg menarik leh kongsi ngan korang. untuk sape2 yang xtau majalah ujang nie adalah majalah lawak antrabangsa k. en3 seterusnye aku akan selitkan apa yg ada dalam majalah nie.

cam dalam peti ais je nie....

Tangan aku cam nak beku je, tadi bos aku call suruh draft  surat pun, cam xleh nak gerak je, lambat benor nak menulis pe dia cakap. masa untuk p pasar malam dah hampir, cuaca gelap je. tunggu aku abih membeli dulu baru ujan ye.....heheh...

saudara2 sekalian..........sila baca ye......


Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.

Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja, sementara sedekah kepada kaum kerabat itu bererti dua sedekah, iaitu bersedekah dan mengutamakan hubungan persaudaraan.

Di sana ada tiga jenis saudara, saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya, saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebarang kebaikan daripada anda.

Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.

Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.

Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan

Saudara yang besar menjadi pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara yang lelaki menjadai pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.

Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.

Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.

malam nie pasar malam...sukanyeee.....

aku memang suka p pasar malam coz ada macam2 makanan, tapi aku p pasar malam petang2 le . time lapar camni la yang buat aku teringin nak makan macam2 hehehe....tapi perut aku bukan leh makan banyak2 pun. xpe2 nanti makan makanan merapu dulu baru makan makanan berat. kalau aku hadap makanan berat dulu comfim aku xsentuh dah makanan lain.  kan dah membazir. rindu arrr kat buah anggur, aku suka makan buah anggur, buah lain xlayan sangat, maunye berminggu2 baru nak abih kalau buah yg aku xsuka. last2 buah tu jd tawar je. duit aku akan habis bila p pasar malam je. ari lain aku xguna duit sangat pun huhuhu....harap2 jangan le ujan masa aku p kan.



buatmu sahabat.....


Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.



Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.



Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.



Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.



Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.



Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.



Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.



Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.



Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.



Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya, sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.

Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.



Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.



Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.



Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.



Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.



Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.




Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

tunjuk perasaan ke nie kat JPN....???

Tadi masa aku p bayar bil2 office, aku singgah le ambik ic baru aku sekali, xsuka tol gambar ic baru,...waaaaaa...seumur idup kena guna ic tu, aku masuk kat dalam pejabat jpn, uikss.... ramai tol orang, orang india lak tu ramai, depa nie nak buat tunjuk perasaan ke datang ramai2 nie. aku pun p la kat kaunter ambik no. sempat gak tanya awat ramai sangat nie arini???? kerani tu cakap orang kawen. aku lak terfikir2 lagi awat kawen kat cini lak ek. xpe lah aku p cari tempat duduk dulu, nak dok kat mana nie penuh orang india. akhirnye aku menyelit tepi orang melayu le kan. aku memang xtau pun, yg selama nie kalau orang india or cina kena datang kat pejabat pendaftaran negara kalau nak kawen .aku baru terperasan siap ngan baju pengantin lagi depa pakai bunga xbunga semua ada le. saudaramara pun ramai gak yg datang. korang tau ke fungsi JPN??? selama nie aku ingat untuk buat ic je n daftar kelahiran n kematian je. yela datang pun time buat ic zaman kanak2 dulu, kali ke dua masa semua org kena tukar jadi mykad. so xpernah terserempak ngan orang nak kawen. tu pasal xtau heheheh....

korang ada cita2 tak ???


Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.



Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.



Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.


Bila dasar suatu cita-cita bermula, perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.



Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.



Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.



jangan engkau kecilkan cita-cita engkau, kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan, kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.



Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.

Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.  
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga, melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
 

penat + lapar

aku baru balik office je dari pagi tadi kuar, xsempat nak tengok blogku....baru sekarang berkesempatan....kat atas jalan tadi dok ingat blog je....ada cite menarik yg aku nak cite kat korang,....nanti aku cite nak makan dulu lapar arrr....huhuhu jemput makan semua....: )

Wednesday, July 14, 2010

ati aku dah lega cikit....

rase lega cikit, dah dapat jalan kuar...harap semuanye ok le kan, nak tido......gd nite................................zzzzzzz

menghindari lebih baik dr mengubati....

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

korang tau x pe tu SUHAKAM.....

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap Hak Asasi Manusia di Malaysia.
Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah :

  1. Hak untuk bersuara
  2. Hak untuk bergerak
  3. Hak untuk berhimpun.

tolong le bagi kerjasama- banci 2010

 gaya cam aku lak pembanci tu huhuhu....aku dengar kat radio ada pembanci tu dok cite org ramai xnak bagi kerjasama. sian kat pembanci2 kan.....


Banci ialah kaedah pengumpulan maklumat penduduk melalui kiraan Ia dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu kawasan.

jauhi kejahatan...


Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.

Orang yang membenarkan kejahatan, beerti sudah berbuat jahat.

Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.

Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.

Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.

Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

apasal lak jangan ek ????


Jangan sekali-kali berputus-asa, tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.

Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu.

mataku pedih,ati aku pun......

Aku dah pedih mata nie. ngadap lappy lama sangat ke, mungkin tidak.....maybe disebabkan sifat buruk ku yg suka menangis. apasal le jiwa aku terlalu sensetif........apa yang perlu aku buat ek. dah bosan amat nie. bila ada masalah je aku akan nangis......dunia belum berakhir kan. aku mesti kuat.......

islam itu indah....


Maksud Islam ialah memperbaiki manusia, supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.


Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara. dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.


Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal. Amal adalah buah daripada iman.


Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.

Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
 

punca penceraian????

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan.

“Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin).

Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.

Tengku Asmadi berkata, sikap berterus terang, termasuk menjelaskan sejarah cinta lama masing-masing sebelum bersatu dengan pasangan yang dinikahi menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.
“Dalam kehidupan sekarang, kita tidak nafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan orang lain. Ada kes, ketika bersatu sebagai suami isteri barulah rahsia sebelum ini terbuka.

“Ada suami berasa tertipu apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada dara lagi pada malam pertama dan apabila suami tidak boleh menerima kenyataan, tercetuslah pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian,” katanya.

Berselindung di sebalik perbuatan baik ketika di alam percintaan juga boleh menjadi punca perceraian di kalangan pasangan baru berkahwin.

“Ramai pasangan bercinta berlagak baik demi menarik perhatian si kekasih. Apabila berkahwin dan duduk serumah, perkara negatif yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan tiba-tiba kelihatan, menyebabkan timbul rasa jelik atau benci.
“Ketika ini perlu ada kesediaan menerima pasangan seadanya kerana sebelum berkahwin kita melihat nilai positif di dalam diri pasangan, jadi kenapa selepas berkahwin kita tidak boleh menerima keburukan pasangan. Hargai kekurangan yang ada dan pada masa sama berseronoklah dengan persamaan yang wujud,” katanya.

Tengku Asmadi berkata, ketika awal pernikahan, cara berkomunikasi memainkan peranan utama dalam menentukan kerukunan rumah tangga berkekalan.

“Perlu diingat, setiap orang tidak suka jika sentiasa dipersalahkan dalam apa jua perkara. Justeru, amat penting pasangan yang baru berkahwin bersama-sama mengubah kekurangan diri dan berjanji untuk menjadi yang terbaik. Berilah masa kepada pasangan untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman.

“Bagaimanapun, ada pasangan yang tidak dapat menerima kekurangan ketara pada pasangan sehingga membawa kepada perceraian pada awal usia perkahwinan. Misalnya, suami yang selama ini dirasakan mampu membimbing ke arah kebaikan berubah sikap tidak seperti diharapkan atau ada suami yang langsung tidak memberi nafkah.

“Ketika itu, pasangan perlu bersikap rasional demi mengelakkan perceraian kerana kita tidak boleh berputus asa terhadap mahligai yang dibina kerana perceraian adalah perkara halal paling tidak disukai Allah,” katanya.

Selain itu, pasangan muda sering dikaitkan dengan darah muda atau tidak sabar sehinggakan perkataan cerai mudah dilafazkan tatkala berlaku perselisihan faham kecil.

“Pesan saya, perkataan pertama yang perlu dipadamkan terus daripada fikiran seorang suami ialah cerai kerana ia menandakan anda sememangnya ingin memberikan komitmen penuh untuk menjayakan sesebuah perkahwinan.

“Pasangan muda sekarang tidak nampak impak perceraian kerana mereka tidak memikirkan soal tanggungjawab, selain tidak mendalami ilmu pernikahan sehinggakan mereka berani mempermainkan perkataan cerai itu sendiri,” katanya

Tengku Asmadi berkata, modul kursus praperkahwinan yang ada untuk bakal pengantin diteliti semula dengan menekankan pelbagai elemen baru terutama yang membabitkan ilmu rumah tangga.

“Lebih elok jika tempoh kursus dilanjutkan supaya bakal suami dan isteri dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang diajar benar-benar berkesan di hati,” katanya.

INFO: Punca perceraian pasangan muda


Jahil ilmu rumah tangga

Gaya hidup moden yang banyak menjurus kepada masalah sosial

Belum bersedia menjadi suami isteri

Gagal memahami dan menghargai pasangan

Menyembunyikan sejarah silam

Masalah komunikasi

Kurang pemantauan daripada keluarga dan orang tua

Kurang masa berkualiti bersama-sama

Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan.

ini benar2 le.....



Benar jadi berani. (pepatah China)

Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)

Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)

Benar tidak akan melukakan orang yang memberitahunya. (Chamberlain)

Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)

Wahai saudagar! Ambillah yang benar, nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina Ali)

Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).

Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).

Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
 
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)

Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)


Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka). 

Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
 

lagu untuk aku ke???

apasal lak ada lagu camni time sekarang kat radio hot f.m selalu xpernah dengar pun lgu nie....sedih tol dengar lagu nie. macam kena je ngan situasi aku... tajuk pe xtau le pertama kali dengar....

Newer Posts Older Posts Home