Pages

Saturday, July 10, 2010

KAWAN2 BLOGGER - TOLONG...

Aku nak join geng blogger nie yg cam logo kat atas tu. dah try masuk, tapi xjumpa pun tempat untuk daftar, yang ada untuk daftar FB. kalau kita dah daftar mesti le kena copy cod logo untuk letak kat blog kan. so benda2 tu semua aku xtau n xjumpa pun. aku klik logo tu kt blog org lain untuk masuk pages geng blogger. tp still xjumpa untuk daftar pun. sape2 yang tau tolong ajar ek....TQ

SAKIT GIGI

ubat pe yang berkesan ek untuk sakit gigi. aku baru sakit gigi sejak minum milo ais malam bila thah. kena ais je lagi sakit. gigi sensetif sejak bila lak nie.,....ada cadangan tak ????? lepas solat asar nak tido jap....manjakan gigi...huhhuhu

cara berhenti hisap rokok

Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.


Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

buah2


Buah yang dipotong berubah warna:-
  • Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya.
  • Boleh juga mencelupkan buah-buahan tersebut dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya, ia juga menambahkan rasa manis pada buah-buahan tersebut

nasi hangit....

tak sedar le plak aku masak nasi, dok cbuk blogwalking sangat huhuhu....sape suruh masak dapur gas sangat. padahal ricecooker ada, lupa nak guna heheheh..... lebih baik aku cepat2  basuh peruk tu sebelum mak aku nampak, kalau x memang kena bising arrr.... n satu lagi kena buat nasi goreng yang sedap hehehe.... bodek huhu. mak aku mesti dah kenyang makan kat sana. aku sorang je, xmakan pun xkisah.....sebab dah makan cucur pagi tadi. cucur tadi pun hangit gak heheh...ngadap lappy sangat, api lak kuat 2 pasal hangit. bahaya tol le aku nie. kalau mak aku ada, aku xbuka pun lappy pagi2 dok umah. dah settle keja umah petang baru aku buka. arinie curi tulang, dasar pemalas tol huhuhu....

xtau nak masak pe...???

Aku ada ikan pelotan dalam peti ais, tapi xtau nak masak pe. ikan nie selalu mak aku masak gulai baru sedap. tapi mak aku xdak lak arinie, aku le kena masak tapi aku punya gulai xsedap kena mak aku gak buat baru sedap heheh....kalau ari cuti memang aku kena masak, nak masak pe ek ngan ikan nie. dah le aku xberapa suka makan ikan.......aku buat nasi goreng le senang. malam nanti makan kat luar huhuhu....akak aku ajak tido umah dia, lama gak x jalan2 kat batu ferinngi. jom lepak batu feringgi...............

Friday, July 9, 2010

buzy nie.....

tengah buzy nie,........xleh nak tulis en3 lg. tapi tulis skit je, ramai tol orang kat aspo arini, tengok dari luar je, aku p kedai buku tadi. penat nie......kat bank banyak lak keta, aku jumaat petang selalu p awal. lambat2  memang ramai org.....ok nak isi borang tabung haji sat my bingboss punye. kitab pun lum siap susun g nie.

APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE - Haram

Baru kol 12 aku dah lapar, makan snek dulu la. kol 1 baru leh balik makan.....cepat le kol 1. lagu pe lak dok bunyi nie. aku ada stok makanan ringan kat office hehehe jom makan Apollo- choco peanut bar. nie stok makanan aku huhuhu. tapi aku baru terbaca kat forum pasal makanan apollo haram. alamak!!!!!!! korang baca kat bawah nie aku copy dari forum tu.

Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran
Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan
seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan
di
TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.

Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk
anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product
Apollo
setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh
parents kepada birthday girl/boy tersebut).

Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat
TV..kalau
tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?

Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE
yg
plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu.
Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera
pada
pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga
suka
membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.

Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya
&
keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi
Emulsifier
471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur ****.. Astaghfirullah...
Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya beristighfar, kerana
anak2 saya sudah memakan cake tersebut.

Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO
HARAM
DIMAKAN !

Saya sertakan SCAN FILE pembungkus APOLLO yg saya maksudkan... Maaflah
kerana Black & White kerana saya x ada scanner kaler.

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama
supaya
memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan
saja
Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product
keluaran
APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg
sama,
bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus
APOLLO
tersebut...

Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan
dosa2
kita yg telah termakan benda haram ni...

menjamu selera di Sungai Dua Charkoayteow.

Lokasi yang berhampiran dengan Highway Utara-Selatan memudahkan anda untuk singgah restoran ini hanya mengikut susur keluar ke Sungai Dua, Butterworth anda akan temui. Bagi anda yang dalam perjalanan jauh apa kata singgah sebentar berehat sambil menjamu selera di Sungai Dua Charkoayteow. ayat promote dr tuan kedai ye. kedai nie buka kol 5 petang.



Nie singbord kedai dia, yang penting ada tulis TELUR AYAM DIBASUH.......ari sabtu lepas aku p makan, memang selalu gak makan c2, lagipun dekat ngan umah, yang penting sedap. jom tengok depa masak camna



Berapi nie la yang buat char koay teow bertambah sedap heheh..




ok siap masak leh makan, nyum2........sedap nie, rugi xcuba


makan ngan cabai jeruk lagi sedap, aku mesti cari cabai nie kalau makan char koay teow.

alamak terlebih garam lak...




    Masakan Termasin
     
    Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
    1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.

    2.Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya

    pagi jumaat yg cerah


    Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)

    Syeikh Ismail menegaskan, banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.

    “Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.

    “Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah,” katanya.

    Thursday, July 8, 2010

    milo ais yang sedap

    Dahaganye malam nie, tiba2 rase nak minum milo ais. selalu air kosong je. jom minum milo ais.


    harumnye.....


    Mengharumkan Alamari Pakaian


    1.     Cara yang paling mudah dan menjimatkan, ialah dengan menggunakan kulit limau. Balutkan kulit limau dengan kain. Untuk mencantikan lagi, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian.


    2.     Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.

    SORY....???

    Aku dah rase jemu le ngan ko. boleh x aku pilih yang lain. dulu memang le aku suka ko, tapi arinie tiba2 aku rase dah xsuka ko. ko jangan marah ek, maybe arinie je aku rase cam2. sok2 kalau aku suka ko balik aku pilih balik ko ek. ko jangan ambik ati lak ek. memang selama nie aku setia ngan ko pun kan.....

    eh nape ko buat xtau je kat aku nie
    ko marah ek
    .....
    ......
    AKU MINTA MAAF SANGAT NIE
    aku xpilih ko arinie


    SORY EK
    '...
    BIHUN SUP  hehehehh...........

    aku suka baca petua n amal

    korang perasan tak kat blog aku selalu ada petua2.  macam mak nenek tol aku kan, aku memang suka baca petua2 nie. so bila aku baca petua2 nie semua, aku rasa nak share ngan kawan2 yang rajin masuk blog aku. terima kasih ye kerana sudi melawat blog aku.  sambil tu jangan lupa klik iklan nuffnang heheh. firtime dapat iklan seronok gak, jakun tol kan aku huhuhu..kawan2 tolong le klik kat iklan nuffnang tu ek kalau ia muncul, sekejap iklan tu muncul, sekejap x, aku kurang arif ckit pasal nie semua.


    Jom tengok petua pe lak kali nie :


    Ulam Pegaga
    Bagi anda yang inginkan wajah yang sihat dan berseri. Cubalah petua ini. Ambil beberapa pucuk pegaga dan makan bersama nasi sebagai ulam. Amat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan.


    Menghilangkan Pahit Ulam
    • Rebus ulam bersama daun keduduk. Apabila ulam sudah masak, keluarkan daun keduduk tersebut. Toskan ulam dan hidangkan dengan sambal atau pencecah yang anda gemari.
    • Rendam pucuk mengkudu dengan air dan garam selama beberapa minit. Kemudian bolehlah dimakan bersama nasi atau dibuat kerabu.

    awat ramai sangat polis kat bank ????

    Masa atas moto tadi ati aku berdebar2. nape lak nie, selalu xcamni pun.... xpe abaikan dulu cam biasa naik atas bank setlle keja. dah setlle turun bawah, eh ada polis kat bawah lak.......ada kes pe lak nie. ada kaitan ngan ati aku yang berdebar2 tadi tu ke.....yaallah jangan le ada perkara buruk berlaku.....jom tengok ape yang berlaku kat bawah nie : suspen tol aku ...

    ?
    ??????
    ???


    ?


    .........................
    haa tu polis2 tu relax je tercegat kat mesin atm..aku pun tengok mesin atm, pe hal ok je... biarlah kat polis tu, aku nak guna mesin atm cek duit sepupu bank in kemarin....haa duit xmasuk pun, biar betol kata kemarin bank in xdak pun. eh en polis belakang aku, escod aku ke, acc aku xpernah ada duit pun heheh...jangan nak perasan dia escod aku ye, dia nak guna mesin atm gak hahahah......tadi masa xdak sape guna depa buat xtau je, bila aku guna berderet lak beratur belakang aku.  takut aku tengok duit depa le tu, 2 pasal tunggu aku guna dulu huhuhu...

     aku kuar bank ngan muka heran nie, terfikir2 apasal duit xmasuk nie...kat luar pun ramai gak polis, tapi nie polis muda2 lagi, malu le nak tengok heheh...thah ape2 tol aku nie.  cepat2 p kat moto aku, thah2 ada polis ensem rugi tol xtengok tadi, aku memang malu ngan laki pun, 2 pasal aku xtengok laki sangat, padahal depa pun xtengok aku kan huhuhu.. jangan le moto aku buat hal xleh idup lak, ramai nie mamat polis, malu beb kalu xleh start enjin moto pas tu nak kena minta tolong orang lak. dulu moto aku suka buat perangai cam2 tau, buat malu aku tol. sampai aku leh kenal ngan sorang mamat ensem yg baik ati tolong aku, padahal aku malu amat nie minta tolong kat lelaki. alhamdulilah selamat ko baik moto, xbuat perangai lama. sayang ko.

    nak sambung pasal polis tadi balik k. masa aku nak pakai helmet aku pun sempat le dengar depa dok cakap2,  kepoh tol aku sibuk nak dengar gak pe depa cakap. rupe2 yang ramai2 kat bank nie mai cek gaji le kat atm, tapi muka sorang2 hampa, duit diorang pun xmasuk lagi le. hahaha so aku pun dah leh agak nape duit kat acc aku pun xmasuk, kemarin kan cuti, pagi nie bank xsempat nak clearkan lagi, 2 pasal semua orang duit xmasuk lg. lagipun awal pg lagi.....

    Polis2 nie selalu je aku jumpa, depa jaga kawasan c2. kawasan nie banyak bank......so merata tempat je diorang ada. tapi ati aku still berdebar2  lagi, kenape nie??????

    jom halau semut...

    salam semua, jom2 aku nak cite pasal semut nie. semua orang kenal semut kan? umah aku pun ada semut gak, apa yang manis sangat aku pun xtau le, sampaikan air kosong pun dia nak kerumun, sampai mati dlm air le. mati dalam gula memang patut le kan.

    aku xtahan lagi ngan semut nie, air kosong aku pun ko nak gak. air manis lg le ko nak kan.

    aku nak halau ko dari umah aku, cepat kuar dari umah aku heheheh.... 








    Menghalau Semut

    1. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.    
    2. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
    3. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu
    4. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
    Menghindarkan Semut di Pokok Bunga
     

    Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.

    Menghindari Semut Di Teko
    Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.

    Wednesday, July 7, 2010

    jom langsing tanpa makan ubat

    Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
         

           i.     Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai   agar kaki tidak melecet dan sihat
          
          
    ii.    Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk   
                  beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif
         
           iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
         
           iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
                Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
          
           v.   Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
                Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

    SMS RM 0.50 UNTUK GAZA


    Rasenye aku lum terlambat untuk buat kempen sms untuk GAZA.  ari2 kan dah ramai orang buat n ari nie aku baru aku buat, aku  baca dr blog en ben. memandang gaza memerlukan bantuan sepanjang masa so aku buat le en3 untuk mengigati balik pasal sms rm 0.50. lagipun  ngan cara sms nie lagi mudah n semua orang mampu termasuk le pelajar2 ipt kan. duit ptptn dah masuk n gaji pun dah dapat kan. so sekarang mesti kredit hp penuh kan. mari le kita sama2 menghulurkan bantuan yang xseberapa nie.
     kalau suruh p berperang memang xmampu pun.

    Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS  “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

    Beliau berkata kutipan daripada setiap SMS yang berharga 50 sen buat kempen anjuran Aman Malaysia itu akan didermakan kepada penduduk Gaza yang disalurkan menerusi Kementerian Luar.

    Khairy berkata kempen SMS itu juga bagi menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan regim Zionis menyerang Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian bagi penduduk Gaza.

    hujan yang turun....

    ingat nak tulis en3 pasal oren, tapi rasa malas lak, rase ngantok nak cover tido yang semalam. hujan2 nie tido pun best gak  nie. nak layan tido dulu lah,...petang nanti ada cite pe lak ek. aku layan cite korea je malam nanti kat 8tv.

    mari dekat...mari dekat

    Cepat mai tengok nie mak aku buat pe nie.... mari dekat.....mari dekat... korang ingat x iklan pe nie ????

    mak aku punya le terpengaruh ngan iklan nie, siap pesan beli mayonis lady's choice lg hehehe.....nak buat telur dadar tambah mayonis enak, lembut n berkrim. tengah ari nie xmasak pun, makan gulai semalam banyak lagi, ikan bawal yang sekor tu pun xabih2 g. so makan yg tu je n telur dadar, jangan membazir k. tggal berdua je, xkisah sangat makan huhuhu. kat umah aku nie kalau ikan memang susah nak abih, sampai mak aku bising2 le ikan sekor pun xlarat nak makan,  last2 bagi kat oren je, selamat ada ko oren, kalau x memang le aku kena marah, sebab xabihkan. oren nie kucing yang menumpang kat umah aku, bukan aku bela pun.

    nanti aku nak cite pasal oren leh baca blog aku.....????? masa bila lak ko leh baca en3 yang aku tulis kat blog psl ko  nie oren, aku pun tertanya2 gak nie heeheh.....tunggu ye en3 seterunye pasal oren.



    gambar nie aku google, yg mak aku buat dah terngap baru teringat nak ambik gambar heheh

    budak2 punya hal....

    Hari nak hujan cepat angkat kain dijemuran.......aku le tu kena p angkat baju. aku dok kat dapur tadi, dengar anak buah aku dok cakap2 ngan kawan2 dia. anak buah aku tu nakal ckit ek,  semua geng dia kena dengar cakap dia, xpadan ngan budak darjah 1 tu, suka buli orang huhuuhu....padahal ada lg budak2 yg besar dari dia, depa pun ikut gak cakap dia. korang nak tau apa yang aku dengar tadi......meh nak cite skit...

    sape kentot nie......
    aku x..
    bukan aku le
    busuk tol, cepat ngaku sape

    mesti baba nie
    ????????

    ha la mesti baba yang kentot
    korang tau baba tu jawap pe???

    .....................................
    .>>>>>,,<<<<<<<<<
    ''
    !
    baba tu xreti cakap le
    so dia xkata pe pun bila depa tuduh dia
    aku rase baba tu bukan faham pun
    kawan2 dok kata kt dia

    hahahhah

    BERMALAS-MALASAN DI RUMAH...



    Semalam aku tido lambat kol 2 lebih, tapi lepak kat blog sampai kol 1 je. kononye nak masuk tido le kol 1 tu, tapi xleh lena lak, terlebih had time tido, kan selalunye kol 10mlm aku dah tido. memang tido xlena pun semalam, sampai ke pagi, asyik terjaga je, tunggu bila nak pagi. bangun pagi dah le sunyi sepi, selalunye subuh2 lagi umah jiran aku dah riuh rendah, depa dok masak untuk niaga, tapi xdengar pe pun, rupa2nye jiran aku demam tu pasal xniaga arini. 

    Dah kol 9 still sunyi gak,  aik takan aku sorang je yang buat2 cuti nie, orang lain cuti x nie. suara anak buah aku pun xdengar, ceh tido lagi rupanye budak2 tu,  kol 10 baru mai main kat area umah aku, so dengar  le suara bising depa sekarang. yang pasti bank tutup arini tu yang bagus heheh..aku dah tanya siap2 kemarin. nak tau nape aku suka, ye la buatnye bank xtutup, xpasal2 aku kena p  bank hal keja. harap2 xdak sape yang call aku suruh datang office arini, mentang2 umah aku dekat ngan office ari cuti pun aku kena lari p sat. aku pun satu hal lak xreti menipu, orang call ari cuti aku p je, xreti nak bohong cakap xdak kat umah. tau2 je lah kalau ari cuti dok kat umah aku suka buat keja umah dulu n bermalas-malasan kat umah. ada orang call nak datang, terpaksa le pulak tukar2 baju, siap2 lagi perempuan le katakan lambat, padahal aku p jumpa depa xsampai 10 minit pun dah setle. cara yang bagus jangan angkat cll bila cuti heheh...

    DOA KETIKA WUDUK


    1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
     
    Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
    2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
     
     Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
    3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
     berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
     
     Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
    4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
     janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
     
    Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
     daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
      
    Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah
     dosa telinga ku ini"
     
    Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..
    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
     
    Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
     
    Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah

    happy bangat nie....

    Akhirnye iklan nuffnang aku muncul gak semalam . sebelum nie kan asyik errors je, sampai aku putus ase le kat nuffnang nie. semalam  tergerak ati nak cuba lagi. sekali pasang unit iklan dia dah ok, xdak kuar error g. pas2 aku buat en3 baru view blog aku tengok dh ada iklan, seronok sangat nie. almaklum le firstime dapat iklan heheheh.....kawan2 tolong klik ye. terima kasih. tapi aku confuse skit kadang aku buka ada, kadang2 xdak lak. kalau ada korang klik ye. aku pun bukan faham sangat pasal iklan nie. nie pun aku buat blog main2 cuba je nie. tapi best le dapat kawan2 baru n leh dapat macam2  maklumat. sesuai sangat le ngan aku yang jarang kuar umah hehehh....

    DAH KOL 1 RUPENYE.....

    Rase cam malam minggu lak tido lambat, sok kan cuti 2 pasal aku leh ada lg time camni, selalu dah dalam mimpi nie. ngantok2 nak tido. gd nite.....

    RENUNGAN BERSAMA


    Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

    Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

    Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

    - Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
    - Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
    - Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


    Maka inilah balasannya.

    Tuesday, July 6, 2010

    minyak sakit kepale yg berkesan

    Semalam aku termis lak episod pertama my fair lady, sakit pale teramat  sangat, malam nie baru  tengok, memang kronik ar kemarin sakit pale, sampai terketar2 badan.  sebabnye aku berjalan masa datang keja after lunch. padahal aku guna payung tu. tapi kemarin memang panas sangat. dalam payung pun rase pedih muka bahang panas.  abih time keja aku nak balik jalan pun dah xlarat, selamat akak sepupu aku datang ambik. kalau x aku nak tido je kat office sampai ok ckit. dah sampai umah anak buah aku ikut aku balik, apa lagi aku suruh dia picit pale,  mak aku bagi minyak angin cap lang botol kecil je, minyak tu colour hijau, bau dia kuat gak le. tapi bagus tol minyak tu, cepat ilang sakit pale. kire minyak nie lagi bagus dari minyak cap kapak yang selalu aku guna tu. kalau korang sakit pale cari minyak angin cap lang nie ye. memang bekesan.


    kegunaan lain minyak cap lang :
    Masuk angin, pening kepala, mabuk perjalanan, mual, sakit perut, dan gatal-gatal karana gigitan nyamuk dan serangga.

    petua mengingati sesuatu barang yang terlupa


    MENGEMPISKAN PERUT


    Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....

    MENCARI ATAU MENGINGATI SESUATI BENDA YANG TERLUPA


    Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.
    Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Cubalah sendiri.

    SELURUH PENANG CUTI SOK


     Best tol sok cuti, mesti ramai yang xtau nie, termasuklah bos aku. tapi aku dah gitau kat dia yang sok cuti umum. dia mesti dok cari dalam kalender cuti apa heheheh... memang takkan jumpanye dalam kalender, coz baru je di umumkan bulan lepas, nasib aku dengar radio time tu, kalau x aku pun xtau gak. dah le aku keja sorang2 kat office ner ada kawan sekerja nak cakap kan. depa yang keja kat site lagi xtau ape2. pasal aku je leh cuti ikut kerajaan. depa leh cuti ari ahad je. syarikat swasta selalu xdapat cuti umum, contoh tempat keja akak aku comfim xdapat cuti hehehhe...

    kenape cuti umum sok ek sebabnye Hari Ulang Tahun Pengisytiharaan Tapak Warisan Dunia (George Town)

    jom baca info

    Kita sangat berbangga dengan pengiktifaran George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang telah diumumkan oleh UNESCO pada 7 Julai yang lalu. Pada 25 hingga 27 Julai 2008 yang lalu kita telah meraikan kejayaan tersebut dengan mengadakan sambutan pengistyiharaan tersebut. Pengiktifaran ini merupakan kejayaan atas usaha dan komitmen semua pihak agensi-agensi kerajaan, NGO warisan, profesional, akademik yang berkaitan dengan warisan dan penduduk George Town umumnya.


    nie buktinye kat bawah tu kenape penang dapat cuti hehehhe... eh 10 julai pun cuti umum gak,  xpeduli sangat sebab ari sabtu memang aku dah cuti pun huhu. baru aku teringat aku dah siap2 iron baju utk 5 ari, terlupa lak yg keja 4 ari je minggu nie. xpe2 simpan utk nekweek lak.






    2.  HARI KELEPASAN AM (NEGERI) PULAU PINANG 2010 TARIKH HARI
    Tahun Baru 2010 1 Januari Jumaat
    Hari Thaipusam  30 Januari Sabtu
    Hari Ulang Tahun Pengisytiharaan Tapak Warisan Dunia 7 Julai Rabu
    Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 10 Julai Sabtu
    Hari Nuzul Al-Quran 27 Ogos Jumaat

    Newer Posts Older Posts Home