Pages

Friday, July 2, 2010

nyayian katak.....

tiba2 je malam nie aku leh lak lepak kat blog, selalu dh tido time nie. nak cari lagu masuk dlm blog aku sebenarnye,xjumpa2 lagi. potong stim tol le katak2 nie dok bising pgil ujan, last2 aku dgr suara katak je kat luar.
masuk tido lagi bagus.,,,,korang dapat bayangkan x,sekumpulan katak tgh nyayi. smpai bunyi lain pun aku dh xdgar, suara katak2 tu je dgar.

nyamuk pe lak nie????

Tangan aku dah gatal2 nie, tergaru2 sambil menaip lak nie. nyamuk spesis pe thah kecik je dok gigit aku, nyamuk nie aku kena masa kat umah bigboss aku. apasal siang2 ada lak, selalu aku p xdak pun. maybe sebab hujan pagi tadi kot. hujan2 nie bahaya gak ek air bertakung dalam longkang. nyamuk aedes suka membiak. kepada semua aku sarankan cek kawasan rumah anda k, kalau ada air bertakung sila buang k.


nie le rupa nyamuk aedes yang aku google. yang tadi menggigit aku xtau nyamuk pe.

HARI CUTIKU....yg buzy


Esok hari sabtu kan, aku dok planing nak bangun lambat sikit,  kot2 le hujan cam pagi tadi, lagi best le kan hujan pagi2 time cuti.. tadi masa aku dok makan tenggah ari mak aku pun bersuara kat aku n adik aku.  sok bangun awal p tolong masak kat umah akak sepupu aku, dia nak buat makan2 untuk birthday anak dia..baru terfikir nak bangun lambat, dah kantoi.  xpe2 ari ahad ada lagi.  lepas makan aku pun p lepak2 depan tv sat,  sementara tunggu nak solat zohor.  adik aku lak buat ayat best kat aku, sok kita buat kimbap ek. oh no selalunye bila sebut kite 2,  maksudnye aku sorang je yang masak, depa tolong skit2 je. korang tau x kimbap 2 ape?? sepe2 yang minat cite2 jepun n korea dah tentu tau kan. nanti aku tunjuk camner rupa kimbap yang kitaorang buat k....

penat betol ???

Penat betol petang nie, kalau aku berjalan pun xpenat camni....cuba teka aku naik pe lak petang nie??.5 minit gak le baru sampai n rasa lain lak lama dah xnaik. mula2 memang rase penat, lama2 ok le kan. aku terpaksa berkayuh. korang dah dapat gambaran ke ape yang aku dok cite nie. 'free air' lagi, xdak bumbung.....angin sepoi bahasa.tercungap2 le juga, dengan ayu berbaju kurung hari nie. setiap  jumaat je aku pakai baju kurung. hari nie plak ko nak buat perangai ek moto, tayar pancit lak.

ada sape2 dah dpt jawapan ke ???

aku naik sampan le kan siap kena kayuh cam2

mesti yang nie korang fikir kan2. kan aku dok kat area sungai yang banyak undang galah tu, n terkenal ngan mee udang hehehh....
jom tengok benda pe yang sebenarnye kat bawah tu
***********
*
*
*
*
*
*
*
*


aku naik basikal le petang nie, gambar kat atas nie dah tentu bukan aku, nie tempat simpan basikal bawah tanah yang canggih kat jepun. Rakyat jepun kan suka naik basikal, macam2 jenis tempat simpan basikal depa ada.

camni le rupanye basikal yang di simpan di bawah tanah tadi. mula2 kena scan kad cam gambar kat ats tadi baru pintu leh buka  kemudian masukan basikal kat tempat yang disediakan. canggih kan, basikal disusun secara bertingkat2. comfim xilang dah.

AMARAN KEPADA PENGHUTANGKU.....!!!

 kot2 anak dia terbaca en3 aku nie....

Macam mana aku nak kutip hutang aku nie. aku dah tahap malu nak minta, depa boleh buat dek je, n bagi harapan palsu, sakit ati tol, asyik aku je yang tertindas xadil tol, kalau aku kutip2 balik duit aku leh beli 10 pasang baju raya nie. waaaaa bila le depa nak bayar duit aku balik, bertahun2 dah nie. kalau aku kaya xpe le jugak, masalahnye depa yang kaya dari aku xnak bayar lak......apa yang perlu aku buat ek nak kutip hutang????

AIR BERKLORIN - sakit jantung

 
Apa yang korang tau pasal klorin nie ek, kat m'sia nie semua air  paip yang sampai kat umah kita semuanye mengandungi klorin kan. dulu aku xpeduli sangat pasal klorin dalam air( air still nampak jernih n bersih je ), tapi sejak kebelakangan nie kat umah aku air paip yang mengalir xlagi jernih cam  selalu.. rasenye  klorin je kot PBA bagi,  air paip colour putih susu, memang kronik tol camni, ingatkan dua 3 ari je, nie dah berbulan2 air still camni gak, nak cuci muka,mandi, n masak pun terpaksa gak guna gak air cam2. kalau cuci rambut, rambut kasar je sebab kena air terlampau banyak klorin. ke diorang letak klorin je ek xcampur air????....bila la masalah nie nak setle kan...

 
 SO AKU PUN CARI INFO KESAN KLORIN : JOM BACA
 
Menurut satu kajian oleh Joseph M.Price (M.D) di Amerika Syarikat, klorin yang dimasukkan ke dalam air paip adalah satu bahan kimia yang sangat bahaya. Menurut teorinya, klorin sebagai satu bahan yang sangat aktif bertindak balas dengan fat dan cholestrol menyebabkan ‘plak’ berwarna kuning terjadi dan berendap (deposited) di permukaan arteri-arteri. Endapan ini (atherosclerosis) menyebabkan arteri menjadi keras tidak kenyal (elastic). Arteri-arteri tersebut lama kelamaan boleh pecah ataupun lubangnya menjadi sempit. Keadaan demikian boleh menyebabkan penyakit atherosclerotic atau coronary heart disease dan stroke.

lihat eksperimen ini:
ujikaji ini menggunakan 100 ekor ayam jantan berumur 100 hari. Ayam ini dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu kumpulan dibahagikan kepada 50 ekor ayam. Kumpulan satu diberi air yang ada klorin dan kumpulan ke dua diberi air tanpa klorin bersama dengan makanan mereka. Didapati ayam-ayam yang diberikan air klorin mendapat penyakit plak berwarna kuning (atherosclerosis) di dalam saluran darah (arteri) di bahagian abdomen (abdominal corta).


Bagi kumpulan ayam yang tidak diberi klorin dalam airnya, tidak didapati seekor pun yg mengidap penyakit arteri selepas tujuh bulan. Ujikaji itu menunjukkan bahawa klorin boleh menyebabkan penyakit atherosclerosis iaitu saluran darah ‘arteri” tersumbat.


Lihat apa kata Dr. Price dalam teorinya:
Teori kolestrol dan lemak sebagai penyebab utama sakit jantung belum lagi sempurna. Sebagai bukti orang Eskimo di Kutub Utara tidak mengidap sebarang penyakit ‘atherosclerosis’ atau penyakit jantung sungguhpun pemakanan (diet) mereka mengandungi kolestrol yang lebih tinggi daripada yang biasa. Sebab utama mereka tidak mengidap penyakit jantung ialah mereka minum air salji iaitu air suling yang bebas daripada klorin.
Dr. Price menunjukkan juga bahawa 75 tahun dahulu sebelum adanya klorin dimasukkan ke dalam air minum tidak pernah ada rekod penyakit jantung di Canada dan Amerika Syarikat. Ia mungkin kerana klorin mula digunakan (sebagai ujian) untuk membersihkan air pada tahun 1890 an dan hanya pada dekad kedua dan ketiga (1920) ia diterima sebagai satu ‘ubat’ untuk air minum. Tanda-tanda penyakit atherosclerosis mengambil masa 10-20 tahun untuk menjadi.

Di sini, kita dapat korelasi antara timbulnya penyakit atherosclerosis sejak tahun 1930 dengan pengklorinan air. Korelasi ini susah untuk dinafikan atau pinggirkan sahaja.


Menurut Dr Allen Banik dalam bukunya “Your Water and Your Health”:
Klorin dalam bentuk yang dimasukkan ke dalam air adalah satu bahan toksik yang akumulatif (bertumpukkan).
Dr Price mencadangkan:
Supaya air dibersihkan dengan cara lain seperti menggunakan sinar ultra-lembayung sebagai satu cara yang praktikal, mudah dan murah. Alternatif yang lain ialah dengan menggunakan cara ‘ozonation’ atau penyulingan air. Cara sementara waktu ialah mendidihkan air untuk mewapkan (penyejatan) klorin itu sebagai satu cara untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung.
Cara yang paling dramatik dicadangkan oleh Dr Allen Banik ialah air yang paling selamat daripada bahan-bahan kimia yang mudarat adalah dengan menggunakan air suling. Penyulingan air adalah satu cara sahaja yang dipercayai boleh meninggalkan semua bahan kimia inorganik untuk menjadi air yang tulen dan bersih.
Malangnya, kajian Dr Price tidak dihiraukan oleh media massa. Dr Price mengatakan bahawa kajiannya telah disenyapkan (silent Treatment) oleh media massa.

Thursday, July 1, 2010

SIRAP BANDUNG + CINCAU



Nampak sedap kan sirap bandung + cincau. kalau yang kurang susu memang xsedap rasa cam sirap kosong.  petang nie pasar malam bestnye ada 1 kedai nie je yang jual air sedap. dia jual air je, semua nampak sedap n pekat yang penting sekali sedap. kadang2 kita kita nampak je sedap pas minum tawar je.

kalau rajin leh buat sendiri kat umah jom aku ajar cara buat sirap bandung :

Bahan2 yang diperlukan :

air sirap
susu
cincau
ais batu

cara penyediaan :

Bancuh air sirap cam biasa + susu letak lebih baru sedap then masukan cincau n ais batu. ok siap senangkan

sambungan berjalan kaki

Petang kemarin kan aku ada cakap aku kena balik berjalan, hari ini aku nak cite apa yang terjadi kemarin..sape yang xtau apa yang aku gitau kemarin leh tengok en3 aku terpaksa berjalan kaki.jam menunjukan 5.30 so dengan pantasnye menyimpan barang2 aku untuk pulang ke rumah. disebabkan aku kena berjalan aku ikut jalan shortcut, tempat pertama yang aku kena aku lalui of coz lah umah bigboss aku, lalu kawasan taman dia yang baru siap,...oppsss terpijak lak rumput carpet yang baru tumbuh ngan subur heheh.....sebenarnye aku takut nak lalu c2, bukan pe,sayang kat rumput 2 huhuhu...thah ape2 tol aku kan, ye la takut rumput 2 mati lak kalau aku pijak. kan selalu kat luar taman2 kerajaan selalu tulis jalan pijak rumput.

Tempat kedua Masjid, masa lalu c2 dok beragan kot2 leh dapat terjumpa laki muda yang rajin p masjid, angan2ku ghayalan semata2, mana ada pun aku jumpa kat c2. bigboss aku ada la ari2 sampai petang kat masjid dok mengaji.

Tempat ketiga dewan n pustakaan. selalunye c2 petang budak2 laki suka berkumpul main sepak takro. aku memang bernasib baik xdak sape pun kat c2, kalau x memang segan beb lalu c2.

chekpoint terakhir tempat makcik2 berkumpul, aku dengan leganye nampak hanya ada sorang je tuan umah, yang lain2 xsampai lagi, selamat aku, akhirnye aku sampai umah gak.

Balik umah terus cari timbang, kot2 berat turun masa berjalan tadi, hempeh tol xturun pun, dah le aku xberpeluh langsung, sunguh pelik selalunye aku kuat berpeluh bila panas. sungguh merisaukan. sebelum nie kalau akak aku ajak p joging aku xnak sebab nanti aku berpeluh n xsuka panas. berpeluh 2 baik untuk kesihatan kan??.

Wednesday, June 30, 2010

APA YANG KORANG BUAT KALAU ada masalah ???

Salam petang... tau x camna aku buat nak atasi rasa bosan dalam hidup aku n menghilangkan perasaan remeh temeh yang berlaku dalam hidup aku.

jawapanye dengan tido heheh.... awal2 lagi aku dah set time tido aku, kol 10pm. so masa aku terhad kan time malam, so segala masalah dah xpayah ingat.  masa mula2 kita ada masalah memang kita xleh tido lena kan asyik fikir, kadang2 sampai nangis n rase putus ada ( pada masa yang sama kita xnak orang ungkit balik).

sokongan keluarga paling penting n kalau ada masa baik p bercuti tempat yang sejuk n pemandangan yang indah kat malaysia je heehh, bukan pe kalau kita p tempat yang panas, kita punya feel pun xbest.

kalau yang putus cinta ko dengar je lagu cinta ambik feel je, sebenarnye 2 latihan untuk kekuatan diri untuk pulihkan diri ....ye ke?....apa2 pun korang tray je dulu.

sibuk kan diri ngan aktiviti yang berfaedah, apa kata korang belajar pekara baru, just untuk isi masa lapang n boleh hilangkan stress.

dekatkan diri pada allah, mengaji, zikir n solat sunat. kalau xleh tido zikir.


then hasilnye sekarang semuanye dah ok...


SELAMAT MENCUBA \(*.*)/

aku terpaksa berjalan kaki : (

Petang nanti balik keja aku kena berjalan kaki balik umah, waaaaaa......penat arr kena berjalan. moto aku adik aku guna lak. kalau nak ikut bukan aku penat pun berjalan sebab dekat je. yang sebenarnye aku segan nak kena lalu dekat umah orang segan kat cini maksudnye malu ek. selalunye  petang2 makcik2 suka berkumpul bersembang, segan tol nak lalu kalau jumpa makcik2 ramai. nanti xpasal2 aku lak jadi topic bualan depa. xsuka tol. harap2 aku balik nanti xdak le makcik2 dok berkumpul ye. walaupun aku xdengar ape depa kata, tapi aku dapat rase heheh... macam le depa peduli sangat kat aku kan, dah le aku memang xbergaul ngan orang kat kampung aku. tempat aku umah - office 2 je ari2.

(segan ada dua maksud k satu segan = malu, no 2 segan = malas )

MANIK OH MANIK....

 
nie gambar yang aku google dr blog 
http://serisulamanmanik.blogspot.com
jahitan manik dia semua lawa2. tray le masuk tengok, kepada sape2 yang giler manik cam 2 heheh..

Bulan 8 nie kita dah start puasa ramadan kan, baju kurung untuk raya aku dah siap huhu....awal tol kan aku buat, puasa pun lum, tapi baju dah siap. baju kurung je aku buat awal, kalau antar lambat dekat raya baru nak siap ner sempat nak jahit manik. 2 pasal kena buat awal2. yang penting baju aku siap dulu baru aku nak jahit manik baju orang lain lak heheh... penting 2. ( baju kurung 2 aku desing sendiri ikut citarasa aku, lain sikit dr bj kurung biasa 2.) aku upah orang le jahit ner reti buat baju pun. walaupun aku pernah p kls jhit baju tapi aku xnak buat sendiri, cam remeh temeh je. tapi jahit manik lagi rumit aku suka lak buat sendiri heheh... sebab minat. p kelas jahit baju ari2 sebab boring dok umah ujung minggu p le belajar, lagipun murah je 3 jam rm5.

  Untuk baju fesyen dekat raya baru nak beli leh dapat harga murah... ye ke cam2. kalau jumpa yang berkenan beli je siap2. nanti letih ar bulan puasa nak berjalan cari baju... sekarang nie aku tengah usha2 corak nak jahit manik kat internet. aku dok usha harga upah diorang ambik mahal gak ek, aku ambik upah murah2 je....sape nak suruh aku jahit manik, boleh le tempah dari sekarang ye. kalau ada desing sendiri pun aku leh buat jadi sama cam korang nak, harga memang berpatutan. promote diri sendiri lak huhu.....

SARAPAN YANG SIHAT & MUDAH DISEDIAKAN







1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini  
    boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan 

    roti tinggi serat,  bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega  
    kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi 

     menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan 
     ini. Muffin boleh disimpan lama, tidaklebih  dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan 

    baik. Kombinasi ini    mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan 
    tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian  

    sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.Untuk menambah selera,  
    masukkan beberapa hirisan buah  seperti epal, pisang atau strawberi. 

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri,  
    atau  cendawan jug   pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar 

    sendiri. Campurkan     sedikit  susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.


Tuesday, June 29, 2010

lembab tol beruk nie....

Berukband aku nie apasal lembab sangat arinie, dah limit le kot ek hujung2 bulan, n ditambah lak adik aku ada kat umah malam2 dia guna sampai pagi sambil tengok bola. jangan xtau ye akak n adik aku peminat bola sepak mengalahkan lelaki, sanggup berjaga ke pagi huhuhu ( opppss xleh kata lebih2 adik aku dok masuk blog aku gak, ingatkan x baca blog aku huhuhu boleh arr buat ketupat kui3... ). Disebab berukband begitu lembab sekali aku xleh nak berblogwalking sangat arinie. lama bangat kena tunggu.....baik tulis en3 je.

lagi 1/2 jam nak balik. \(*.*)/ hati berbunga2...*.@~~~,~'~~~~

AKU DAN BANK ???

lama2 dok dalam blog, macam dok dalam dunia sendiri lak, sampai malas nak kuar n jumpa orang, obses lak aku nie kan. nie pun aku baru balik berdunia ngan orang, panas terik sungguh arinie, 2 pasal aku malas nak kuar. aku baru blik dari bank... padahal pagi tadi dah p, dah 2x aku p bank yang sama, first pagi tadi sampai je kat kaunter dia tengok slip borang cakap xdak no kod lhdn n no ansuran. aku cakap aku xtau 2 pasal aku x isi. so aku dengan lurus bendolnye  balik office, cll lhdn minta semua 2. then kol 3pm baru aku p lain sampai depan kaunter kerani bank 2 siap gurau, sehari datang berapa kali ek...aku lak menjawab baru 2x datang, padahal dia xtau kadang2 aku datang lebih dari 2x, tapi xnaik atas guna mesin cek kat bawah. lagipun bank n office aku xjauh pun.2 pasal aku sanggup je p 2,3x. kadang2 segan gak p selalu, tapi dah tugas kena p gak. ok2 sambung balik masa kaunter ye, kod  yang aku isi  xmatch gak. aku cakap le semua orang pakai kod yang sama kan untuk buat bayaran, so mesti le xdak masalah, kerani 2 cakap ada kod lain lagi, hampeh tol depa tau kod lhdn rupenye,  setiap yang jaga kaunter mesti le tau kan, mamat tu sorang je yang xtau rupanye. sebab dia le aku kena datang 2x. selamat le bank 2 memang selalu xdak orang sangat, segala urusan memang cepat.

Dah setlle kat bank aku terus p pejabat pos lak, memang separuh nyawa tol nak melintas balik, banyak kenderaan kat jalan, ngan jalan ada 4 simpang.  alhamdulilah aku selamat, selalu aku kena hon kat c2.  kecut perut gak treler panjang n lori besar. aku yang terkial2 sorang2.

jom lunch

Assalamualaikum semua.... bertemu kembali di tengah ari nie....jom cite pasal makan dah dekat time lunch nie, heheh.  aku suka makan banyak dari dulu, tol ke ni   ??  risau tol berat badan dah naik toi..toii..eh jap bukan makan banyak dari dulu rasenye, tapi pemilihan makanan kot, yang buat berat naik tol tak.. bila umur meningkat metabolisma dalam badan dah kurang. tambah lak keja banyak duduk. dulu pagi2 aku minum air masak je, sejak tahun 2010 aku minum nescafe pagi2, letak susu 2 lah puncaye aku rase, sebelum nie xnaik pun. so aku dah ubah, kembali ke tabiat lama minum air kosong je. memang sebelum nie aku jenis xminum minuman yang manis kat umah. kat luar minum le kan, nanti orang ingat aku xdak duit lak air  pun xmampu beli huhuhu. padahal aku minum skit je, memang rugi tol, dulu zaman study aku ngan bestfrends aku siap kongsi air lagi bila minum kat cafe, bukan sebab xdak duit ye. tapi sebab dua2 orang memang suka minum air sikit je, air yang di share  pun xabih gak. nak bawa air masak buat berat beg je, pemalas sebenarye huhuhu.

Tengah ari nie aku dah tau mak aku masak pe, sambal sotong huhu... camner aku leh tau ek, dari semalam lagi adik aku dok request kat mak aku nak makan sambal sotong yang lain2 aku xtau. kena balik makan baru tau.  adik  aku kan dah nak balik uitm minggu nie. 2 pasal leh request nak makan pe. lama tol cuti 2 bulan lak 2. aku dulu siap leh p keja masa cuti sem, dia dok umah je, xpe anak bongsu memang cam2. huhu... 

CAMNER LE RUPE SAMBAL SOTONG MAK AKU KAN..... maybe camni kot...


p/s : nie ulisi semata2, padahal mak aku takan letak petai pun.

buah yg makin pupus


Tau  ke buah ape nie? buah nie dah makin pupus,dulu masa zaman kanak2 umah tok aku ada pokok buah sete'r nie @ setul. sekarang dah xda. pokok dia tinggi guna galah panjang baru leh ambik. tapi kemarin dah jumpa buah nie, dekat rumah jiran, mak aku p minta heheh....sekarang tengah musim buah setul,sedap gak makan biji dia sahaja time dulu2 buah banyak, pokok sendiri lak. sekarang buah susah dapat n kitaorang makan ngan cara camni lak lagi sedap rupanye, dulu malas nak kupas kulit ngan pisau, main gigit buang kulit tebal n makan biji dia je. disebabkan mak aku rajin so terhasil lah camni... sila enter ke bawah k >>>>





buah yang dibuang kulit n dicincang pas2 tambah kicap,sedap tol. nie gambar yang aku google ye, orignal aku punya gambar xsempat ambil pun, n xingat nak ambik pun bila nampak makanan huhuuhu...

Monday, June 28, 2010

laksa penang...



petang2 makan laksa sedap gak nie, kalau kat penang laksa yg sedap kat gurney drive ( laksa air itam ) memang sedap sangat...sape2 yang datang penang kena mai gurney drive (padang kota) semua makanan sedap2,pesembor pun sedap gak, semua sedap le.heheh...

HITAM & PUTIH


Ade apa dengan hitam & putih nie ek. sape tau angkat tangan...kenapa nak kena bezakan hitam & putih sungguh xadil tol  kan. Orang cakap hitam itu menawan.....apasal xsuka lagi hitam menawan pe...putih lak berseri2 lg suci. So sekarang korang pilih mana satu ek hitam or putih ???...Kalau aku dua2 aku xsuka, lagi dasyat aku anti hitam & putih huhu.....aku suka calourfull..

Ape la aku dok merapu nie ek, sebenarnye aku nak cite pasal tudung hitam & putih la. kat atas 2 xdak kena mengena ngan sape2  pun jangan terase apa2 k, just intro je hehhe....aku memang xboleh pakai tudung colour hitam n putih, mesti mood aku xbagusnye tambah2 pakai tudung hitam, memang jarang aku pakai pun tudung hitam. time terpaksa je aku akan pakai, seingat aku le zaman study dulu, memang wajib pakai colour itam je. so pakai jugak le,1 ari le aku bad mood. memang pengaruh besar tol. padahal tengok orang lain pakai cantik je.benda2 lain aku ok le plak, kalau tudung je aku xleh pakai 2 colour nie.colour putih lak buat aku nanpak muram, pucat je xberseri pun, 2 pasal xsuka. kalau nak ikut colour hitam n putih nie fleksibal boleh match dengan semua colour baju,senang kan, kalau dah lambat p keja@ kelas capai je mana2 tudung colour hitam or putih sure kena je kan.

kenapa le tudung colour hitam & putih xnak match ngan aku kan ?????? sedih tol kui3...

AKU PERLUKAN BANTUAN

 sape2 yang tau kenape nuffnang aku asyik error je bila copy,dah tray macam2 cara still error. tolong sat camna aku nak buat bagi ok.setiap kali aku copy akan kuar camni :


Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly.

Newer Posts Older Posts Home