Friday, June 18, 2010

MARI BERJIMAT CERMAT ...

Tip untuk berjimat cermat, jom baca :

1.Buat tabungan simpanan RM 1 satu hari. 

xbanyak kan sehari seringgit. duit yang kita simpan nie boleh digunakan bila ada kecemasan.  bagi yang masih belajar digalakan buat camni.dulu masa zaman aku study,setiap kali ada baki duit syiling memang aku xguna balik. aku akan letak dalam satu balang n aku xpeduli sangat. setiap kali member2 aku nak bergayut kat public fon, depa akan cari aku untuk tukar duit. xsia2 le kan duit syiling aku kumpul.bila orang tukar jadi duit kertas baru aku guna.duit syiling yang korang n aku xberapa peduli nie rupa2nya leh jadi penyelamat masa betol2 pokai. masa sem last lagi seminggu nak habis final exam duit aku memang dah habis,aku pun mula la ternampak balik duit syiling aku,kira2 balik ada le jugak lebih dari RM50, aku pun bawa le duit syiling 2 untuk ditukar kat kedai makan. duit syiling 2 lah telah menyelamatkan aku huhu.....so sekarang kalau jumpa duit syiling simpan je.

2. Beli barang kat tempat yang murah

   Sekarang nie banyak shoping complek n macam2 kedai ada kan. Kalau korang nak beli barang beli je  kat  kedai biasa yang jual murah, kualiti barang sebenarnye sama je. selalunye orang akan ingat bila p beli barang dekat pasaraya besar n nampak cantik tempat 2, barang  bagus. kalau korang rajin p serve harga barang,dekat pasaraya yang besar2 2 jual harga lagi tinggi dari kedai biasa, padahal barang yang sama n kualiti sama.

3. Beli pakain bundle je

mesti ramai yang suka pakai baju yang brand kan.baju yang ada brand nie selalunye mahal,lepas 2 pakai sekejap je,tukar baju baru lak,orang pempuan selalunya suka tukar2 baju baru. rugi le kan beli baju mahal pas 2 pakai sekali, 2x je. kalau asyik pakai baju 2 je bosan gak tengok.so aku cadangkan korang beli je baju bundle murah n ada brand lak. harga dari RM10 ke atas je. ada RM 100 leh dapat 10 baju kan,dah leh jimat.pas 2 leh tukar2 lagi baju. 

4. Suai padan pakaian
    baju yang lama2 boleh je match dengan baju lain, suai padan baju,mesti nampak lainye....

5.Naik transport awam ke tempat keja or tempat belajar
 

SELAMAT MENCUBA \(*.*)/

aku cakap sorang2.....

sok cuti rasa leganye,dah banyak ari aku xtulis kt blog aku nie. sibuk sikit hehe...sebenarnye bukan sibuk sangat pun,selagi ada benda yang  xsetle, memang aku xdak mood nak menulis n buat apa2 pun. paling aku lega dah setle pasal interview keja. xyah fikir2 lagi just tawakal je,aku cukup risau kalau kena berhadapan dengan orang yang nak interview aku. 2 pasal aku sampai xleh buat apa sehingga ari2 setlle.

Baju bertunang sepupu aku pun aku xsiap jahit manik lagi, pas nie baru nak jahit huhu.., harap sempat siap untuk dipakai hujung bulan ini 26/6. aku ada masa seminggu je nie nak siapkan.....rasanya kurang dari seminggu le kena siapkan.....

Wednesday, June 16, 2010

Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

 
Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga. Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan  rangka jawapan  bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga  anda.
                                                   
                                                    Sebelum temuduga anda
  • Dapatkan  pelbagai maklumat tentang  organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon  itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’

  • Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya  pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta  anda menanyakan soalan.  Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat  merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran  yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.

  • Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi  atau pakaian  dengan tali leher sahaja adalah sesuai.
                                                     Semasa temuduga anda
  • Tiba sekurang-kurangnya  30 minit sebelum temu duga diadakan.  

  • Beri  salam kepada panel penemuduga
  • Dengar dengan teliti  semua soalan dan beri jawapan yang bernas .
  • Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.
  • Berbual secara  terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

info dari : kareer.com.my

p/s : aku sedang mencuba tip ni utk sok,kalau xberjaya gak maksud xdak rezeki lg le kan.harap dipermudah segala urusan aku..amin..... 

Monday, June 14, 2010

TENGOK BOLA LAGI BAGUS DARI............

Apa yang best sangat ek tengok bola sepak, best apa tengok bola bagi orang  yang minat,  kalau yang xminat cam aku memang kata xbest huhuhu...( aku dah cuba utk tgk tapi xboleh layan,boring lama sgt ). ramai laki yang minat  n pempuan ada gak( akak n adik aku layan bola, bising tol depa tgk bola ), termasuklah bf korang gak kan. kalau bf or husband korang minat bola, u all jangan le kecil ati, sebab diorang memang akan bagi perhatian yang lebih kt bola yang satu berbanding korang. aku rase biar diorang tengok bola dari diorang minat benda lain yang bukan2. sekarang nie macam2 jenis laki dok ada, n perangai pun pelik2, 2 belum kira yang jenis suka fikir benda haram leh dihalalkan lagi, aku pun xfaham kenapa lelaki sekarang suka sangat menghalalkan benda yang haram. kalau bercakap seolah2 xtau hukum agama, pas 2 nak kata kita kolot lak, peduli pe kan  kalau kolot pun, yang haram tetap haram kan, serabut tol kalau berhadapan ngan laki yang camni. Semoga aku mendapat lelaki yang baik,termasuk korang gak.....amin....