Pages

Friday, June 11, 2010

jom tengok akademi al-quran


 AQ musim ke 4  dah mula,  kebanyak peserta muda lelaki yang join, aku suka le tengok sebab suka dengar bacaan para peserta. lagipun zaman sekarang susah nak jumpa laki muda yang minat nak join akademi camni. kalau akademi hiburan 2 memang ramai yang nak join kan...beragan nak laki cam kt AQ le kononye aku nie, tapi xjumpa2 lagi arr.semua orang nak lelaki baik kan....sambil tulis en3 nie sambil tengok AQ heheh......

MEMBEBEL SAT HUHUHU...

Petang nie ujan lebat le. bestnye aku memang suka ujan sebab dah lama xujan.kalau panas sangat aku cepat sakit pale. nie kira aku untung banyak keja dekat ngan umah. kalau jauh mesti ari2 aku pening pale, mana jalan jem lagi, thah kol berapa leh sampaikan. memang patut bersyukur sangat. tadi masa p bank sempat lagi aku tengok gelagat orang kat jalan, nie pasal sambil bawa moto @ keta pun sempat nak main sms lagi, bahaya tol cam2, mata tengok hp bukan tengok jalan. kebanyakan macam 2 la aku tengok budak2 muda sekarang.....dik tolong tengok jalan ek,kalau korang xrisau keselamatan korang, tolong prihatin kat pemandu lain ek ..

NAK CANTIK,BIJAK MAKAN PISANG...




Arini aku nak cite pasal pisang,apa yang best sangat pasal pisang nie ek...?aku xberapa suka sangat ngan pisang nie sebenarnye..tapi bila dah terbaca kat paper ari2 yang pisang ni rupanye ada banyak kelebihan...nak makan le pisang pas nie.. poyo tol dulu nampak pisang, pandang sebelah mata je ek...
jom baca info nie :

orang pempuan mesti suka nie - pisang mengandungi vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan. 
 
Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembabkan kulit muka, menjadikan wajah lebih berseri.

kalau kita p serata dunia pun still pisang ada kan, memang mudah dapat, xpayah ikut musim, harga lak murah. kalau kat kampung2 leh dapat free je, tanam sendiri la heheh....lagipun pokok pisang nie senang tanam, xpayah jaga susah2.  tanam sepokok dah cukup nanti banyak anak pokok tumbuh,mudah kan.


Nie kelebihan pisang :

# Pisang mampu buat anda gembira

- protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kpd serotonin oleh badan manusia. serotonin adalah  
   sejenis bahan yg mampu menghasilkan :

 *perasan tenang, membangkitkan mood secara keseluruhanya membuat kita GEMBIRA. kalau rase    
   KECEWA cuba makan pisang ek, leh rase perubahan daripada NEGATIF kepada POSITIF.

# Meredakan ketidakselesaan perut

- masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tido. beberapa hirisan pisang  atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan ' menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

# Hindari Stress

- Pisang mengandungi potasium yang tinggi untuk membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. dengupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.


# Merangsang Otak

- Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. ia mungkin membantu.

# Penampilan Menawan

- topeng kecantikan wajah, ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang.
   Jom cuba Resepi ini untuk mendapatkan kulit yang menawan.
          > kisar pisang + madu + beberapa titik oren.
          > sapukan pada muka,biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. amalkan selalu untuk hasil yang   
              memuaskan.

SELAMAT MENCUBA K.\(*.*)/

Thursday, June 10, 2010

JOM JOIN SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

  SAHABAT BLOGGER @ KELAB BLOGGER

Dapat msg dari kelab blogger, terus aku nak join gak,memang bagus BEN ASHAARI buat segmen nie untuk blogger baru cam aku nie -TQ-. Aku bermula dari 0 pasal dunia blogger nie,secara kebetulan anak buah aku yang tolong daftar untuk aku. aku xtau pe2 pun...sebelum nie aku ada baca kt metro pasal blog redmumy.macam best je. so aku pun menjelajah je dulu blog2 orang lain, tengok blog depa semua cantik2 je,aku pun teringin gak nak me-up blog aku, awal2 dulu memang xreti nak buat semua 2, sehingga le aku terjumpa totorial untuk blog, memang banyak membantu, thank's kepada tuan2 blog2 totorial.......

Dalam dunia blogger nie memang aku xkenal sape2 pun,xdak pun kawan2 aku yang buat blog. terkontang kanting aku sorang2 kt sini, Dengan segmen baru nie aku harap sangat dapat kawan ramai n ada orang nak baca apa yang aku tulis, walaupun aku tau xramai nak baca sebab aku xlah famous cam Ben Ashaari..aku suka masuk blog en Ben coz  dia selalu update blog.

                                         -SALAM PERKENALAN KPD SEMUA - \(*.*)/

p/s : aku pun xtau betol ke x cara aku buat nie,untuk terus link cam ben ashaari suruh huhuhu
        al-maklum le budak baru belajar......blur sikit heheh...

Wednesday, June 9, 2010

JOM CUCI HATI

nie aku copy je dr web untuk diri aku gak n sape2 yang nak tau camna 
( xtau le ada ke x orang baca blog aku nie huhuh )

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.



13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.










stresssssss arrrrr

Petang nie,tiba2 kepala aku jadi serabut sangat, xtau arr dok fikir pe.ngadap luar sejuk sikit ada pemandangan indah nak tau pe dia,jangan terkejut lak ek..tanah perkuburan betol2 seberang jalan depan office aku. dalam proses mengecat colur pink + kuning cair kat pagar kubur 2, nampak sweet sangat. kalau orang xperasan singbord mesti orang ingat pagar umah orang.  suatu ari nanti semua org akan mati kan, termasuklah aku gak kan. disitu le tempatnye.aku nak makan biskut coklat untuk ilangkan serabut...jom huhuh


Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal:
 
1)   Sedekah jariyah, 
2)   anak yang solih yang mendoakannya 
3)  ilmu yang bermanfaat 
 
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)

Tuesday, June 8, 2010

AKU SELALU TIDO AWAL ????

Jam dah kol 10 lebih aku dah mula mengantok,a ku memang suka tido awal kenape ek,dalam umah aku,aku sorang je suka tido awal, kalau lebih awal lagi lepas sembahyang isyak, semua orang pelik kat aku, ade aku kisah huhhu...dah malam tido arr nak  buat pe lagi  ( bukan ada laki n anak nak kena fikir huhuhu ), sok nak keja. macam ler office aku jauh je nak kena bangun awal p keja heheh...xsampai 5 minit dah sampai office pun. aku perlu tido awal sebabnye klau dah  lambat, aku xleh tido dah.so baik aku tido,time aku dah ngantok sangat, terus lena, xyah fikir2 banyak. selagi xlena macam2 lak aku fikir. buat serabut je kan.

jom tido. good nite

AKU YANG BUAT2 KECOH LAK !!

Tajuk entry pun dah nampak kecoh tol aku nie hehehhe...tadi aku dok berblogwalking kat blog orang lain ada le satu blog nie aku tray masuk, tapi aku x follow pun ( ade tuan punya blog 2 kisah! dia punya follower pun dh cukup ramai.).  aku dok baca le ape dia dok tulis kt entry dia pasal ada org komen sebab blog dia letak gambar yg kurang sopan. dia explain ngan jelas kata bukan dia yang letak,tpi memang dah theme dia pilih ada gambar 2. so maksudnye bukan salah die la kan.

ape punya kes le .>>>>>. susah pe kan tukar je lah theme baru. ada banyak lagi free lak 2


Betol le kan dia kata 2 blog dia,suka ati arrr nak buat camna pun,
dia takkan baca blog aku so xpayah risau heheh....
aku sebok nak tulis gak pasal blog 2,sebab xpuas ati dengan cara dia menerima teguran je.n ada ayat dia yang xsedap didengar.macam kurang sesuai le nak kata cam2.

p/s : apasal lah aku dok sebok sangat hal orang kan ....huhuhu....

AKU TERINGIN NAK P KOREA

Bestnye kalau dapat p korea kan, efek dari dok tengok drama korea  huhuhu.....aku nak p korea tapi xdak duit,

ada sape2 nak sponsor aku tak heheh....xmalu tol aku kan ada ke tanya cam2,heheeh. tempat2 kat sana nampak menarik sangat,bunga2 kt sana nampak fresh n cantik sangat..aku suka sangat tengok pemandangan kat sana. 

Monday, June 7, 2010

KENAPA ???...OH KENAPA>>>>???/shahir AF8

Macam suspen je tajuk kan heheh.....kenapa aku letak lagu shahir AF8 kt BLOG aku nie,lagu sedih lak 2, baru aku perasan bila dah lama dengar n menghayati liriknye.  Tiada kaitan ngan hidup aku sekarang, klau ada pun dh lama lepas huhuhu.........harap jangan berulang lagi.

kenapa aku suka lagu shahir ..~~~~~~',~@ kebahagian Dalam Perpisahan

# sekali dengar cam best je ( tanpa menghayati lirik ) kt radio hot f.m

# ingatkan lagu dari seberang, muzik dia cam area2 sana je heheh....(marah komposer yang cipta lagu ni
   kan kat aku )pandai2  je huhu...

# kt radio ckp shahir  AF8 penyayi...baru aku tau penyanyi tempatan rupanye. tapi apasal aku xkenal pun??
    sebab umah aku xdak ASTRO pun....hehehhee

# nie pun aku tengokn kt internet n blog2 orang lain yang dok cite pasal shahir huhuhu.....aku suka dengar lagu nie je.


p/s : nanti aku dah jemu dengar lagu nie aku tukar lagu lain lak huhuhu......



Lirik Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

[Korus]
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

[Ulang Korus]

Kebahagiaan.. Dalam perpisahan..

CERPEN BERSIRI - KISAH KITA


KISAH KITA – CERPEN BERSIRI (promote cerpen sendiri heheh)
Akan datang……

Assalamualaikum semua…..tiba2 aku terasa nak buat novel lak, Dok relax2 dalam office idea lak datang mencurah2, so aku sempat le menulis 9 pages (beberapa bulan yg lepas aku dh tulis,tp stop smpai 9 pages je heheh) selepas nie baru nk sambung lain huhu. Tapi kalau nak buat novel kena tulis panjang2, aku dah lah jenis menulis time aku ada mood nak menulis je, thah bila le kan boleh nak siapkan sebuah novel.lebih baik aku buat cerpen bersiri dah le.  Tajuk kisah kita ni aku dapat ilham dari lagu baru stacy kisah kita, korang pernah dengar tak.  Klau xpernah dengar buka radio cuba dengar.heheh…


Cerpen nie xdak kaitan langsung pasal hidup aku n xdak kaitan langsung dengan orang sekeliling aku,kalau ada yang berkaitan adalah kebetulan semata2. Tiada kaitan yang hidup atau yang mati.
Aku menulis sekadar suka2. Sebab aku suka sangat membaca novel penulis tempatan yang berbakat, konon2nye nak jadi cam depa la,selalunye aku hangat2 taik ayam je huhuhu……tapi aku akan cuba siapkan juga cerpen nie.  Kepada kawan2 yang banyak idea boleh lah bagi sumbangan anda kt blog i.n komen anda amatlah dihargaai..

Kat bawah nie aku ada sertakan lirik lagu terbaru lagu stacy – kisah kita
Yang menjadi lagu tema cerpen aku. Suka2 ati je kan buat lagu tema cite sendiri heheh….
Nantikan  kemunculan cerpen aku  di blog ku
izyanty collection.blogsport.com
(promote sikit hehe…)



Lirik Stacy - Kisah Kita

Kita bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Satu cita-cita
Mimpi dan harapan
Selalu bersama
Dalam satu rasa
Rindukan selalu membayangi kita
Menjalani waktu
Dengan kisah kita

[Korus]
Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspreksikan dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dgn mimpiku
Ini kisah kita

[Ulang Korus]

Kita bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

[Ulang Korus X4]








Newer Posts Older Posts Home