Saturday, December 11, 2010

BIHUN SUP UTARA ( cara aku )


Bahan A

1 paket bihun  rendamkan beberapa minit sahaja dengan air panas yang dijerang  dan masukkan sedikit serbuk kunyit

Bahan Kuah

1 ekor ayam [potong kecil]
1 bungkus rempah bunjut sup ekor
2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
garam
air secukupnya
( setelah kuah mendidih keluarkan ayam, ayam akan rase lebih kenyal dan sedap )

Bahan Hiasan ( semua dipotong )

daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
lobak asin cincang
bawang goreng
fish cake
fish ball
tauhu ( tokua )
 carrot


Sos Cili

Bahan
cili kering
sedikit bawang putih
garam
gula dan air

Semua bahan dikisar halus dan masakkan sahingga mendideh dan pekat. masukan serai yg diketuk.

Cara

1. Rebuskan bahan kuah sehingga ayam betul-betul lembut. ( ayam jangan terlampau masak sangat )
2. Tos ayam
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan ayam serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan



gambar ihsan google

1 comment:

Cikgu Siti said...

sedap2.aduh,ttbe lapaq la plak mlm2 nih.