Tuesday, September 28, 2010

memang patut Disiasat pun kan?

35 peguam disiasat polis


Noryah pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Kes jual beli tanah di Pulau Pinang yang dikendalikan oleh peguam K. Patmanaban merupakan antara 290 kes membabitkan peguam yang disenaraikan dalam siasatan kes-kes jenayah komersial yang sedang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Noryah Md. Anvar berkata, polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesial itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk penipuan penjualan tanah dan rumah.
"Salah satu kes yang sedang disiasat oleh JSJK ialah kes jual beli tanah yang dikendalikan peguam yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya," kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.


Menurut beliau, kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah.
Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang deposit penjualan dua bidang tanah bernilai lebih RM25 juta di Pulau Pinang.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, dan pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

sumber kosmo online

No comments: