Tuesday, August 17, 2010

Tips Amalan Pemakanan Sihat

1. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

2. Biasakan rehat makan (puasa pada hari Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan
perut.

3. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan atau
minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat
tidak digalakkan).

4. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

5. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

6. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. Elakkan makan
makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan
pewarna.

7. Amalkan minum jus buah atau makan buahbuahan
seperti kurma, betik, pisang
dan lainlain
pada awal pagi.
(Petua orang duludulu
ialah mulai makan atau
minum bendabenda
yang belum bermasak pada awal pagi).

8. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk
yang seimbang dari segi zat dan vitamin.

9. Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia
adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda

No comments: