Friday, August 13, 2010

Penilik nasib popular dirawat di hospital

BALI - Seorang penilik nasib terkenal di Bali yang dipopularkan menerusi buku memoir terlaris yang dihasilkan penulis Elizabeth Gilbert berjudul Eat Pray Love, dimasukkan ke sebuah hospital kerana sakit jantung.

Penilik nasib tersebut, Ketut Liyer dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum sebuah filem yang diadaptasi dari memoir berkenaan dan dibintangi aktres, Julia Roberts memulakan tayangan di Amerika Syarikat (AS).

Julia berlakon sebagai Gilbert dalam filem tersebut yang mengisahkan tentang seorang janda yang kecewa mengembara selama setahun ke Itali, India dan Bali untuk mencari ketenangan.
Julia bertemu dengan Liyer semasa penggambaran dan beberapa adegan filem itu dirakamkan di rumah penilik nasib tersebut.

Ketut Liyer dianggap sebagai seorang selebriti di kampungnya, Ubud sejak buku tersebut berada di pasaran pada 2006.

Ramai pelancong dan penduduk tempatan telah berkunjung ke rumah lelaki itu di Pulau Bali untuk menilik nasib.

Cucu perempuannya, Wayan Puspita Sari, berkata, datuknya yang berusia 96 tahun itu pernah ditawarkan untuk muncul dalam beberapa iklan televisyen dan media cetak. - AP 



sumber : kosmo

No comments: