Tuesday, August 17, 2010

Mirza didakwa lagi




KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (Pempena), Mohammad Rosly Md. Selamat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan wang dana syarikat itu berjumlah RM888,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai sedangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda dan juga boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pempena di Tingkat 3, Menara Dato'Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 41, Jalan Sultan Ismail pada 27 Februari 2007.


Mirza hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan pecah amanah.


No comments: